Friday, December 25, 2009

.::This is the case with our life also...::.




In this world we are investing in and cultivating our afterworld crop. Each one of us owns a field that is either being cultivated or left barren. We have used a seed that is either productive or mediocre. After sowing our crop, we have either attended to it or neglected it. Either we have cultivated thorns, or else flowers and fruits have blossomed in our garden. We have either expended our energies on the improvement of our crop, or we have wasted our time in unnecessary and irrelevant occupations. The period of preparation of this crop lasts until death. The day of our death is harvest day. When our eyes close on this world,they will open on the afterlife, and there the crop that we have been busy cultivating all our lives will appear before us.


This is relates with the "4 a few minutes"....
Think......


Ditulis di,

Thursday, December 24, 2009

For A feW minuTes

Just think this....

over for a few minutes. You are destined for an extremely long and unbroken lifespan. Death is by no means the termination of this life. It is the commencement of a new era. Death is simply the dividing-point between the two stages of our life. Take the farmer’s planting of a crop as an example. He invests his capital in it and cultivates it, until such times as the crop ripens and dries up.Then, he harvests it so that he can use the grain and store it up for his year’s requirements. Harvest is the end of one phase in the crop’s development, during which time planting and cultivation had taken place. Before the cutting of the crop there had been only toil and expense, it is afterwards that he will enjoy the fruits of his efforts.

Understand? can't to digest? hem...

Ditulis di,

Tuesday, December 22, 2009

Setianya....


Daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya”.
(Hadith riwayat Ahmad & al – Tirmidzi)


Macam mana dengan kita?? Adakah kita sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabat kita? Kebiasaannya kita berharap agar orang lain yang banyak berbuat kebaikan kepada kita. Betul??? Hee…
Mari Iqa kisahkan satu cerita….

Dalam peristiwa Hijrah, Rasulullah s.a.w berjalan bersama Abu Bakar melalui jalan pintas. Baginda kemudiannya singgah di Gua selama beberapa hari untuk mengelakkan diri daripada kafir Quraisy. Ketika itu Asma’ binti Abu Bakar sedang sarat mengandung. Dia bersusah payah menghantar makanan untuk mereka berdua pada waktu pagi. Pada waktu siang, Abdullah menggembala kambing di sekitar Gua untuk menghilangkan jejak Asma’. Ini semua dilakukan agar puak kafir Quraisy tidak dapat menjejaki baginda Rasulullah. Selama beberapa hari, mereka berulang alik sementara Rasulullah s.a.w dan ayahnya bersembunyi di gua tersebut.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w tertidur di dalam gua setelah kepenatan. Abu Bakar mulai berasa cemas dan bimbang. Dengan nekad dia berjaga untuk melindungi Rasulullah s.a.w. Dia takut jika kafir Quraisy dapat mencari mereka. Rasulullah s.a.w menyandarkan kepalanya ke badan Abu Bakar. Tiba – tiba Abu Bakar ternampak seekor ular keluar dari lubang kecil berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Dia terkejut dan segera menutup lubang itu dengan kakinya. Ketika itu dia tidak memakai selipar.

Setelah sebelah kakinya menutupi lubang itu, dia ernampak pula kala jengking berjalan keluar melalui lubang lain. Abu Bakar bimbang kala jengking itu akan menyengat Rasulullah s.a.w, lalu dia menutup lubang tersebut dengan kakinya yang sebelah lagi. Abu Bakar tidak bergerak sedikitpun kerana bimbang Rasulullah s.a.w akan tersedar dari tidurnya. Kedua-dua kakinya digunakan untuk menutup dua lubang binatang berbisa itu.

Ular dan kala jengking menyengat kaki Abu Bakar. Abu Bakar menahan kesakitan yang amat pedih itu. Dia tetap tidak bergerak, dia tidak mahu Rasulullah yang dicintainya terjaga dari tidur. Kesakitan yang ditanggungnya menyebabkan air mata mengalir membasahi pipi.

Tanpa disedari, air matanya itu jatuh mengenai Rasulullah s.a.w. ini menyebabkan Rasulullah s.a.w terjaga. Rasulullah s.a.w terkejut melihatkan keadaan sahabatnya dan bertanya kenapa dia menangis.

Setelah mengetahui Abu Bakar berkorban untuk melindungi dirinya, Rasulullah berasa sayu dan terharu. Rasulullah s.a.w segera mengubati sahabatnya itu. Allah s.w.t mengabadikan kejadian itu dalam Al-Quran ketika Rasulullah s.a.w berkata “la tahzan innallaha ma’ana”.

SAHABAT SEJATI RELA MENGORBANKAN DIRINYA DEMI YANG DICINTAINYA. SIKAP SEORANG MUSLIM LEBIH DARIPADA ITU KEPADA NABI ALLAH.

Ditulis di,

Monday, December 21, 2009

Baju Perang Khalifah Ali r.a



Suatu hari setelah tamat satu peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin memebersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali r.a berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu di mana baju perangnya. Namun demikian, tiada s eorang dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Malah, mereka berasa kehairanan.

Beberapa hari kemudian khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung disebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi itu dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian, orang yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a, malah mengakui baju perang itu adalah miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin yang baju perang itu adalah miliknya. Beliau berasa tidak puas hati lalu mengadukan masalah ini kepada Qhadi.

Setelah beberapa hari , kes tersebut dibawa ke muka pengadilan. Khalifah Ali r.a bertindak sebagai pendakwa dan oran tersebut sebagao orang yang didakwa. Orang Yahudi itu tampil ke tempat pengadilan dengan perasaan rahu – ragu. Dia yakin bahawa dia tidak akan memenangi kes ini. Dia berpendapat demikian kerana ini adalah pengadilan muslim dengan Qhadi mualim. Tambahan pula, dia berhadapan dengan kes yang melibatkan Amirul Mukminin, sedangkan dia hanyalah seorang yahudi yang miskin. Sudah pasti dia akan menerima hukuman yang keras. Walaupun dia tahu perbuatannya mencuri baju perang Khalifah Ali r.a adalah salah, namun dia melakukannya kerana terpaksa. Dia perlu menyara keluarganya yang kelaparan. Apakah akan wujud keadilan di ruang pengadilan muslim?

Sejurus kemudian, seorang Qhadi kurus dilihat memasuki tempat pengadilan. Semua pegawai dan hadirin yang berada dalam dewan tersebut kelihatan menghormatinya. Tanpa melengahkan masa, Qhadi tersebut memulakan persidangan. Beliau bertanya kepada Khalifah Ali r.a. “ wahai Khalifah apa yang anda tuntut dari yang diakwa?” Khalifah Ali r.a pun lalu menceritakan tentang baju perangnya yang hilang dan baju tersebut telah diambil oleh Yahudi yang didakwa.

Namun demikian, Qhadi terus bertanya. “ Wahai Khalifah, adakah engkau dapat membuktikan dakwaan yang baju perang yang ada di tangan yang didakwa itu adalah milik engkau?”

Tersentak dengan pertanyaan Qhadi, Khalifah Ali r.a terus termenung dan berasa sukar untuk membuktikannya. Lalu Khalifah Ali r.a berkata, “aku tidak mampu membuktikannya wahai Qhadi yang bijak. Namun, anakku Hasan mengetahui bahawa baju perang itu adalah milikku dan ia hilang ketika aku meletakkannya untuk dibersihkan.”

Namun begitu, tuan Qhadi yang berwibawa itu menolak sebarang saksi dari kalangan pihak keluarga. Qhadi yang bijak tadi terus memutuskan kes tersebut dimenangi oleh Yahudi kerana Khalifah Ali r.a tidak dapat membuktikan dakwaannya.

Orang Yahudi itu tersentak mendengarkan keputusan Qhadi yang kurus tadi. Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan menang kes ini di ruang pengadilan muslim. Padahal, sememangnya dialah yang mencuri baju perang milik Khalifah Ali r.a itu.

Akhirnya, dengan rasa bersalah dan rendah diri lalu dia menghampiri Khalifah Ali r.a “wahai Khalifah, sesungguhnya baju perang ini adalah milikmu,” katanya. “ambillah ia kembali. Aku berasa sungguh terharu dengan pengadilan ini. Pengadilan ini langsung tidak memandang status walaupun aku seorang Yahudi miskin dan engaku adalah seorang Amirul Mukminin. Aku langsung tidak menyangka ia akan dimenangi oleh aku. Pengadilan muslim ini adalah pengadilan yang sangat luar biasa. Ternyata dalam Islam ia tidak memandang perbezaan taraf di dalam ruang pengadilan”.

Orang Yahudi tadi terus menyambung bicara. “wahai Khalifah Ali, mulai saat ini aku akan memeluk Islam dan aku ingin menjadi seoarang muslim yang baik,” katanya dengan rasa insaf sambil menghulurkan baju perang kepada Khalifah Ali r.a.

Khalifah Ali r.a menolak baju perang tersebut. “wahai Fulan, kau ambillah kembali baju perang ini. Aku hadiahkan kepadamu. Aku gembira dengan keislamanmu,” kata Khalifah Ali r.a dengan bersemangat. Orang Yahudi tadi berasa amat gembira. Akhirnya, mereka pulang dari tempat pengadilan dengan perasaan puas.

KEADILAN ADALAH SATU MAGNET YANG DAPAT MENUNDUKKAN NURANI KEMANUSIAAN.

Ditulis di,

Sunday, December 20, 2009

.:: WaNiTa (",) & LemBu ::.

Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya...:-
"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka,"
(BUKHARI, MUSLIM, & TARMIZI)

-Orang kata menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang. Setuju??? Kalau setuju kenapa? Bagi iqa kita lihat situasi sekarang.... Banyak parents yang kasi anak diorang juz makan, minum, & tempat tinggal. Cuba perhatikan, macam pelihara binatang nak menggemukkan je... Sedangkan pendidikan agama tak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya, dalam perkara aurat & pergaulan. Sampai akhirnya ramai perempuan atau wanita yang terdedah menjadi bahan fitnah dengan pelbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Hopefully, kita tak tergolong dalam golongan tu. Mudah-mudahan kita terdidik dengan agama & mengamalkannya. Anak - anak yang soleh & solehah dapat memberi faedah kepada ibu bapa ketika hidup ataupun mati. Janganlah asbab kita, parents kita terhumban ke neraka. Allahu Akhbar!!!

Ditulis di,

Saturday, December 19, 2009

Rindu...



Salam Maal Hijrah buat semua rakan - rakan.....
Korang semua apa khabar la agaknya...
macam mane study...
anyway, congraz utk result korang baru2 nie...
Rindu la sahabat2 semua...

Halimaton Saadiah, Hidayah wahab, ct nur atiqah, Zulaikha, Syadjihar, Mazni, Asliza, Fadilla, Atiqah Abdullah, Ku, Ummu Aiman n sumela......

Ditulis di,

Friday, December 18, 2009

.:: TanGguH ::.




Sesungguhnya Allah Azza Wajalla menangguhkan azabnya terhadap orang zalim dan bila mengazabnya tidak akan luput. Kemudian Rasulullah membacakan doa dalam surat Hud ayat 102: وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ "Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras." (HR. Muslim)

Ditulis di,

Friday, December 11, 2009

.:: tIpS dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani ::.


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Ditulis di,

Friday, December 4, 2009

.:: Ya Syabab..::.

Alhamdulillah....
Bersyukur kepada Allah kerana kita hidup tanpa peperangan...



Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...