Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

.:: ExpReSs ::.

Assalamualaikum,,, Mudah - mudahan kita semua berada dalam pemeliharaanNya. Alhamdulillah, syukur untuk semua kenikmatan serta ujian yang Allah beri. Alahai... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi cuti. Isk3.  -----------------------------------------------   Express. Bagaimana anda menghabiskan zikir harian anda? Zikir pagi, petang, istighfar, selawat......... Apabila menyebut kalimah Allah, tetapi dihati tidak ada tumpuan tidak menjadi juga. Kerana apa? Kerana kelalaian tetap tidak hilang. Sedangkan salah satu tujuan zikir itu untuk membuang kelalaian yang ada dalam diri.  Suatu petang beberapa tahun lepas (lame kot!) selepas asar saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara (BP) kerana ada keperluan. Teringat mukaddimahnya,,, Kring! Kring! Bp       : Assalamualaikum... Sihat? Saya    : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat... Bp       : Kakak buat apa? Saya    : Baru lepas solat ni.. Bp       : Zikir petang dah habiz? Say

.:: PaKai BiLa PerLu ::.

Assalamualaikum. Pakai Bila Perlu. Bertemu dengan orang yang suka mempergunakan orang untuk kepentingan diri sendiri, terkadang sangat - sangat menduga hati, ye lah untuk melihat sejauh mana kesabaran itu. Isk3 Kan~~~ Bersahabat kerana punya kepentingan diri. Inginkan populariti, cari mereka - mereka yang cantik - cantik/ansem - ansem sebagai peneman. Bila tiba pada musim peperiksaan pula, datanglah 'dia' ini menyendeng pada mereka - mereka yang rajin serta bijak untuk mengutip ilmu - ilmu yang tertinggal. Mereka - mereka rajin bijak ini hanya akan berjumpa semula 'dia' ini pada peperiksaan akan datang. Isk3. Mereka - mereka yang kaya pula dicari, untung - untung dapat tempiasnya.  Jika tadi musim peperiksaan, masuk pula pada musim keputusannya. Maka, 'dia' pun duduk di atas tikar sembahyang dan bersolat memohon agar Allah kurniakan yang terbaik buatnya. Orang sebegini hidupnya seronok mempergunakan orang lain, sampai - sampai tuhan pun dia guna

.:: MenYeBuT CinTa ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana masih diberi umur untuk terus mengamalkan agama. Bagaimana dengan percutian bagi mereka - mereka yang bercuti seperti saya? Harap ianya 'terisi'. Saya berpeluang pulang ke kampung belah umi lebih kurang seminggu. Puas dan gembira. Yelah hujung - hujung tahun ni musim 'orang - orang lelaki' tak ada. Abah keluar Filipina, Atuk pula keluar Perlis, Pak Jang sekali lagi dipilih keluar ke India walaupun baru lagi rasanya keluar masturat Australia, Pak Teh kali ini 2 bulan jalan kaki di Klang dan seingat saya juga sangat - sangat baru keluar masturat India. Banyak korban ni. Allahu Akhbar! Pakcik Soleh pula Allah pilih  untuk ke IPB tahun ni. Tahun ni juga, Atuk dapat duduk sekali dalam bayan hidayat dengan menantu - menantunya. Pilihan Allah, ketetapan tarikhnya pun sama. Makanya, kami semua perempuan yang dikasihi ini, berhimpunlah beramai - ramai. Seronok. Mak Teh yang dalam pantang p