Saturday, June 25, 2011

.:: RahSiA LaPaR ::.

Bismillahirohmanirrahim.....

Perut merupakan sumber kepada semua syahwat.

"Hendaklah kamu makan dan minum setengah kenyang kerana sesungguhnya hal itu sebahagian dari kenabian"

-----------------------------------------------------


RAHSIA LAPAR

1. Lapar membawa kepada terangnya hati. Oleh itu, lapar mengetuk pintu syurga.

2. Nafsu menjadi rendah, melemahkan syahwat yang menjadi sumber segala kemaksiatan.


Kata Aisyah,
"Bid'ah yang pertama kali terjadi sesudah Rasulullah SAW adalah kenyang. Sesungguhnya suatu kaum apabila kenyang perutnya, maka nafsunya menjamah dunia."


3. Orang lapar terselamat daripada tamak perut.

4. Susah untuk tidur, ringan untuk tahajut.

5. Bersyukur apabila makan.


Rasulullah bersabda tika diajak,
"Tidak! Bahkan aku akan lapar sehari & akan  kenyang sehari. Jika aku lapar, aku dapat bersabar dan dekatkan diri kepada Allah dan jika aku kenyang, aku dapat bersyukur."


---------------------------------------------------



Masyaallah,

> Hidup untuk makan!
               or
> Makan untuk Ibadat!
               or
> Makan untuk hidup!

---------------------------------------------------

Ish3 Astaghfirullah....

Kebiasaan apabila bertamu,

> Makan - makan, jangan malu - malu...

> Kalau sedap, tambah - tambah, banyak lagi ni...

----------------------------------------------------

Jarang - jarang apabila bertamu...

> Insyaallah, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang...

> Makan jangan sampai jadi saudara syaitan....

----------------------------------------------------



p/s:- "Janganlah kita jadi seperti telur rosak, kulitnya cantik, dalamnya bangkai"


Ditulis di,

Sunday, June 19, 2011

.:: RiYa' DaLaM uCaPaN ::.


Assalamualaikum...
Mudah - mudahan kita semua dalam rahmat Allah. Kali ini, bukan saya ingin berkongsi pengalaman tentang percutian minggu ketiga. Tetapi ingin berkongsi hasil pembacaan dari buku Rahsia Hati - Imam Al-Ghazali. (^-^) 



Riya' Dalam Ucapan,


  • Memperindahkan suaranya.
  • Mengucapkan kata - kata hikmah, hadis dan ucapan ulama salaf dengan suara yang perlahan dan menampakkan kesusahan, padahal hatinya sunyi dari kebenaran & keikhlasan.
  • Mengaku hafal hadis dan bertemu dengan guru - guru (para ulama').
  • Cepat - cepat mengatakan bahawa hadis itu sahih atau lemah supaya disangka bahawa ilmunya banyak.
  • Menggerakkan kedua bibir dengan zikir, amar ma'ruf & nahi mungkar di hadapan umum, padahal hatinya kosong dari rasa terkejut terhadap kemaksiatan.
  • Menampakkan rasa marah terhadap kemungkaran dan penyesalan terhadap kemaksiatan, padahal hatinya kosong dari rasa sakit terhadapnya.

---------------------------------------------------


Ini adalah antara riya' dalam ucapan yang dinyatakan. Mari kita semak amalan kita sewaktu kita memberi teguran, nasihat atau tunjuk ajar kepada seseorang. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan perkara - perkara yang akan melenyapkan pahala amalan serta menambah dosa kita.


p/s:- " Mood nak study sem baru belum sampai... "


Ditulis di,

Monday, June 13, 2011

.:: CuTi MiNgGu 2 ::.

Assalamualaikum...

Jika minggu pertama cuti dihabiskan dengan kenduri saudara sebelah umi & abah, cuti minggu kedua ini dihabiskan dengan Cuti2 Malaysia. Kalau cuti yang lepas ke Terengganu, pada cuti kali ini, abah bawa sekeluarga jalan - jalan Penang pulak. Waktu kemuka syor nak ke mana cuti kali ini, macam - macam usul yang abah kene dengar. Tapi Astaghfirullah, syor saya diterima. (^-^) 

Hari bertolak, abah bawak pergi jalan KL, p shopping raya dulu.(x awal kan?) Then, petang 2 baru gerak p Penang. Sampai pun dah malam. Esokya, p Batu Feringghi. Jalan2 situ. Tengok masjid terapung. Subhanallah. Cantik. 

Masjid terapung. Serupa tapi tak sama dengan yang Terengganu tau.


P makan kat Padang Kota. Herm... Sedap pasembur kat situ. Macam - macam ada.Tapi di kawasan tu ada ramai kanak - kanak yang minta sedekah. Kesian sangat.

Makan di Padang Kota.

Petang - petang pulak abah bawak jalan - jalan tepi pantai. Adik - adik kecik mandi la. Yang tua main - main pasir je la.

1 orang tukang tengok, 2 mandi... (^-^)
Sebab tak dapat mandi... (",)


Kalau da p Penang mesti tak sah kalau tak makan Laksa. Kan? Jalan punya jalan, terbekenan nak makan laksa kat tsunami village. Waktu makan, TERdengar la abah sembang - sembang dengan pakcik kedai tu. Macam - macam cerita dapat.

Abah:-    Dengaq cerita, depa kata kawasan ni la tsunami langgaq. Betui ka? (mukaddimah abah)

Pakcik:- Betui la. Waktu dia(tsunami) mai tu, waktu zohoq. Kami duk sembahyang dalam masjid sebelah ni la.

Abah:-   Kawasan mana kena?

Pakcik:- Nih, abih semua yang hang tengok bawak ke laut. Rumah - rumah nelayan dia sapu p, tak tinggai paku pun. Allah punya kuasa. Dua masjid yang hang duk tengok nih, dua - dua ombak sujud. Yang ni aku tengok dengan mata kepala aku.Kita duk tengok yang kat Acheh dulu, masjid xkena. Allah Maha Besaq.  Tsunami ni mai 3 kali. sekali zohoq, sekali pukui 3. sekali lepas asaq. Ombak dia mai bukan tinggi tapi kuat. Abih kapai2. Semua tarik p laut.

Abah:- Depa duk cerita warna dia hitam.

Pakcik:- Bukan setakat hitam, bau dia pun macam bau belerang. Tu dia Allah nak tunjuk kuasa dia. Kedai aku ni pun selamat pasai mungkin sebelah masjid. 

Abah:- Yang mati ada ka?

Pakcik:- Alhamdulillah, yang tu semua selamat. Nih hampa kalau nak tengok, nampak tepi - tepi tu kesan dia tinggai. P la. Nih aku nak habaq, sembahyang hampa kene jaga, baru Allah jaga hampa.

Antara kawasan yang dulunya dilanda tsunami.. Tepi kedai pakcik  Laksa.

---------------------------------------------------


Lebih kurang macam tula perbualan abah dengan pakcik tu. Adik lelaki(Hafiz) pun sambung.

Hafiz :- Abah, bagus pakcik ni kalau dapat 3 hari. Hakikat da masuk tu.

Abah :- Haisy, tengok - tengok dia cakap kat kita. Aku 10 hari setiap bulan da. Baru tau kita. (Hee~~) 

Tersengeh la abah dengan anak lelakinya itu. 

--------------------------------------------------

Malam - malam p jalan - jalan pasar. Tengok souvenir yang menarik yang boleh dibeli untuk kawan - kawan. Jalan punya jalan, dapat sikit barang. Lepas tu p beli jeruk. Macam - macam jenis. Yang saya beli ni dijamin halal buatan orang Islam. Tambah - tambah murah pulak tu. Isk3 Abah terheleng kepala tengok anak - anak dia beli jeruk. Jeruk Zaiton kat rumah tu tak ade pulak yang makan. Abah sorang je. Tapi yang ni... Bukan main lagi sebat. Hee~~~

Pasar Feringgi = yang ni bukan camera sendiri. Pinjam dengan Haji google.
On the way balik, kebetulan hari Jumaat. Abah singgah solat Jumaat di Masjid Jame' kot (kalau xsilap la)  Haisyy... Dapat la dengar khutbah jumaat dari dalam kereta. Bahasa yang yorang guna untuk khutbah memang sempoi. Yang kasi khutbah waktu tu 'orang dakwah' Ustaz Shahul Hamid. Khutbah tu cerita pasal walimah. Dari sekecil - kecil perkara hingga ke sebesar - besarnya disentuh. Yang ditekankan kenduri cara sunnah. 

Isi2 yang penting, (Yang dalam kurungan, kata ustaz shahul)

- inai perhiasan perempuan. (tok sah duk pakai 3 jari yang lelaki pun. yang 2 perempuan punya)

- bersanding haram. (Hampa duk buat pelamin, konon habaq nak ambik gambaq. tok sah. p ambik kerusi plastik, hah duduk ambik gambaq dengan saudara mara. Jangan duk pamir)

- Penuhi jemputan terdekat. (Nih x, kalau ada 10 jemputan, p yang paling jauh. Nuh kat Kulim. Yang sebelah rumah kenduri, tu dia p last sekali pukui 12 malam).

- Jangan jadikan kenduri sebagai majlis lalai. (Baguih da hampa p jemput DJ, tapi cuba hampa jemput yang islamic sikit. Biaq dia habaq "Tuan2 Puan2 jemput makan, duduk asing - asing laki pempuan, makan jangan lupa baca doa, guna tangan kanan, minum tangan kanan, cedoq kuah tangan kanan, semua tangan kanan, ikat p tangan kiri. kan baguih DJ duk beri ingatan kat tamu)

- Perempuan yang paling baik, maharnya rendah. (Nih pempuan duk ada sekarang, makin mahai makin baguih. Terbalik kot pulak dapat kat depa. Menikah ni urusan agama. Jangan duk campuq dengan dunia)

--------------------------------------------------

Keluar dari Penang, lalu ikut Taiping. Singgah rumah sahabat baik. Ku Fasehah. Jumpa keluarga dia. Semua baik - baik & peramah. Abah dengan umi bukan main bercerita. Maklumla jumpa orang negeri kelahiran Perak + Kedah. Siap kata2 Pahang lagi tu. Hee... Mak Ku Fasehah jamu Laksa. Aduh... Memang sedap. Balik tu pun abah dengan umi duk puji - puji lagi. Ayah dia siap jemput tidur lagi. Masa tak mengizinkan. Kalau tak, seronok jugak dapat tidur rumah membe. Kan? Baik sangat keluarga dia, rasa macam keluarga sendiri da. 

Sebelum naik KL, singgah beli jambu dekat Tapah. Buat buah tangan. Esoknya sebelum balik Pahang, pergi hantar sepupu bertunang pulak dekat Kuala Selangor. Isk3. Then, malam baru sampai rumah. Sekian. 

Insyaallah, panjang umur datang lagi... (^-^)
p/s:- "Cuti minggu akhir ni, lemah semamngat da..... "


Ditulis di,

Tuesday, June 7, 2011

.:: SeLaMat BerBahaGia ::.

Assalamualaikum..

Ucapan Selamat Pengantin Baru buat,

Khadijah & M.Hizwan 

----- dan ----- 

Hakim Shah & Suzliana




Di ijabkabul suami & isteri, 
Jodoh pertemuan sudah tersurat,
Berkasih sayang suami isteri,
Semoga berbahagia dunia & akhirat...



Majilis Ibu Saudara (Khadijah & Hizwan)

Kaklang(adik), BaitiL a'TiQa,  Khadijah(ibu saudara), asma(ibu saudara)

My Lovely Atuk~~~~ (Ayah pengantin perempuan)

Semoga  Makcik diredhai Allah....


Selamat sudah... (M.Hizwan)


Majlis Sepupu (Hakim Shah & Suzliana)

Ayah & Ibu Saudara (Abu & Umi Pengantin Lelaki)

Amin3~~ Ya Allah....
Semoga Abang Selamat akhirat dunia.....


(^-^)
Doa sentiasa mengiringi....
Selamat Berbahagia <3


-----------------------------------------------------
-----------------------------------------------------
-----------------------------------------------------

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah...
Serasanya sudah lama saya tidak mengupdate blog ni... Hermm... Minggu pertama cuti ni memang sibuk dengan kenduri kahwin saudara sebelah Umi (Khadijah & Hizwan) dan saudara sebelah Abah (Hakim & Suzliana). Tarikhnya pulak dekat2... Alahai~~~~~ Minta maaf saya ucapkan kepada mereka yang saya reply emelnya lewat. Bukan sengaja ye... Mudah - mudahan Allah meredhai anda semua. Insyaallah. Sahabat - sahabat semua doakan mereka -mereka ini cepat baby tau. (^-^)


p/s:- "Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma, wajamaa bainakuma fi khoir...."


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...