Saturday, February 25, 2012

.:: FiKiR CinTa ::.


Assalamualaikum,,,

Ehem! Terlupa dahulu tirai cinta da dibuka (nak tertutup da kot?) Sepatutnya adala beberapa post yang mengiringi. Tapi... Menyebut Cinta je ke cik iqa ey... Isk3

Terdahulu, menyebut cinta itu menuntut pengorbanan. Kali ini menuntut pada yang halal. Cinta halal itu cinta yang berjalan di jalan keredhaan Dia. Awak-awak faham kan? (selalu bw tgk orang tulis pasal cinta ni). ^^,


----------------------------------

Realiti.

Bagaimana agaknya realiti perkahwinan itu? Terfikir-fikir... Yelah, umur pun seakan mengetuk diri menyampai pesan supaya membuat persediaan ke arah itu. 

Iqa ---> isteri? Isk3



Bukan tak tahu pandangan lelaki lebih dalam hal-hal 'besar', perempuan itu pula cenderung pada hal-hal 'kecil'. Berbeza. Yakin! Itu juga salah satu kebesaran Dia dalam penciptaanNya. Tapi... Mampukah dirimu?

----------------------------------


Kedua.

Pilihan pada kita. Ketetapan itu padaNya. Selalu dibincangkan 'andai kita diduakan'. Bagaimana pula jika dirimu Allah pilih untuk bergelar yang kedua? Pejam mata rapat-rapat bila difikirkan. Bersediakah istikharah buat dia yang telah bergelar suami?



----------------------------------


Membimbing.

Antara membimbing dan dibimbing. Mana pilihanmu? Andai dia yang perlukan bimbinganmu datang menjemputmu jadi pendampingnya, sudikah dirimu? Sedang padamu, dia yang bergelar lelaki itu wajar menjadi pembimbing, bukan yang dibimbing. Apa katamu? 


----------------------------------


Dibimbing.

Andai pula dia yang mampu membimbing hadir, tersenyumkan dirimu? Sedang dahulu doamu,

"Ya Allah, berilah dia yang mampu menjadi imam buatku,
kurniakanlah dia yang cintanya padaMu
 mengatasi cintanya padaku, 
kau jadikan dia itu penyejuk mata dan hatiku,
dia yang ............................."

Tapi saat Allah datangkan dia sebagaimana dipinta, panjang pula fikirmu. Lalu, apa sebenarnya mahumu?




(^-^)y :- "Tulisan En. mhafiz_ydin peringatan buat diri tentang rasa cinta" 




Ditulis di,

Tuesday, February 14, 2012

.:: MaLu-MaLu ::.


Assalamualaikum semua...

Nampaknya, boleh tahan tempoh hibernasi Rumah Tua sekarang ni. Agaknya tunggu masa je nak gulung & bungkus. (T_T) Post pada kali ini dicoretkan dalam waktu yang singkat pasal idea pun tersekat-sekat  (nak cakap awak bizi ke ni cik iqa?)

----------------------------------------

Malu.

Dia yang bergelar muslimah perlu dihiasi dengan malu. Kerana malu itu merupakan salah satu ciri iman.

Pemalunya seorang wanita itu dapat dilihat dari cara dia berjalan? Ye ke....?

Allah berfirman,

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami". 
(Al - Qashash: 25)

*wanita diatas adalah anak perempuan nabi Syuib.


Eleleh... Kalau yang lani, banyak duk buat - buat malu kot? 
(^_~)


----------------------------------------

Berlebihan.

Malu itu telah kita jadikan perhiasan. Dalam Islam, berlebih-lebihan dalam perhiasan tidak dibenarkan. Kan~~~ Jadi, jangan lebih-lebih. (^-^)y

Ye lah, bimbang malu yang berlebihan itu akan membawa keburukan. Siapa tahu sampai malu juga untuk berbuat kebaikan kerana takut terima pujian. Isk3

Allah firman,

...Allah tidak malu (menerangkan) yang benar.
(Al-Ahzab: 53) 

Apa nak jadi?
Tak malu bergambar kat surau GMI...
isk3~~

(^-^) :- "Perisai orang beriman"


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...