Thursday, January 24, 2013

.:: CaHaYa RaBbaNi ::.


Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul.
Moga Allah merahmati. 
Semua di antara kita.
Insyaallah.

-------------------------------

Cahaya menyinari cahaya matahari,
Cahaya keyakinan cahaya dihati,
Cahaya Rabbani.
Cahaya-cahaya dari Ilahi.

-------------------------------

Cahaya Rabbani.

Yang terpancar daripada hati hamba.
Hamba-hambaNya.
Kita-kita.

Seharusnya dengan kiriman cahaya ini,
Kita-kita mampu untuk terdedah,
Dengan kemahuan hati yang sebenarnya.

Takut. Cinta. Berharap.
dengan Zat yang Maha Tinggi, Allah.

-----------------------------

Manusia mana tak silap.

Manusia andai dapat ditambah definisinya.
Yang wajar mungkin 'kesilapan'.

Yelah, sentiasa.
Manusia mana tak silap.
Ye dak?

Silap dengan Allah.
Kita mohon keampunan.
Silap dengan manusia.
Mohon kemaafan.

------------------------------

Sama-samala kita.

Dia silap dengan awak.
Awak maafkan dia.

Awak silap dengan dia.
Dia maafkan awak.

Kalau tak maafkan.
Hai....
Tak pernah buat silap ke awak- awak tu?

-------------------------------

Firman Allah,

فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ
"maka Barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah."
(Asy-Syura: 40)

-------------------------------

Tugas baru.

Naik semester baru.
Allah hantar satu amanah.
Tanggungjawab untuk mendidik.

Kalau sebelum ini,
Iqa berpeluang mengajar anak-anak pensyarah.
Hari ini,
Dapat peluang mengajar anak-anak di kampung pula.
(^___^)y

-------------------------------

Tak lari dari membanding-banding.

Pandangan peribadi sebagai seorang pendidik.
Iqa nampak anak-anak kampung ini lebih 'soft'.
Seronok. Tidak tekanan. Tak demanding.
(^_^)y

Mungkin & mungkin.
Anak-anak pensyarah dulu tu tahu.
Iqa anak murid umi atau abinya pula.
Mungkin.~~~
Hik3

-------------------------------

Memahami.

Terukir di minda.
Tersemat di dada.

Walau siapapun.
Aku guru aku harus terima.
Bagaimana mereka-mereka seadanya.
'soft' or 'hard'
kan?

-----------------------------

Rasulullah.

Guru terbaik.
Manusia agung.
Dalam bimbingan Allah.
Dia baginda Muhammad s.a.w.

-----------------------------

1- Kata si tudung merah tika ditanya siapa siapkan ke kelas.
"Kakak saya siapkan, abang yang hantar"
Oh terharu...

2 - Sebahagian dari  anak didik yang sangat baik.

3 -  Iqa dan si kecil cumil molek.
4 -  Ustazah Fadhila, peace!
5 -  Iqa & Ustazah Raihan yang sangat lucu. Hee~~~
6 - Ustazah Syaheedah tekun mempersiapkan anak didiknya untuk solat Dhuha.

Kami lah gang Relong Kump. 1.
Hik3
Mohon doanya.

(^____^)y :- 
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم
 وبارك على محمد وعلى آل محمد
 كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم
 في العالمين إنك حميد مجيد

Ditulis di,

Wednesday, January 16, 2013

.:: KeBeRsiHaN ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga-moga semuanya baik-baik.
Insyaallah.

-------------------------------

Bersih dan suci tak sama.
Sebagaimana zahir dan batin berbeza.

-------------------------------

Bersih & Suci.

Awak nampak bersih.
Tapi belum tentu awak suci.
Dan,

Awak yang nampak bersih.
Boleh duduk-duduk dekat dengan manusia.
Kan? Tapi....,

Awak yg dapat duduk-duduk dekat dengan manusia tadi,
Belum tentu awak boleh duduk-duduk dekat dengan Allah.


---------------------------------

Perlu.

Bukan orang Melayu.
Cina atau India.
Tapi, orang Islam.

Islam.
Bersih & suci.

Awak & saya. 
Islam.

---------------------------------

Semua.

Pakaian. Tempat tinggal.
Hati. Fikiran.
Makanan. Minuman.
Mesti bersih.
Suci.

--------------------------------

Dalam diri.

Awak kata awak bersih.
Tapi kalau awak hanya jaga barang-barang awak.
Harta benda awak je yang bersih.

Barang orang.
Harta orang awak tengok hujung mata.
Tak tolong jaga.
Awak pengotor....

(kata orang pahang, "habat")
(^__^)y

--------------------------------

Firman Allah,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
(al-Baqarah: 222)

---------------------------------

Telekung.

Allah...
Teringat zaman belajar di Matrikulasi Gambang.
Zaman muda-muda. ^^,
Ada segelintir yang tak berapa gelintir,
Pergi kuliah, bukan main cantik.
Sopan. Manis. Ayu.

Time solat,
Kus semangat...
Telekung yang warna putih.
Ada yang jadi kuning.
Ada pulak bertahi lalat.
(org terengganu kata 'jeragat')

Nak jumpa orang.
Manis. Sopan. Cantik. Ayu.
Nak jumpa Allah.
Hem~~~ 

Oleh itu,
Jagala telekung awak-awak.

---------------------------------
Jemaah Masturat.

Keluar jalan Allah.
Lagi-lagi nak jaga.
Tambah-tambah rumah yg dipilih Allah.
Jangan kerana tahap kebersihan awak.
Pecah hati tuan rumah.

--------------------------------

Awal Semester.

Semester yang agak busy.
Boleh jadi buat-buat busy juga.
Ek#!
Mohon doanya.
Moga Allah permudahkan segala urusan.

--------------------------------

Pandu Puteri Kadet.

Meninggalkan tahun lepas.
2 semester.
Membawa kenangan.
Sebagai ahli Pandu Puteri.
Be prepared!

-------------------------------

Bersama sahabat Pandu yang lain.
Pic: Atiqah, Zati & Iqa.
Kenangan pada Malam Kepanduan.
Bertema biru.

(Memandu ke arah Islam)
^__^  Hee~~~


(^__^)y:- "Cintailah Sungai Kita" ~~~


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...