Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, masih diberi kehidupan untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan agamaNya. Semester baru telah bermula. Bertemu kembali sahabat - sahabat seperjuangan setelah lebih kurang sebulan bercuti. Macam - macam cerita ada. Kelihatan ada yang sizenya 'bertambah' & ada 'berkurang'... (^-^)y Yang pasti semua umur da 'bertambah'. Harapannya, moga - moga amalan kita semua juga 'bertambah'.
-----------------------------------------------------
Ke arah kebaikan.
Dalam kehidupan, seharusnya kita belajar bagaimana bertolak ansur dalam usaha menjadi lebih baik. Orang yang tahu bertolak ansur menampakkan diri dia menghormati orang lain. Perasaan hasad dengki juga dapat dielakkan kerana Allah telah suburkan rasa kasih dan sayang dalam diri bermula dengan sedikit tolak ansur itu tadi. Ketahuilah bahawa seseorang tidak dapat mencapai hakikat kesempurnaan iman selagi mana dia tidak mencintai sesama saudara seislamnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sabda Rasulullah,
"Hasad itu dapat makan kebaikan, sebagaimana api makan kayu."
(Hr. Ibnu Majah & Abu Daud)
Seharusnya diri kita dikuasai oleh iman bukannya nafsu. Kerana iman itu menyuruh kita ke arah kebaikan dan menolak kita daripada melakukan kejahatan. Dengan berpandu iman, tujuan kehidupan kita menjadi jelas. Kita akan berusaha untuk memastikan kita memiliki sebuah jalan kehidupan yang sempurna untuk menemui Allah. Insyaallah, kita tidak tergelincir daripada landasan keimanan selagi mana kita bawa cara hidup orang yang Allah telah janjikan kemenangan.
-----------------------------------------------------
Budak hostel.
Kalau tak pandai bertolak ansur, memang menyusahkan orang lain terutama mereka - mereka yang bergelar budak hostel. Yelah, banyak benda yang perlu dikongsi bersama. Tandas, ampaian, bilik, pantry, mesin basuh, & macam - macam lagi. Jangan la pulak kita pandai - pandai buat macam harta sendiri. Isk3 Macam saya sendiri, kadang - kadang rasa macam semua benda nak bawa kat hostel ni, senang. Tak perlu berebut - rebut, yelah ada masa makan hati jugak bila ada yang potong q. Bila difikir - fikir time ni la nak belajar ikram, khidmat, sabar. Ikram orang lain untuk tarbiah diri kerana khidmat dapat mewujudkan sifat tawadhuk dalam diri.
-----------------------------------------------------
Pengalaman.
Kehidupan berkeluarga lagi - lagi menuntut toleransi. Tambah - tambah kalau menerima kehadiran orang baru. Sementara nak menanti ke serasi tu, macam - macam nak kena belajar dan faham. Bercakap soal ini, saya banyak belajar melalui pengalaman orang lain. Melihat kepada pengalaman - pengalaman ahli keluarga saya sendiri. Cara kami dibesarkan dengan dia (orang baru) dibesarkan tak sama. Kamilah yang perlu banyak berperanan dalam belajar untuk memahami.
-----------------------------------------------------
Fahami.
Bagi anda yang sudah beristeri atau baru beristeri atau akan beristeri, belajar - belajarlah untuk bertolak ansur dengan mereka. Jangan nanti nak ikut kepala sendiri sahaja. Bincang dulu apa - apa pun. Andai anda sudah punya keputusan sendiri hakikatnya, pandai - pandaila berlakon seolah - olah keputusan anda itu dicapai setelah berbincang. Orang perempuan ni suka bila dihargai. Ini tidak, berdasarkan pengalaman orang yang hampir dengan saya sendiri.
Dia seorang perempuan berpurdah, yang mana pada hari perkahwinannya suami yang baru menikahinya tadi telah membuat permintaan agar membuka purdah sewaktu ke majlis menyambut menantu. Tambahnya lagi, sekali ni sahaja. Katanya, belajar ikram dengan keluarga. Alahai... Seharusnya, anda yang belajar dan faham isteri anda. Bertahun - tahun sebelum ini, itulah pakaiannya. Jiran sebelah rumah pun tak pernah tengok, tup - tup satu hari sekampung punya rezeki. Andai belum bersedia punya isteri yang berpurdah, mengapa memilih dia yang berpurdah?
-----------------------------------------------------
Didik hati.
Kali ini, bunyinya seakan - akan saya menjadi pembela nasib perempuan pulak. (^-^)y Yelah, saya perempuan. Chewah! Sudah tentu saya bercakap bagi pihak perempuan. Ye tak? Mari sama - sama belajar didik hati. Sebut pasal didik hati teringat pulak cerita hari kelmarin. Lebih kurang dua jam menunggu. Boleh tahan tu. Dua jam tu sebenarnya tempoh Allah beri supaya saya dapat didik hati untuk sabar. Kan2... Syukur alhamdulillah. Allah hantar Ryhan untuk menceriakan saya. (^-^)y Nampaknya, n3 kali ni agak panjang. Kuang3
Firman Allah,
dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
 |
Ni kes lama sangat menunggu...
Kufashe sengeh2 pasal hati da terdidik tu...
Ekeke... |
(^-^)y :- " Tidak ada tolak ansur dalam akidah"
Ditulis di,