Thursday, November 29, 2012

.:: StOrY MoRy ::.


Assalamualaikum...

Moga sihat-sihat semuanya.

Selamat untuk semua perkara yang baik-baik.

-----------------------------------------------

Keperluan.

Firman Allah,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ
Maksudnya: "Hai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah."
(Al-Fatir: 15)

Kita manusia.
Kita berhajat pada Allah.
Allah tidak berhajat kepada kita.

-----------------------------------------------

Bertambahnya usia,
Berkuranglah masa,
Bertambahnya kerja,
Berkuranglah tenaga.


Maka,
Carilah pahala,
Sebelum saat tiba,
Dipanggilnya kita,
Kembali pada Dia.

-----------------------------------------------

Blog RuMaH TuA.

Makin menjadi-jadi sekarang owner blog ni.
Sebulan sekali update.
Macam nak tak nak je.
Suka-suka hati dia.
Ada bulan tak update pun.


-----------------------------------------------

Pecinta.

Orang yang cinta Allah.
Pasti akan dicintai mereka-mereka
yang turut mencintai Allah.
Wah!
Hidup dalam cinta.
Dikelilingi cinta-cinta.
Cinta bermakna.
Cinta ke syurga...

Firman Allah,
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Maksudnya: "Adapun orang-orang beriman sangat cinta kepada Allah"
(Al-Baqarah: 165)

-----------------------------------------------

Guru Pelatih.

Ada someone cakap,
aik! Belum jadi cikgu pun da banyak cuti?
Asyik cuti. cuti. cuti.
Yela awak-awak...
Bukan mengajar je kene ada latihan.
Cuti pun kene berlatih jugak.
Takut nanti tak biasa cuti banyak.
Hik. Hik. Hik.
Tak baik berdengki tau.


-----------------------------------------------

Masa cuti.

Awal-awal cuti da dapat warning.
Dari Umi. Dari Abah.
Kuliah je cuti. Yang lain tak cuti.
Hee~~  (sengih)
Faham & faham.


-----------------------------------------------

Style.

Awak ada style.
Saya pun ada style.
Style awak & saya mesti ikut syarat style Dia.

Ada beberapa follower RuMaH TuA,
suka & follow style saya.
Tak perlu minta permission ya.
 Kerana,
Tak mengapa,
asal petik yang baik-baik sahaja.

Saya juga kata,
jangan lupa,
kita sama-sama nak follow style Baginda..

-----------------------------------------------




(^____^) y :- "Sedar! Aku juga sebahagian dari tanda kebesaranNya"

Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...