Saturday, December 29, 2012

.:: HaTi RauDhAh 01 ::.


Assalamualaikum...

Moga baik-baik semuanya.
Insyaallah.

-----------------------------------

"Hati raudhah menggamit cinta Ilahi"

-----------------------------------

Bulatan Cinta.

Meletakkan hati & cinta dalam satu baris.
Perkara biasa.
Kerana yang namanya cinta itu bulatnya dihati.
Kan?

-----------------------------------

Hati tak merah.

"Dia ni dari jenis yang biasa-biasa je"

Apa yang biasa-biasa?
Pakaian dia? Tudung dia?
Atau amalan dia?

Awak...
Jangan rasa awak lebih baik dari dia.
Awak tak pernah lebih baik dari sesiapa bila awak rasa awak lebih baik dari dia.

-------------------------------------

Kan Manusia.

Awak. Saya.
Kita manusia.
Selalu silap.
Selalu jugak minta maaf.
Selalu taubat.

Ulang lagi silap.
Ulangla lagi minta maaf.
Ulang jugak taubat.
Langsung tak salah.
Jalan kembali ada.
Sentiasa.
(^__^)y


--------------------------------------

Firman Allah,

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.”
(Asy Syura: 25)

-------------------------------------

Penghujung cuti.

Belum pun tinggal rumah.
Hati dah rindu.

-------------------------------------


(^__^)y:- "Terima kasih Allah"


Ditulis di,

Friday, December 14, 2012

.:: TeNanG & TeNanG ::.


Assalamualaikum...

Moga hari-hari yang berlalu dalam keadaan yang baik.
Dirahmati Allah.

---------------------------------------

"Allah adalah ketenangan.
Untuk mencari ketenangan,
carilah Allah"

---------------------------------------

Al-Quran.

Kitab suci. Kalam Allah.
Sungguh indah.
Sunguh tenang.

Seindah kata. Secantik bahasa.
Sebaik-baik tulisan. Sebaik-baik bacaan.
Bagi yang susah. gelisah.
senang. berduka. gembira.

Inilah pedoman. Peringatan.
Tenang dengannya.

----------------------------------------

Belajar & Mengajar.

Sabda Nabi,
 "خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ اْلقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
Maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkanya"
(Bukhari & Tirmidzi)

----------------------------------------
Usaha.

Jangan sekadar cuba-cuba menghafaz.
Tetapi hafaz.
30 juzuk berjaya.
1 juzuk pun berjaya.
Surah-surah penting juga berjaya.
Kemampuan masing-masing dalam pengetahuanNya.
Asal usaha & doa.

-----------------------------------------

Madrasah Tahfiz.

Tempat lahirnya hafiz & hafizah.
Alim & alimah.
Ustaz & ustazah.
Tenang.
Tempat belajar menjadi yang baik-baik.
Tempat belajar cara hidup Baginda.
Tempat jauh dari acara dunia.
Tenang & tenang.

------------------------------------------

Cuti.

Aiyak!
Setiap n3 mesti ada subtajuk cuti.
Hee~~~

Cuti-cuti ni.
Pergi melawat budak-budak di madrasah.
Ustazah-ustazahnya juga.

-----------------------------------------

Pertemuan.

Ustazah Khadijah. Isteri Maulana Adli.
Rindu nak melihat ketenangan wajahnya.
 Serta menyentuh tangan mulia itu.
Bila cakap nak datang,
Sanggup ustazah tangguh dulu hasrat pulang ke Kedah.

Ustazah Nisa.
Kak Nisa ni tua setahun sahaja dari iqa.
Wah!
Anak da nak dua bila jumpa baru ni.
Cumil!   (^__^)y
Menjeling dia bila cakap iqa tak kawen lagi.
Ting Tong.

Cikgu Ana.
Kak Ana ni isteri Maulana Hilmy.
Juga cikgu sekolah menengah.
Iqa kamcing dengan dia.
Dulu bila berkunjung ke madrasah.
Adala dia.
Sekarang suaminya da buka madrasah di tempat lain.
Hem... Tak ada da kak Ana.
(T__T)

----------------------------------------

Kesempatan.

Hari tu walaupun sekejap,
sempat iqa test bacaan budak-budak tu.
Budak je iqa panggil. Panggil adik..

Ada jugak adik-adik yang takut.
Apa yang da hafaz sume tak ingat.
Apa yang da belajar sume berterabur.
Kih3
Ingat iqa makan orang agaknya.

Tak apa.
Len kali akak test lagi.
Bila ada ruang & peluang.
Bila rajin.

Sebelum pulang,
Ustazah pulak nak test iqa.
Tau gelabah!
Hee~~
Time orang pandai.
Time kita, menyenget juga.

------------------------------------------

Perkongsian.

Bukan semua kita patut & bersedia untuk berkongsi.
Setakat yang mampu. Kan?

Iqa suka membaca perkongsian hidup orang.
Ada 'sesuatu' pada setiap jalan cerita itu.

Jalan cerita awak, jalan cerita saya.
Tak sama.
Walau tujuannya satu, Allah.

Dalam cuti ni juga, iqa cuba
selit menyelit waktu untuk membaca
'sesuatu' pada jalan cerita Tun Mahathir.
(A Doctor in the House)

------------------------------------------

Sekian.
Untuk catatan sejarah di RuMaH TuA.
Menulis N3 terPANJANG.
(^__^)y

 Sewaktu otw ke madrasah.
Si adik, Haziq cumil tak lupa dibawa ke mana aje. ^^,

Tenang.
Hanya beberapa bahagian.
Maahad Tahfiz Wa Ta'lim Al-Quran.


(^__^)y :- "Cik Ku & Cik Ain, jangan sekali lagi cakap tak tau nak komen apa sebab banyak sangat story mory nyer. Tau? Hik3"


Ditulis di,

Monday, December 10, 2012

.:: PeRmaTa HaTi ::.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Harap-harap semua sihat sejahtera hendaknya.

--------------------------------------

"Memberi jangan sampai mengunkit,
menerima jangan sampai meminta"

--------------------------------------

Permata hati.

Kanak-kanak ini permata hati.
Boleh jadi,
Penyejuk di mata umi.
Penawar di mata abi.
Juga penyeri dalam hidup ini...
(^__^)

--------------------------------------

 Sayang.

Kasih dan sayang.
Punya banyak bahagian.
Andai pada bahagian itu adanya mereka,
mereka yang digelar kanak-kanak.

Alhamdulillah.
(^__^)

Kerana itu,
bukan sekadar bahagian kasih & sayang,
Tetapi juga,
bahagian dari sifat Baginda Muhammad...  

-------------------------------------

Ayuh!

Sayangi & hargai permata hati kita ini.
Bergembira dengan apa yang Rasulullah pernah gembira.
Kerana semua yang menggembirakan Rasulullah itu,
Pasti & pasti menggembirakan Allah.

--------------------------------------

Cuti.

Gembiranya bila dapat cuti.
Hee~~~
Tak habis-habis dengan cuti. Kan?
Macam tak pernah cuti pulak.

 Yelah tengah-tengah banyak ujian,
banyak cabaran,
banyak benda difikiran ni...
Tiba-tiba da bercuti.
Wah!
Lega.

--------------------------------------

Taman Pemainan.

Iqa ada 3 orang adik yang masih kanak-kanak.
Kanak-kanak riang.
Hafizi. Hasif. Haziq.
Disebabkan kawasan tempat tinggal iqa kurang sesuai 
untuk kanak-kanak bermain,
Kawasan sibuk.
makanya budak bertiga ni selalu dibawa ke taman.
Tambah, jiran-jiran iqa kaum cina.
Takkan budak-budak tu nak main dengan uncle-uncle tu pulak. 
Ye dak?

----------------------------------------

Tugas.

Kebiasaannya abahla yang bawa budak bertiga ni ke taman permainan.
Petang-petang. Bila tak ada ghastla.
Now, abah tengah keluar.
Si abang, Hafiz pula jauh nun di sana.

Kakaknya la yang ganti tugas.
Ecece~~~ Bising.
Baru berapa kali awak bawak. Hee~~
Tupun awak bawak ke taman yang paling dekat.
Taman permainan masjid.
5 minit je da sampai. Cari paling dekat, malas!
(^__^)

-----------------------------------------

Si kecil Haziq.
Bole tahan tau!

Ambik peluang nampak.
Kecik-kecik tak dan main taman. Kih3
Tu... Tu... Masjid kat belakang. ^^,

Tudia... Sempat meeting dik!
Yang penting happy...


(^__^)y :- "Didik anak cara sunnah. Anak tak ada lagi, kene mula dgn adik-adik. Ecece~~"


Ditulis di,

Wednesday, December 5, 2012

.:: OrAnG TuA KiTa ::.


Assalamualaikum...

Insyaallah.

Moga yang baik-baik kita sama usaha.

---------------------------------------------

"Pahitnya dosa akan menafikan ketidaktaatan,
indahnya iman nikmatnya kebahagiaan."

-----------------------------------------------

Tua.

Kita tak selamanya muda.
Panjang umur, tua.
Sementara muda,
khidmatlah pada yang tua.
Ibu bapa.


-----------------------------------------------

Hari ini & Hari esok.

Hari ini kita memegang watak anak.
Esok-esok kita pula memegang watak orang tua.

Bagaimana kita hari ini pada ibu bapa kita.
Insyaallah hari esok,
begitu juga anak-anak kepada kita.

Hari ini kita tinggalkan mereka berseorangan.
Hari esok anak-anak meninggalkan kita keseorangan.

Hari ini kita sibuk dengan anak-anak kita.
Hari esok anak-anak kita sibuk dengan anak-anak mereka.

Hari ini kita hidup penuh kegembiraan.
Hari esok jangan pula dengan penuh penyesalan.

Hari ini kita di dunia.
Hari esok kita di akhirat.


-----------------------------------------------

Kepunyaan.

Ibu. Bapa.
Saya. Awak.
Allah yang punya.
Bukan kita-kita.
Sampai masa.
Kembali padaNya.

Sabda Nabi,

"أَكْثِرُوا مِنْ ذكر هادم اللَّذَّاتِ"

' Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan (kematian)'
(Ibnu Majah)

-----------------------------------------------

Kampung.

Baru ni berkesempatan ikut balik kampung.
Kampung orang. Isk3.
Bukan kampung kita.
Macam-macam ada. 
Manggis. Durian. Nangka. Rambutan.
(^_^)

Bermain dengan si cumil.
Nabila, Nadhira. Akif.



Semua manja-manja.
Anak-anak Aunty Asiah.
Sayang akak kan..

(^__^)y :- "Siapa nak ikut balik kampung iqa pulak? Hik3 ^^, "


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...