Friday, March 25, 2011

.:: APA YANG SEMPURNA ?? ::.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk menulis lagi. Kekal dijalanNya. Syukur juga dipanjatkan lagi sekali kerana saya telah menyelesaikan praktikum di SK Sura Dungun, Terengganu.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Pada kali ini, saya ingin menulis tentang satu cerita yang selalu saya bawakan apabila muzakarah iman yakin bersama sahabat - sahabat seusaha.


BAHAGIA

Di sebuah pulau terdapat satu kerajaan di bawah satu pemerintahan seorang Raja yang baik & disayangi rakyatnya. Tetapi apa yang menyedihkan rakyat di pulau tersebut, Raja mereka ini tidak mempunyai anak untuk menyambung keturunannya. Semua rakyatnya sentiasa berharap Rajanya itu akan mempunyai zuriat. Setelah 20 tahun, akhirnya isteri Raja telah mengandung. Alangkah gembira & bahagianya Raja. Maka, Raja telah membuat pesta 40 hari 40 malam untuk meraikan isteri & anak yang dikandung itu. 

Hari demi hari berlalu dengan penuh rasa bahagia, tibalah masa isteri Raja untuk bersalin. Maka dipanggillah bidan diraja untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Alangkah gembiranya Raja apabila mengetahui bayi tersebut merupakan seorang Putera. Tiba - tiba dalam kegembiraan tersebut, Raja terpandang akan muka bidan yang muram & sedih. Raja pun mendekatinya dan bertanya.

Raja : Apa yang telah berlaku?

Bidan : Tuanku, bayi yang dilahirkan ini seorang Putera yang comel.

Raja : Beta tahu, tetapi mengapa masih bermuram dan bersedih?

Bidan : Tuanku, takdir telah menentukan Putera yang dilahirkan ini tidak sama dengan bayi - bayi lain, Putera Tuanku hanya mempunyai satu telinga.

Maka Raja pun terdiam. Muka Raja berubah menjadi begitu sedih. Kemudian berita telah tersebar ke seluruh pulau. Rakyatnya turut bersedih dengan kesedihan Raja tersebut. Raja bersedih bukan kerana malu mempunyai anak yang cacat tetapi bersedih kerana apabila anak ini besar, pasti tidak sama dengan kanak - kanak lain. 

Memanda : Tuanku, patik ada satu cadangan untuk dikemukakan.

Raja : Silakan...

Memanda : Mulai daripada saat ini, ketika ini kita potong sebelah telinga setiap bayi yang dilahirkan supaya apabila mereka besar mereka akan sama dengan Putera tuanku. Putera tuanku tidak akan berasa terasing atau kurang. Setiap rakyat di pulau ini bersedia untuk melakukan ini untuk tuanku untuk membalas semua budi - budi tuanku.


Bermula dari perbualan tersebut, setiap kelahiran akan dipotong sebelah telinga. Tahun berganti tahun, akhirnya Putera tersebut telah menggantikan takhta ayahnya. Putera tersebut telah memerintah sebuah pulau yang semua rakyatnya mempunyai satu telinga.


KARAM & PELIK

Berhampiran dengan sebuah pulau, terdapat sebuah kapal yang sedang berlayar. Beberapa ketika kapal tersebut telah karam. Ditakdirkan dua orang telah terselamat dan tersadai di sebuah pulau. Tiba - tiba apabila mereka ini sedar, mereka telah mendengar gelak ketawa kanak - kanak seolah - olah mereka telah melihat satu perkara yang pelik. 

Kanak2 : Hahahahahaha.... Ada orang pelik.... Ada orang pelik....   

Dua orang tadi masih dalam keadaan terpinga - pinga.

Kanak2: Hahahaha orang ni ada dua telinga. hahahahaha....



NAMPAK APA?

Apa yang kita boleh lihat dari cerita ini? Begitulah situasi kita pada hari ini. Perkara yang sempurna(dua telinga) kita nampak tak sempurna. Perkara yang tidak sempurna(satu telinga) kita nampak sempurna.

Kita sendiri boleh lihat ramai pada hari ini menjadi seperti kanak - kanak di pulau tersebut. Yang mana pada hari ini mereka memandang banyak perkara sunnah sebagai suatu perkara yang tidak sempurna. 

Janggut pada asalnya merupakan satu kesempurnaan kerana Rasulullah berjanggut. Pada hari ini orang berjanggut nampak tidak sempurna pada pandangan ramai.Setuju?

Jubah adalah satu kesempurnaan kerana merupakan satu sunnah, tetapi apa pandangan orang sekiranya seorang lelaki berjubah ke Pejabat?

Banyak lagi, purdah, serban, kayu sugi...


Oleh itu, kita perlu berusaha agar perkara - perkara ini nampak sempurna pada pandangan kita dan seluruh umat.


AGAMA = KESEMPURNAAN

SELAIN AGAMA = BUKAN KESEMPURNAAN  



p/s:- "Tidak perlu gusar menjadi yang 'asing' "

Ditulis di,

Monday, March 14, 2011

.:: PaPa ::.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk terus mengamalkan agamaNYA selagi jasad masih bernyawa.



Papa. 
Siapakah orang yang paling papa?
Baginda Rasulullah berkata, orang yang paling papa adalah orang yang  kembali kepada Allah s.w.t dengan membawa amalan kebaikan yang banyak. 
Tetapi,
Oleh sebab perbuatannya di dunia yang banyak menyakiti orang lain(menzalimi)
maka
orang - orang disakitinya tadi ini akan menuntut.
sehingga
amalan  - amalan kebaikannya tadi habis.
kemudian
Allah s.w.t akan perintahkan malaikat untuk campakkannya 
ke dalam
neraka Allah s.w.t


Fikir - fikirkan,
Bagaimana dengan amalan kita...
Ikram kita terhadap saudara kita....



Insyaallah, sama - sama kita banyak bercakap kebesaran Allah,
1000 cakap 1 masuk dalam hati,
usaha lagi & lagi,

PERINGATAN!!!!!

Iman lemah mungkin kita akan buat silap & Allah cuci dalam nerakaNya kemudian dimasukkan ke Syurga.

TAPI

Iman terpesong kekal dalam neraka Allah selama - lamanya.   

Oleh itu, bentuklah iman yang sempurna sebagaimana yakinnya Ibrahim a.s terhadap Allah s.w.t.

p/s:- "Agama di dunia, Agama di akhirat"

Ditulis di,

Wednesday, March 2, 2011

.:: Apa PerLu BuAt???? ::.

Sahabat RuMaH TuA di zoo

Pertama - tamanya dan selama - lamanya, alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk bawa dan buat usaha atas iman.

Insyaallah dalam usaha kita pada hari ini, kita perlu wujudkan satu suasana kasih sayang terhadap rakan kita yang sama - sama berjuang di jalan Allah ini.
Zati + Imran  = iqa Luv

Kerana apa??

Kerana kadang - kadang kita sebagai hamba Allah yang berdosa ini banyak silapnya dalam usaha menyebarkan Agama Allah ini.

Apa Perlu Buat?


  • Panggilla sahabat kita dengan nama yang disukai. (senang?)
  • Bila - bila ada kesempatan, apa salahnya jika kita sebarkan salam. usahakan sebagaimana Rasulullah dahulu yang sering terlebih dahulu memberi salam pada sabat - sahabat Baginda. (berlumba la kita...)
  • Sama - sama berkongsi apa yang kita ketahui, tapi... beringat bahawa kita dituntut merendah diri. (jangan tunjuk pandai... DIA lagi pandai....)
ku + zati + kira + pah + ila = Sahabat RuMaH TuA di Ladies Nite

  • Selalu memaafkan kesalahan sahabat kita. (sama - sama cuba yee)
  • Doakan kebaikan sahabat kita.
  • Allah kasi kita 2 mata. Insyaallah, 1 mata untuk melihat semua keburukan kita. 1 mata untuk melihat kebaikan yang ada pada orang lain(sahabat kita la tu).
  • Bukan ke seronok kalau kita makan berjemaah? Nak - nak pakai talam...
RuMaH TuA sewaktu makan berjemaah di Rumah Ustazah Zai....

  • Sering nasihat menasihati ke arah zikir. Banyaknya zikir akan menundukkan nafsu.
  • Betapa redhanya Allah dan sucinya persahabatan andai sering membangunkan antara satu sama lain untuk bertahajjud... (Masyaallah...)
  • Pandang sahabat kita dengan pandangan kasih sayang.
My Rumate = Nathalie Wilson Abdullah


Alhamdulillah.....
Ini sahaja yang sempat dikongsikan. -bz dgn asgmen(konon2)

p/s:- "cerita perkara kebaikan dari usaha agama, yang tidak baik dalamnya dari nafsu dan syaitan"



Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...