Wednesday, October 19, 2011

.:: TuLiS ::.


Assalamualaikum. Moga Allah kurnia kebaikan buat kita di dunia dan akhirat. Serasanya sudah lama sangat tak blogging. Kalau blogwalking pun 2 3 blog je sempat. Tapi takpe kan? Biar kita yang control blog kita bukan blog control kita. Kalau tak, bahaya. 2 3 minggu ni memang busy. Sampai – sampai buku (100 cara menjadi kekasih Allah) yang adik perempuan kasi pun saya belum dapat habiskan walaupun da 2 minggu. Tapi Alhamdulillah sempat habiskan Dia Bukan Nabi pinjam dari sahabat Zati Bayani. Apa yang penting jangan amal – amal harian saya berkurangan kerana dunia. Apabila kesedapan dunia dirasai maka hilanglah kelazatan akhirat.

---------------------------------------------------

Penulisan saya.

Pendapat anda? Mampu ke saya menjadi seorang penulis yang baik? Apabila dinilai kembali kemampuan saya, saya merasakan terdapat beberapa perkara mengenai penulisan saya.

1) saya mampu menulis kisah – kisah berdasarkan pengalaman saya sendiri (perkara nyata).

2) saya mampu menulis kembali berdasarkan hasil – hasil pembacaan saya dalam bentuk dan cara saya sendiri (mengolah).

3) saya boleh menulis berdasarkan perkongsian kisah orang lain (kisah benar).

Saya sangat suka menulis. Tapi jarang - jarang mengarang cerita. Saya banyak menulis untuk meluah rasa. Saya sendiri mempunyai banyak koleksi – koleksi hasil tulisan saya. Dari usia 11 tahun sehingga ke hari ini. Saya masih menulis menggunakan pen dan kertas walau setinggi mana teknologi yang ada masa ini.(kuno kot?) Malah, setiap post yang saya publishkan semuanya saya punya draft dalam bentuk tulisan tangan. 

(^-^)y

Antara draft2 tangan yg sempat ambik gamba...
1 - draft n3 Bagaimana solat anda?
2- draft n3 penjaga letak kereta...
3- draft n3 dusta yg dibolehkan (xpublish lg)
4 - draft n3 ujian & nikmat Allah (xpublish lg)
Malu.
Suka menulis tapi malu hasil penulisan dibaca orang. Macam mana tu? Percubaan pertama menghasilkan satu cerita cereka untuk bacaan ramai apabila baru – baru ini saya terpilih untuk menyertai bengkel penulisan DBP. TERpaksa menghasilkan satu cerpen. Isk3. So, saya telah menghasilkan satu cerpen bertajuk ‘KeranaNya’. Sudah dibaca oleh rakan – rakan terdekat. Tapi belum ada yang berani komen terbuka. (jaga hati saya mungkin).Hee~~~ Yelah, biasanya penulisan – penulisan saya, saya simpan sebagai bacaan saya sendiri sahaja. Post – post saya juga sebelum dipublishkan berkali – kali ulang baca, yelah takut – takut ada benda yang tidak kena. Kadang – kadang ada yang tak jadi dipublishkan setelah diulang baca. Malu punya pasal. (^-^)y



Rasa.
Berkongsi rasa melalui penulisan. Apabila saya gembira, sedih, kecewa... semuanya saya akan hasilkan dalam bentuk tulisan. Tetapi tidak apabila saya berkeadaan marah. Kenapa? Kerana saya akan menyimpan penulisan – penulisan saya. Jadi saya tak nak simpan marah itu sekali (nanti apabila diulang baca, rasa marah itu akan kembali). Walau kadang – kadang ketar la jugak nak menulis untuk puaskan hati yang sedang marah (jangan ikut, marah tak baik ).


Anda.
Kita semua menulis dengan sebab. Sentiasa mencari sebab untuk menulis.



(^-^)y :- “Time exam tak tau pulak nak tulis. Kuang3”


SeLiNgaN :- “Suka baca gaya penulisan yang skema. Menarik hati ini. Nampak bergaya. (^-^)y”


Ditulis di,

Saturday, October 1, 2011

.:: PrOmOtE ? ::.

Assalamualaikum...

Insyaallah, sedikit pemberitahuan. Tiba - tiba ilham datang nak promo kedai yang menjual pakaian muslim ni. Kedai bapa saudara iqa, Hj Manan. Tapi kali ni promo antara dua kedainya sahaja iaitu di Sri Petaling + Ulu Langat. Dyorang tak tahu pun, ada promoter tak bergaji kat sini. (^_~)


Ini yang di Sri Petaling.
Bole singgah kalau ke sana.
Insyaallah, harga berpatutan.
(^-^)y

Pakaian kanak - kanak,
jubah lelaki & wanita...
Kain bagus punya... (^-^)y

Ini yang di Ulu Langat, diurus oleh aunty Zahida (Ahlia Manan).
Insyaallah, kalau ada yang berminat nak berniaga pun bole...
Aunty ni pembekal jugak..

Kata aunty jgk, dia jual hrg yang orang mampu beli
kerana tujuannya nak menggalakkan saudara
seislamnya menutup aurah. 



Logo perniagaan,
 FITRAH SYIFA SDN BHD....


Ini dia toke Fitrah Syifa di Sri Petaling,


Ini pulak toke Fitrah Syifa di Ulu Langat.
Ibu saudara, Aunty Zahida.
-----------------------------------------------------------------

Insyaallah, apabila kita pakai pakaian baru, maka ucapkanlah,

الحَمْدُ لله الذى كَسَانِىْ مَا أًوَارِى بِهِ عَوْرَتِىْ وَأَتَجَمَّلُ بِهِ ِفى حَيَاتِى

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku pakaian untuk menutupi auratku dan menghiasi aku dalam kehidupanku"


kemudian mengambil pakaian yang lama dan memberikannya sebagai sedekah, maka kita berada dalam perlindungan dan penjagaan Allah dan Dia akan menyembunyikan dosa - dosa dari orang lain selama kita hidup dan sesudah kita mati.

------------------------------------------------------------------


(^-^)y   :- Pakai pakaian dengan niat menutup aurah. Moga Allah pelihara kita.

SeLiNgAn:- "FB - Fitrah Syifa & lain kali promo yang lain pulak"



Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...