Skip to main content

Mati


Assalamualaikum...

Semoga Allah merahmati kita semua.
Insyaallah.

------------------------------------------

Allah berfirman,
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

-------------------------------------------

Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian?

-------------------------------------------

Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa, 
Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara.
Bimbang tika jiwa penuh dunia,
Allah panggil menghadapNya.
Mati.

Kematian yang dirasai hanya sekali.
Kehidupan kekal abadi setelahnya merupakan maksud hidup di dunia ini.
Ingin kembali menghadapi tuhan Maha Agung dengan redhaNya.

-------------------------------------------

Sementara.

Jangan pernah merasa kehidupan setelah kematian itu hanya dongengan.
Jangan pernah rasa sakit kematian itu kemampuan kita.
Jangan pernah menyanggupi untuk hidup di neraka dengan merasa diri hina.
Jangan pernah rasa bekalan amalan kita mencukupi untuk dibawa ke sana.

Tetapi tetap sentiasa bersangka baik dengan Allah,
Kita adalah apa sangkaan kita pada Allah.

Usaha,

Taat perintah Allah.
Amal sunnah nabi.

----------------------------------------------

Tanpa kita sedari,
berapa ramai pekerja Allah berlumba-lumba untuk mengejar akhirat.
Sedia berkorban harta masa hatta nyawa sekali pon untuk kembali dalam keadaan paling diredhai Allah.

Sedia meninggalkan kenikmatan dunia.
Sedia meninggalkan keseronokan bersama keluarga.
Sedia bersusah payah demi agama Allah.

Masyaallah.

------------------------------------------------

Saya?
Masih dengan dunia.

Menafikan cinta dunia tetapi masih berusaha untuk kesenangan dunia.
Cintakan itu?

Menyatakan cinta akhirat tetapi masih bersedih dengan hal-hal keduniaan.
Cintakan itu?

------------------------------------------------

Muda bukan jaminan kehidupan.
Tua bukan jaminan kematian.

-----------------------------------------------

Lunakkan jiwamu dengan mengingat kematian.
Dirimu akan kembali mengingat tujuan & tanggungjawab kehidupan ini.
Dirimu akan kembali mencari Tuhan.

MENGINGAT MATI MELEMBUT HATI

------------------------------------------------

Matikan aku dalam keadaan paling diredhaiMu ya Allah.


Pilihlah aku untuk agamaMu ini ya Allah.
Tarbiah aku untuk jalan cinta ini.





Comments

umifuzy said…
mati itu pasti! mmg sering teringat akan kematian akan membuat kita lebih berhati2 dalam berkata, dalam membuat sesuatu perkara kan

salam kenal dari www.iamfuzy.com
RuMaH TuA said…
Ya. Kematian itu sebaik2 peringatan. Moga Allah ampuni dosa saya dan semua yg berdosa.

Salam perkenalan.

Popular posts from this blog

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...