Sunday, July 13, 2014

.:: KeTuLuSan BiBiR ::.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga Allah berkati seluruh kehidupan kita kita.
Insyaallah.

---------------------------------

Lama berhibernasi tidak menandakan laman blog pemulisan peribadi ini dilupai. Tetapi kesibukan membataskan keinginan untuk menulis dan berkongsi. Walaupun begitu, dek kerana minat meluahkan rasa dalam bentuk tulisan, iqa masih mengelek sebuah buku dan pen. Terus menulis kerana cinta. Sampaikan herot petot buku nota iqa tu. Hikhikhik

---------------------------------

Senyuman.

Di antara perkara yang terindah Allah jadikan buat hamba-hambanya yang bersyukur.
Meneladani manusia agung Muhammad Rasulullah, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulianya. Sehinggakan pada mereka yang tidak disukai Baginda juga turut mendapat senyuman indah baginda.

Oh betapa bertuahnya mereka.


----------------------------------

Senyumlah!

Kerana senyuman tidak pernah
 mengurangkan rezeki kamu atau dia.
Senyuman menambah bahagia.
Hatimu tenang, orang pun senang.

----------------------------------

Sabda Rasulullah,

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“

----------------------------------

Rumahtangga Sakinah.

Bagaimanapun rumahtangga mu saat ini,
hiasilah dengan senyuman manis.
Resepi bahagia perkahwinan,

-----------------------------------

Senyumanmu suami, buatkan mekar si bunga dalam hati.


Ditulis di,

Sunday, March 16, 2014

.:: KeBaiKan iTu DeMi KeBaiKaN ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga dalam pandangan rahmat Allah.
Harapan & pergantungan kita-kita,
hanya Allah....

---------------------------------------------

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


--------------------------------------------

Sekianya diberi pilihan,
adakah kita akan mendoakan yang baik atau buruk
kepada golongan pemerintah?

--------------------------------------------

Teladan yang Baik.

Imam Ahmad bin Hanbal telah dipenjarakan,
diseksa dan dipaksa menukar pendirian akidahnya
pada zaman Khalifah al-Makmun.

Namun,
apabila ada yang bertanya...

"Wahai imam, apakah doamu kepada pemerintah?"

Telah dijawabnya,

"Andai pada kami ada doa yang dikabulkan,
sungguh akan kami doakan kebaikan buat pemerintah."

--------------------------------------------

Dalam kisah yang lain,

Telah berkata Fudhail bin Iyadh,

"Jika aku tahu mana doa yang dikabulkan,
maka akanku doakan pemerintah."

Ditanya kembali padanya,
"jelaskan maksudmu."

Beliau berkata........,

"Apabila doa itu hanya ditujukan buatku,
ia tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku.
Namun,
apabila aku tujukan doa itu kepada pemerintah,
sekiranya pemerintah berubah menjadi baik,
maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikannya."

---------------------------------------------
---------------------------------------------

Hidup Berkeluarga.

Musibah itu mengecil jika dirahsiakan,
Membesar jika dikeluh kesahkan,
Terurai jika diadukan pada Allah,
Merumit jika diumbar pada manusia...


Teringat pada En. Am (hubby),
Kerap peringatkan Pn. Iqa,

"hidup yang kita nak kejar,
mati."

-------------------------------------------

Orang Melaka.
Adat; muka pengantin disapu arang.
En. Am ketap bibir menahan geram.
Hik3 Pn. Iqa tersenyum. (kan ninja!)

(^__^)y :- "Saat paling hampir hamba pada sisi tuhannya, ketika dia bersujud"

Ditulis di,

Tuesday, February 18, 2014

.:: KaSiH SaYaNg ALLaH ::.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah.
Syukur punya sedikit kesempatan untuk mencoret di sini.

--------------------------------------------

Lapang sebelum sempit.

--------------------------------------------

Praktikum Fasa 3 (akhir)

Iqa sedang menjalani praktikum di sebuah sekolah.
Mudah-mudah Allah permudahkan segala urusan.
Tambah-tambah, di tahun akhir ini.
(^___^)y --> senyum meleret 
(bila mention tahun akhir.)

-------------------------------------------

Yang benar-benar beriman itu,
terjaga kata-katanya....

Kerana yang terbit itu adalah untaian 
intan penuh makna....

------------------------------------------

Segarkan iman.

Alhamdulillah. Pilihan Allah.
 Kalau sebelum ni khuruj dengan
datuk & nenek,
sekarang peluang khuruj dengan 
suami.

Sepanjang Disember bersama,
sebelum kembali ke kolej,

Hadiah perkahwinan bermakna.

1- khuruj bersama.
2 - terima & urus 2 jemaah bersama 
3 - nusrah jemaah mertua

(^___^)y

------------------------------------------



 "Harap dengan Allah. 
Dia yang menyejuk jiwa, 
Meneguh hati orang-orang beriman"

Ditulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...