Thursday, February 14, 2013

.:: KoNgSi CeRiTa ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar? 
Semoga semuanya sihat dan bertambah sihat.
Sihat untuk beramal.
(^_^)y

---------------------------------

Jika ingin kemuliaan yang tidak akan habis,
maka carilah kemuliaan dengan
kemuliaan yang tak pernah menipis.

--------------------------------

Special For.
Terima kasih yang sangat kasih buat sini!
Luv u so much ila~~
Suka sangat-sangat...
(^_______^)y
----------------------------------

Cerita lebih kurang.

----------------------------------

Bas penuh.

2 minggu lepas punya cerita...
Naik satu bas ting tong.
Satu je la takkan dua sekali.
Oh no!
Naik-naik je bas sepenuh-penuhnya manusia.
Padat & penuh.


Tak ada rezeki la nak duduk untuk
merehatkan kaki yang sedia lenguh.
T__T
Dengan muka yang sedih org nampak ke heh3
Toleh la kiri ke kanan.
Penuh dengan budak-budak muda je.
Alahai, brutal pulak.
Ujian lagi.


Yelah, kalau yang pernah naik mesti tau.
Mana nak berdiri lagi.
Nak paut pemegang lagi.
Dengan tak nak berselisih dengan
orang yang tak sepatutnya.
Macam-macam la. geleng kepala.

----------------------------------

Unsur saspen.

Tiba-tiba terasa-rasa ada orang
goyang-goyang my handbag.
Erm... Ketar jugak.


"Makwe, aok duduk lah
Kang ada lak yang terselak tudung,
terselak purdah pulak.
Tak pasal-pasal rezeki pakwe."
(dia dengan muka tersengih-sengih sambil angkat kening)

--------------------------------

Nak o xnak.

Mata masih menjeling.
Otak duk fikir-fikir.
'Betul ke bole duduk ni'
Hati pulak duk cakap-cakap.
'rezeki jangan ditolak'

Ok. Duduk.
Alhamdulillah kat situ.
Kaki pun boleh tersenyum da.
^___^

--------------------------------

Dalam hati ada taman.

Dalam duk duduk-duduk tu.
Terfikir-fikir.
Tak baik betul hati ni.
Waktu mula nampak diorang.
Macam-macam andaian.
Semua yang negatif pulak tu.

Tiba-tiba...

"Nampak je brutal kak, dalam hati ada taman nih"
(ada sound effect)

Ek#%^
Macam diorang tau-tau je.
Hik Hik Hik.

---------------------------------

Iqa oh Iqa.

Hati mau bersih la kawan.
Jangan banyak sangka buruk.

Yelah.
Budak muda tshirt hitam skull.
Seluar style rabak.
Pun care tentang aurat awak.
Takut terselak melak.

Doa untukmu,
Moga Allah kasih.
(^________^)


(^__^)y :- "Alangkah indahnya cuti"


Ditulis di,

Thursday, February 7, 2013

.:: HaTi RauDhaH 02 ::.


Assalamualaikum....

Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Insyaallah.

---------------------------------

"Hati raudhah menggamit cinta Ilahi"

-------------------------------

.ربما أعطاك, فمنعك
.وربما منعك, فأعطاك

Boleh jadi Allah memberi kepadamu (nikmat), 
Tetapi Dia menghalangmu (hidayahNya).

Boleh jadi dia menghalangmu (nikmat),
Tetapi Dia memberi kepadamu (hidayahNya).

-------------------------------

Perasan hebat.

Saat orang berbicara tentang agama,
dia merasa dia dalam kalangan mereka-mereka,

Saat orang berbicara pula tentang kekayaan,
dia juga merasa dia dalam kalangan mereka-mereka.

Lalu, di mana sebenarnya?
Boleh jadi tidak pada salah satu.
Tetapi di atas kedua-duanya.
Keinginan akan kemasyhuran.

-------------------------------

Angkuh.

Gembira saat kehebatan dirimu dibicarakan orang?

Orang berilmu ni kalau datang jahilnya,
Kadang lebih jahil dari yang jahil.

-------------------------------

Kerana pakaianmu.

Allah!

Konon kamulah muslim sejati.
Aurat sempurna ditutupi.
Tetapi hati?

-----------------------------

العمل لأجل الناس شرك
وترك العمل لأجلهم رياء

Beramal kerana manusia syirik.
Meninggalkan amalan kerana mereka adalah riyak.

----------------------------

Firman Allah,

وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan Allah adalah Pelindung & Penolong 
sekalian orang yang beriman"
(Surah Ali'Imran 3: 68)

--------------------------

Yang dikejar.

Kamu-kamu yang beramal.
Kamu-kamu yang mendalami agama.
Berwataklah selayaknya.

Hati raudhah yang diingini.
Bukan angkuh dengan kelebihan diri.
Bukankah redhaNya yang kita cari?

---------------------------



(^___^)y :- "Apa yang dicari tak jumpa. Apa yang ditemui tak sama. Tetapi yang ditemui seakan yang dicari. Kerana Allah!"

Ditulis di,

Saturday, February 2, 2013

.:: Segmen Saya Follow U, U Follow me ::.


Assalamualaikum...

Moga hanya yang baik-baik dari Allah.

---------------------------------

Saat manusia memandang kepada luaran.
Hanya Allah sebagai penilai.

---------------------------------

Segmen Saya Follow U,
U Follow me.


---------------------------------

Sebab bersegmen.

1. Kata-kata tuan asal segmen di shoutbox.


Terutama ayat 'kalau ader kesudian'.
(^__^)y Oh no...

Oleh sebab ayat ni juga,
 sejarah baru RuMaH TuA tercipta sekali lagi.
Mengikuti segmen megmen ni buat PERTAMA kali.
(^_^)y

2. Baru perasan.

Selalu blogwalking ke blog mselim3.
Klik link segmen follow mengfollow ni.
Senyum jela sebab yakin da follow.

Then, da masuk blog orang tu.
Saja-saja klik butang follow.
Nak pastikan da follow.
Apanye...

La... Belum follow rupanya.
Macam tak adil je kalau selalu jalan-jalan blog seseorang tu tapi tak follow.
Ehem!
Sedang kita memang duk follow.
Kan. Kan.
Ek.#!^$

---------------------------------

Sudi-sudikan la.

Meminjam ayat tuan asal segmen.
Kalau ada kesudian,
jom sahabat....
Klik banner kat atas nu...



(^___^)y  :- "Allah & Rasul di hati"

Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...