Sunday, October 18, 2020

Muslimah Unicorn Birthday Party: Khadijah Sofea Turns 4

Assalamualaikum,

Memori ditampal sebagai kenang-kenangan dengan my first born. Khadijah Sofea. 

Andai ditanya mengapa menyambut kelahiran anak dengan begitu istimewa. Ya! Istimewa. Hari lahir hanyalah satu sebab untuk berkumpul dan merapatkan ukhwah berkasih sayang sesama ahli keluarga tercinta. Ya Allah terima kasih untuk anak ini.

--------------------------------------

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menyebut tentang PKP. Banyak yang ingin dikongsikan. Mungkin 1 post khas akan datang. HiHi.
Tahun ini sambutan birthday Sofea jatuh dalam tempoh PKP. Awal PKP. 

Planning nya sekeluarga menyambut di Hotel PNB Perdana Suite KL. Takdir Allah dalam pengetahuanNya, kita diuji dengan wabak Covid19 yang menyebabkan negara dalam tempoh berduka melalui ujian wabak ini. Semoga Allah akan wabak ini terus dari umat. 
Birthday Party di rumah Nana Sofea akhirnya.



--------------------------------------

Tema: Unicorn

Perancangan berubah. Tetapi masih dengan tema yang sama. Permintaan anak Unicorn Birthday Party.
Masuk bulan 3 umi dah maklum dan buat tempahan segala kelengkapan biasa birthday Party.

1.     Dress + Cardigan + crown Unicorn.



2.     Banner theme Unicorn.




3.     Hadiah untuk anak manja.


4.     Party gadget theme unicorn.


----------------------------------------------

Menu.

Oleh sebab PKP, tak boleh nak keluar sesuka hati, beli barang, 1 rumah hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar. Makanya, umi tak nak lah peningkan kepala nana (datuk) sofea.
Semuanya umi order dari Food Panda.

1.    Air TeaLive
2.    KFC Family Bucket
3.    PizzaHut






4.    Cake birthday Sofea special Nani (nenek) Sofea bake. Mami (aunty) ya tolong decorate lawa theme unicorn. Cantik sangat hasilnya!




-------------------------------------------

Memori Sekitar Birthday Party.










--------------------------------------------
Video.







Tuesday, October 6, 2020

Hijrah yang tak pernah henti.


Assalamualaikum,

Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya.


--------------------------------------

Perasaan.

Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu.

Bergelar isteri hampir 8 tahun.
Bergelar ibu kepada anak-anak.
Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun.
Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu.
Juga menantu sejak 8 tahun lepas.

Ya, aku berbeza kerana komitmen itu.

Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah. 

Perasaan itu harus berubah. 
Kematian itu paling dekat. 
Itulah komitmen sebenar. 
Terhadap Tuhanku.
Allah.

------------------------------------------------

Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini.
Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring dengan pembuktiannya.
Amal meningkat. Yakin teguh. Akidah mantap.
Insyaallah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...