Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cinta

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cint...

.:: KeBaiKan iTu DeMi KeBaiKaN ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga dalam pandangan rahmat Allah. Harapan & pergantungan kita-kita, hanya Allah.... --------------------------------------------- قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -------------------------------------------- Sekianya diberi pilihan, adakah kita akan mendoakan yang baik atau buruk kepada golongan pemerintah? -------------------------------------------- Teladan yang Baik. Imam Ahmad bin Hanbal telah dipenjarakan, diseksa dan dipaksa menukar pendirian akidahnya pada zaman Khalifah al-Makmun. Namun, apabila ada yang bertanya... "Wahai imam, apakah doamu kepada pemerintah?" Telah dijawabnya, "Andai pada kami ada doa yang ...

.:: KaSiH SaYaNg ALLaH ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Syukur punya sedikit kesempatan untuk mencoret di sini. -------------------------------------------- Lapang sebelum sempit. -------------------------------------------- Praktikum Fasa 3 (akhir) Iqa sedang menjalani praktikum di sebuah sekolah. Mudah-mudah Allah permudahkan segala urusan. Tambah-tambah, di tahun akhir ini. (^___^)y --> senyum meleret  (bila mention tahun akhir.) ------------------------------------------- Yang benar-benar beriman itu, terjaga kata-katanya.... Kerana yang terbit itu adalah untaian  intan penuh makna.... ------------------------------------------ Segarkan iman. Alhamdulillah. Pilihan Allah.  Kalau sebelum ni khuruj dengan datuk & nenek, sekarang peluang khuruj dengan  suami. Sepanjang Disember bersama, sebelum kembali ke kolej, Hadiah perkahwinan bermakna. 1- khuruj bersama. 2 - terima & urus 2 jemaah ber...

.:: PuAn iQa AhLiA aMaR ::.

Assalamualaikum.... Moga semua baik-baik dalam lindungan Allah. Ehem! Ehem! Hari ini biar gambar pula berbicara. ------------------------------------------------------ Majlis Pertunangan. Cik Iqa & Encik Am 31 Ogos 2013 ------------------------------------------------------ Iqa tunang Sidia. Sejam sebelum iqa bergelar tunangan orang. Bunga telur & hantaran. Cincin tunang buat si lelaki. Doorgifts-coklat buat semua tetamu. Bersama umi & adik-adik. Antara hantaran yang dihadiahkan buat pihak lelaki. Semuanya ditempah. Huu... Tak sempat. Iqa balik rumah sehari sebelum bertunang. Khemah dalam proses pemasangan. Bersama bakal umi mertua. Puan Rogayah. Sewaktu menyarung cincin. Tunang orang! JZKK buat semua yang datang & mendoakan iqa. ------------------------------------------------------ 2 BULAN SELEPAS  ------------------------------------------------------ Majlis Perkahwinan. ...

.:: HaTi RauDhAh 01 ::.

Assalamualaikum... Moga baik-baik semuanya. Insyaallah. ----------------------------------- "Hati raudhah menggamit cinta Ilahi" ----------------------------------- Bulatan Cinta. Meletakkan hati & cinta dalam satu baris. Perkara biasa. Kerana yang namanya cinta itu bulatnya dihati. Kan? ----------------------------------- Hati tak merah. "Dia ni dari jenis yang biasa-biasa je" Apa yang biasa-biasa? Pakaian dia? Tudung dia? Atau amalan dia? Awak... Jangan rasa awak lebih baik dari dia. Awak tak pernah lebih baik dari sesiapa bila awak rasa awak lebih baik dari dia. ------------------------------------- Kan Manusia. Awak. Saya. Kita manusia. Selalu silap. Selalu jugak minta maaf. Selalu taubat. Ulang lagi silap. Ulangla lagi minta maaf. Ulang jugak taubat. Langsung tak salah. Jalan kembali ada. Sentiasa. (^__^)y -------------------------------------- Fir...

.:: PeRmaTa HaTi ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat sejahtera hendaknya. -------------------------------------- "Memberi jangan sampai mengunkit, menerima jangan sampai meminta" -------------------------------------- Permata hati. Kanak-kanak ini permata hati. Boleh jadi, Penyejuk di mata umi. Penawar di mata abi. Juga penyeri dalam hidup ini... (^__^) --------------------------------------  Sayang. Kasih dan sayang. Punya banyak bahagian. Andai pada bahagian itu adanya mereka, mereka yang digelar kanak-kanak. Alhamdulillah. (^__^) Kerana itu, bukan sekadar bahagian kasih & sayang, Tetapi juga, bahagian dari sifat Baginda Muhammad...   ------------------------------------- Ayuh! Sayangi & hargai permata hati kita ini. Bergembira dengan apa yang Rasulullah pernah gembira. Kerana semua yang menggembirakan Rasulullah itu, Pasti & pasti menggembirakan Allah. -------...

.:: StOrY MoRy ::.

Assalamualaikum... Moga sihat-sihat semuanya. Selamat untuk semua perkara yang baik-baik. ----------------------------------------------- Keperluan. Firman Allah, يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ Maksudnya: "Hai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah." (Al-Fatir: 15) Kita manusia. Kita berhajat pada Allah. Allah tidak berhajat kepada kita. ----------------------------------------------- Bertambahnya usia, Berkuranglah masa, Bertambahnya kerja, Berkuranglah tenaga. Maka, Carilah pahala, Sebelum saat tiba, Dipanggilnya kita, Kembali pada Dia. ----------------------------------------------- Blog RuMaH TuA. Makin menjadi-jadi sekarang owner blog ni. Sebulan sekali update. Macam nak tak nak je. Suka-suka hati dia. Ada bulan tak update pun. ----------------------------------------------- Pecinta. Orang yang cinta Allah. Pasti akan dicintai mer...

.:: RinDu 03 - (SyUrGa HaTi) ::.

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Selamat melakukan ibadah korban. Sama bertakbir. --------------------------------------------- Mencipta Syurga Hati. Nama dicipta bagi satu program motivasi. Dijemput khas ke sebuah sekolah. Lebih kurang sebulan yang lepas. Program bersama adik-adik tingkatan 1. Adik-adik tingkatan 2. Adik-adik tingkatan 4. Adik-adik pelajar perempuan sahaja. (^____^)y --------------------------------------------- 1- Perkongsian tentang hubungan. Malam bersama adik-adik tingkatan 1 & 2. Hubungan yang bagaimana harus dibina & dicipta seterusnya dijaga. Menghayati perjalanan kisah nabi Allah Baginda Musa, Ishak & Syuib. Banyakkan cakap kebesaran Allah. 2- Sama membentuk diri ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja adik-adik. Malah yang lebih utama yang menyampai ini. 3- Sesi LDK . Bersama sahabat2 yang sanggup turun membantu diri ini. Untuk menjayakan program khas untuk adik-adik yang disayangi...

.:: NuR ::.

Assalamualaikum,,, Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita. Kerana kesihatan itu nikmat yang paling besar setelah iman. ^^, ---------------------------------------------- Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ---------------------------------------------- Pesan. Peringatan seseorang buat diri ini, "Perasan tak... Allah jadikan setiap amalan keranaNya itu mengandungi nur. Jika amalan itu kita laksana, pasti nur itu terbias pada wajah kita. Andai kita tidak memelihara keadaan nur itu. Pasti ia akan hilang."  "Nak kekalkan nur tu jangan lupa, jaga pandangan. Jangan biarkan ianya memandang kepada bukan milik kita. Bukan mahram kita. " Dengan nada yang sama,  sambil menambah pesanan, Lebih kurang begini, "Tapi jangan pula beramal kerana nur itu, beramallah kerana DIA yang satu" ---------------------------------------------- .... Hem .... Terfikir-fikir apakah nur itu mengena...

.:: FiKiR CinTa ::.

Assalamualaikum,,, Ehem! Terlupa dahulu tirai cinta da dibuka (nak tertutup da kot?) Sepatutnya adala beberapa post yang mengiringi. Tapi... Menyebut Cinta je ke cik iqa ey... Isk3 Terdahulu, menyebut cinta itu menuntut pengorbanan. Kali ini menuntut pada yang halal. Cinta halal itu cinta yang berjalan di jalan keredhaan Dia. Awak-awak faham kan? (selalu bw tgk orang tulis pasal cinta ni). ^^, ---------------------------------- Realiti. Bagaimana agaknya realiti perkahwinan itu? Terfikir-fikir... Yelah, umur pun seakan mengetuk diri menyampai pesan supaya membuat persediaan ke arah itu.  Iqa ---> isteri? Isk3 Bukan tak tahu pandangan lelaki lebih dalam hal-hal 'besar', perempuan itu pula cenderung pada hal-hal 'kecil'. Berbeza. Yakin! Itu juga salah satu kebesaran Dia dalam penciptaanNya. Tapi... Mampukah dirimu? ---------------------------------- Kedua. Pilihan pada kita. Ketetapan itu padaNya. Selalu dibincangka...

.:: MenYeBuT CinTa ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana masih diberi umur untuk terus mengamalkan agama. Bagaimana dengan percutian bagi mereka - mereka yang bercuti seperti saya? Harap ianya 'terisi'. Saya berpeluang pulang ke kampung belah umi lebih kurang seminggu. Puas dan gembira. Yelah hujung - hujung tahun ni musim 'orang - orang lelaki' tak ada. Abah keluar Filipina, Atuk pula keluar Perlis, Pak Jang sekali lagi dipilih keluar ke India walaupun baru lagi rasanya keluar masturat Australia, Pak Teh kali ini 2 bulan jalan kaki di Klang dan seingat saya juga sangat - sangat baru keluar masturat India. Banyak korban ni. Allahu Akhbar! Pakcik Soleh pula Allah pilih  untuk ke IPB tahun ni. Tahun ni juga, Atuk dapat duduk sekali dalam bayan hidayat dengan menantu - menantunya. Pilihan Allah, ketetapan tarikhnya pun sama. Makanya, kami semua perempuan yang dikasihi ini, berhimpunlah beramai - ramai. Seronok. Mak Teh yang dalam pantang p...