Tuesday, May 8, 2012

.:: PaNdaNgaN ::.


Assalamualaikum,,,

Insyaallah, sedikit perkongsian pada kali ini. Sebelum itu, apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam rahmat serta lindunganNya.

-------------------------------------------

PandanganNya.
Kita adalah yang dicipta. Dia adalah yang mencipta. Oleh itu, sudah tentulah Pencipta lebih mengetahui tentang apa yang diciptaNya. 

Beringatlah, kita ini sentiasa berada dalam pengawasanNya. Dan kita tidak akan pernah dapat bersembunyi daripada pandangan Dia. Sesungguhnya Dia Maha Melihat.

-------------------------------------------

Rancangan.
Sejauh mana rancangan-rancangan rahsia kita dapat dirahsiakan? Sedangkan Allah bersama kita ketika kita merancang sesuatu perkara itu. Walau sekecil-kecil rancangan.

وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا
Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan.
(An-nisa' 4: 108)


-------------------------------------------


Sedar Diri.
Oleh itu, sedar diri. Sedar diri yang kita ini hamba kepada Allah yang mencipta. Hamba. Makanya, bersifatlah dengan sifat layaknya buat seorang hamba.

  أدب العبيد تذلل 
"Adab bagi para hamba itu kehinaan"

والعبد لا يدع الأدب
"Dan hamba itu tidak patut meninggalkan adabnya"


-------------------------------------------

Pesta Buku.
Alhamdulillah, ahad lepas berkesempatan ke KLIBF12. Alhamdulillah, dapat membawa pulang beberapa buah buku. Jalan punya jalan, macam-macam dapat. Singgah di booth Hijaz Record dapat ulasan free tentang perpaduan ummah. Kan Ku?


Jalan dan singgah pula di satu booth belakang booth Hijaz. Sempat diskusi tentang Jemaah Tabligh dengan seorang brother. Brother ni ada salah faham sikit dengan usaha atas iman ni walaupun dia sendiri duk bawa usaha ni. (kesian + sedih).

Moga Allah pilih saya & dia untuk terus keluar dan tambah korban agar bertambah kefahaman. Amin amin ya Allah.... & lagi satu tak lupa syukran juga buat brother ni kerana menghadiahkan sebuah buku untuk diri ini.


-------------------------------------------

Semangat.
Peluang bertemu dengan penulis seperti Dr. Awisul telah memberi semangat untuk menghabiskan buku yang sedang dikarang. Yelah, dalam sibuk-sibuk dia merawat pesakit pun, 15 tahun diambil untuk menghasilkan sebuah buku Seharum Kasturi Putih (suka duka dalam dunia medik). Usaha ya Baitil Atiqa!


(T_T):-
 " !واسوأتاه منك, وإن غفرت
             "hina dan buruknya diriku di sisiMu sekalipun Engkau mengampunkan aku"

        

Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...