Friday, December 27, 2013

.:: PuAn iQa AhLiA aMaR ::.



Assalamualaikum....
Moga semua baik-baik dalam lindungan Allah.
Ehem! Ehem!
Hari ini biar gambar pula berbicara.

------------------------------------------------------

Majlis Pertunangan.
Cik Iqa & Encik Am
31 Ogos 2013
------------------------------------------------------

Iqa tunang Sidia.

Sejam sebelum iqa bergelar tunangan orang.

Bunga telur & hantaran.

Cincin tunang buat si lelaki.

Doorgifts-coklat buat semua tetamu.

Bersama umi & adik-adik.

Antara hantaran yang dihadiahkan buat pihak lelaki.
Semuanya ditempah. Huu... Tak sempat.
Iqa balik rumah sehari sebelum bertunang.

Khemah dalam proses pemasangan.

Bersama bakal umi mertua.
Puan Rogayah. Sewaktu menyarung cincin.
Tunang orang!

JZKK buat semua yang datang
& mendoakan iqa.

------------------------------------------------------

2 BULAN SELEPAS 

------------------------------------------------------

Majlis Perkahwinan.
Puan Iqa & Encik Am
3 November 2013




------------------------------------------------------

PUAN IQA

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulilah.


 ENCIK AM

Selamat Pengantin Baru Sayang!






-----------------------------------------------
Mohon doa semua.

Cerita bersambung.... (^___^)y



Ditulis di,

Tuesday, October 29, 2013

.:: ErTi KeDeWaSaaN ::.


Assalamualaikum…

Moga yang baik-baik Allah himpunkan buat kita.
Insyaallah.

---------------------------------------------

Hidup bukan sekadar hidup.
Saat berhidup mesti bermakna.

---------------------------------------------

Erti Kedewasaan

Saat perpisahan berlaku, berada dalam kejauhan, itu masa atau waku terbaik untuk menilai dimana kedewasaan yang ada dalam diri.

Terfikir-fikir,
“ada orang matang tetapi belum cukup dewasa untuk berkeputusan”
Tapi….
“ada orang dewasa belum cukup kematangannya dalam berkeputusan”

--------------------------------------------

Inilah Kedewasaan.

Dalam tempoh praktikum 2 bulan,
Menyimpan kenangan dalam ruang ruas kehidupan ini,
Segala-galanya baru.
Tinggal dengan keluarga angkat.
Suasana tempat kerja berbeza.
Hidup  bersama-sama masyarakat kampung.
Bersama sahabat yang sebelum ini hanya kenalan.
Daerah hati sentiasa menidakkan bahawa diri telah meniti erti kedewasaan.
Walau haikatnya INILAH KEDEWASAAN.

Dimana banyak pelajaran kehidupan,
Singkat tetapi memberi kesan.

Iqa banyak belajar. Ya Allah! sangat banyak.
Belajar dalam hidup bukan sekadar menerima tetapi kita mesti dan wajib memberi.
Belajar pengertian sayang yang lebih luas.
Belajar yang persahabatan itu besar maknanya.
Belajar bahawa masyarakat itu sebahagian dari diri.
Belajar manusia setiap satu berbeza.
Belajar mengajar dan mendidik itu 2 perkara.

--------------------------------------------

Sebelum.

“Iqa, awak dengan yana(partner praktikum) dapat sekolah kat kampung kuala xxx.”

Dalam hati ada rasa gelisah. Call abah minta tolong carikan rumah sewa. Alhamdulillah, ada rumah karkun.  Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan. Pergi ke kampung xxx dengan yana untuk bersua dengan tuan rumah. Jumpa Wan(perempuan) dengan Aki(Lelaki). Baik sangat. Syukur lagi.

 --------------------------------------------

Semasa.

“Sekolah kita menerima 4 orang guru praktikum dari IPG yang akan menjalani praktikum selama 2 bulan.”

Dalam fikiran yang baik-baik sahaja di sini. Dalam hati menidakkan. Yelah bumi mana Allah tak timpakan ujian & rahmat. Iqa menikmati ramadhan tahun ini dengan keluarga angkat. Berbeza rasanya. Iqa belajar menyesuaikan diri dengan suasana yang tersangat baru. Sungguh berbeza bentuk kehidupan itu dengan kehidupan yang iqa jalani hari-hari bersama umi dan abah. Iqa mencari persamaan dalam setiap perbezaan yang ada. Iqa menyembunyikan perbezaan dengan meletakkan kasih sayang sebagai persamaan. Ya. Kasih sayang. Luas rahmatNya. Kan?

Iqa bukan sekadar tinggal dengan Wan, 70 dan Aki, 76, rupa-rupanya anak menantu Wan dan Aki ada bersama yang dipanggil MakJang, 41 dan Pakjang, 60. Banyak kasih sayang yang dilimpahkan buat iqa sepanjang berada di sana. Alhamdulillah. Selain 4 orang ini, ada 4 insan lagi yang mengajar iqa banyak perkara. Lyana, Azual, Hamdan dan Ustaz Roslim. Suka untuk iqa bercerita tentang apa yang ada pada diri mereka.


Wan. Aki. PakJang. MakJang.
Mereka ada kasih sayang yang sangat luas. Iqa belajar yang sayang tak perlukan satu pertalian yang kuat dan dekat. Cukuplah semata-mata kerana Allah. Itu yang utama. Kita boleh beri dan terima tanpa prasangka. Iqa belajar juga dari mereka kita yang perlu gerakkan masyarakat. Sedarkan masyarakat tentang pengertian ‘kebersamaan’. Jangan tunggu orang lain mula, biala kita yang memulakan.

Lyana.
Orangnya kecil molek cumil manja. Mula berkongsi bilik dan segalanya dengan dia dengan menfailkan pada minda bahawa ini sahabat. Ini adik. Iqa dan dia kalau dalam satu perkataan “berbeza”. Tetapi dengan perbezaan inilah kita berdua banyak belajar. Dia jujur. Sepanjang 4 ½ tahun iqa mengenali dia, dalam 2 bulan inilah iqa betul-betul tahu bagaimana dia. Sebab itula hidup perlukan perkongsian. Kerana yang namanya perkongsian itu terhimpun pelbagai rahsia. Tak kongsi tak tahu. Hee. Dalam diam dia yang iqa kenali selama ini rupanya seorang yang sangat lucu. Telatahnya sentiasa mencuit hati(bunyinya macam budakkan?).  Seribu kebaikan terdapat dalam dirinya yang dijadikan Allah. Moga Allah terus mempermudahkan urusan hambanya yang tak pernah menyusahkan hamba yang lain ini.

Azual.
Orangnya garang nampak kasar. Tetapi sangat tinggi rasa simpati. Hidup teratur. Pada pandangan iqa, orangnya banyak berfikir. Kerana itu yang keluar dari mulutnya mesti ada tujuan. Bukan sekadar kata-kata. Dengan dia iqa belajar bahawa berbicara dengan manusia mudah. Cakap apa yang mereka suka dengar. Yang tidak-tidak simpan sendiri. Dengar pula bila hanya ada buah pada kata-kata itu. Mudah kan? Bahasa kita juga yan terjaga. Manusia, ragamnya berbeza. Iqa harap dan doa dengan Allah menyukakan dia dengan apa yang Allah suka. Bia dia terpanggil untuk mengangkat kerja yang paling mulia di sisi Allah. Dakwah.

Hamdan.
Ceria. Hidupnya nampak lebih mudah. Tidak ada perkara yang tidak dapat diselesaikan.Pada dia iqa nampak hidup yang tidak rutin bukan menjadi masalah pada mereka yang suka kelainan pada setiap hari. Pandai mengambil hati. Bersahabat dalam bentuk yang berbeza. Iqa belajar dari dia bukan semua yang susah itu susah sebenarnya. Bila kita susahkan, maka jadi susahla. Sifat ikram dalam dirinya sangat tinggi. Kemana- mana dia pergi pasti akan ada yang terkenangkan dia. Dalam rasa-rasa iqa, hati dia juga mudah suka pada orang tanpa prasangka. Baik. Insyaallah, tempat yang terbaik Allah sedia untuk orang sebegini.

Ustaz Roslim.
Lautan kebaikan. Amalan agamanya sangat baik. Tingkah perbuatan yang sentiasa dijaga selari dengan syarak. Pembentukan keluarga dengan bimbingan sunnah. Iqa paling suka lihat anak perempuan kecilnya Hasya. Sepanjang iqa bertemu Hasya tudung sentiasa dikepala. Labuh. Diusia setahun beberapa bulan, anak kecil ini tidak menampakkan rimas pada tudung. Suka! Cumil! Isterinya penuh kelembutan. Hemah. Sebagai guru pembimbing, ustaz menegur dengan cara yang kadang iqa sendiri tak terasa itu teguran tetapi suatu perkongsian. Hebatkan? Ustaz juga tidak pernah segan untuk bertanya dan menerima perkongsian dari iqa. Katanya, ilmu itu tidak dibataskan hanya kerana usia. Nah! Ini contoh ilmu kerana Allah buat iqa. Hidupnya barokah kerana begitu hampir dengan Allah.

--------------------------------------------

Selepas.

"Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat orang guru praktikum diatas khidmat mereka sepanjang berada di sini"

Iqa mengambil segala yang baik pada diri mereka untuk direnungi. Walaupun ada banyak yang pahit tika berada di sana. Alhamdulillah kerana Allah kirim mereka-mereka yang sangat baik di sisi iqa. Lagi satu, orang yang cinta pada penulisan macam iqa sudah semestinya mengabdikan mereka-mereka dalam satu catatan peribadi yang penuh makna. Kerana mereka bukan biasa. Senyum dan senyum. 



 (^__^)y :- "Belajar mengenal kedewasaan saat jauh dari kebiasaan" 


Ditulis di, 

Monday, October 7, 2013

.:: RuMaH TuA KeMbaLi ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga yang baik-baik dari Allah untuk kita.

---------------------------------

Jangan pernah merasa cukup pada ilmu,
tetapi rasa cukuplah pada harta.

Kerana dengan ilmu boleh jadi harta datang.
Dengan harta boleh jadi ilmu hilang.

--------------------------------

RuMaH TuA.

Insyaallah... 
Beberapa perkongsian telah disiapkan.
Walaupun 'boleh tahan' tempoh hibernasi iqa,
tapi ada 'sesuatu' bakal dikongsikan.
Banyak!

-------------------------------

Cerita Praktikum.

Selesai praktikum fasa 2.
Alhamdulillah.
Berbagai-bagai pengalaman dikutip.
Boleh jadi buat iqa,
 proses pendewasaan diri..

Memberi & menerima.
Mengajar & belajar.
Juga diajar. Ek!?#
Hee.... (^___^)y

(tulis cerita. akan datang.)

--------------------------------

Boneka kahidupan.

Kita hamba.  Bukan boneka.
Cuma....

Yang menjadi persamaannya,
mungkin kerana
adanya permulaan & pengakhiran.

Yang menjadi perbezaannya,
Penamat.
Tamatnya 'dia' dengan sebuah penamat.
Tamatnya kita dengan sebuah permulaan.

Ayuh! Mari menjadi hamba.
Sebenar-benar hamba.
& sebagaimana layaknya seorang hamba!

Kita tidak pernah menjadi boneka.
Selagi kita tidak membonekakan diri.
Atau dibonekakan.

-------------------------------

أنت المؤنس لهم حيث أو حشتهم العوالم
"Engkaulah (ya Allah) yang menenang, menghibur dan menghilangkan kesunyian mereka di tempat dan waktu seluruh makhluk meresahkan mereka."

Buat sahabat. Siti NuratiQah.
Semoga Allah beri kesembuhan.
Sepenuh kesembuhan.
Zahir juga Batin.
Mohon doa semuanya.


(^___^)y :-"Cinta Rasul dengan selawat. Cinta diri dengan istighfar"

Ditulis di,

Monday, August 12, 2013

.:: RaYa 2013 ::.


Assalamualaikum...

Buat semua pembaca,
dari saya BaiTiL aTiQa....

"Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin"

تقَبَّلَ الله ُمِنَّا وَمِنْكُمْ

--------------------------------------------------

MinTa Doa

Hem...
Sebab blog tak dapat diupdate,
kerana iqa sedang ber"PRAKTIKUM".
Disebuah kampung yang kurang molek line nye..
SeKiaN. Mohon doa kejayaan kite! 
(^___^)

Kamu pembaca budiman,
Doakan kejayaan iqa mendidik anak-anak kecil disini.
Ustazah iqa boleh! Insyaallah.
(sempat tu depan bilik guru)

--------------------------------------------

RaYa 2013

Kemudian, cerita raya tahun ni.
Hem~~~~~
Buat pertama kalinya raya pertama aidilfitri
di rumah nenek belah umi~~~~

Sesungguhnya (skemanya_ sebelum ini umi memang beri laluan utama 
raya pertama di kampung belah abah bersama ibu bapanya,
Itu yang utama kata umi.

Kini,
Kedua-dua ibu bapa abah da pergi menghadap Allah.
Makanya, keutamaan sebelah umi pula.


 --------------------------------------------

My Family.

Abah + Umi.
Kasih sampai syurga~~~
Sayang sangatttt....

Adik-adik Lelaki Iqa.
4 orang.
Hafiz (21). Hafizi (9). Hasif (6). Haziq (3).
Encem & cumil bergambar di pokok bunga tuk.
Hee~~~~
Merah u!
Kami adik beradik perempuan.
3 orang.
Iqa (22). Nadzira (18), Lia (16).
Ayu di pagi raya di kampung.
Ecece~~~~
 --------------------------------------------

Riang Ria Raya.



Wan + TuK.
So sweet....
My aunty As + My uncle AnuAr.
AmsYar + FitRah.
Hitam + Pink u!
My aunty Kay + My unCle Wan
Baby AnaS.
Walaupun tak raya sekali,
pagi raya da anta gamba dy.
takot orang tak ingat.
Hik3
My luvly auntiesss.
Khadijah + Sal.
Sekejapnye datang raya rumah tahun ni...
(^___^)y

Haziq kakak yang cumil + FitRah ayu...
Geramnyerr dengan dyorang ni.
Ome!
My uncle Caca Halim + Aunty Salmah.
Cantik & cumil. Ek!?
Hee~~~~

My uncle Caca Satar.
Pagi raya pun bizi keje.
Isk3 tp ada gaya! 



Bergambar kenangan sebelum 'kawan gaduh' balik german.
Hik3

 -----------------------------------------

Apa yang diharap,
Apa yang terbaik.

Yang terbaik,
Kadang bukan yang diharap.

Manfaat & mudharat.
Keduanya boleh datang dari perkara yang sama.
Allah semata!

Salam Aidilfitri.


(^____^) :- "Jzkk pada yang beri ucap pada iqa"

Ditulis di,

Tuesday, July 2, 2013

.:: KoNgSi CeRiTa:- 3 in 1 ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Bagaimana dengan pengisian perjalanan menujuNya?

------------------------------------

Hidup tanpa perjuangan dan pengorbanan,
Ibarat hidup dalam keaiban.

------------------------------------

Konon2.

Amboi....
Da naik n3 ke seratus, terus senyap?
Hee~~~
Ok, n3 kali ni banyak benda.
Banyak cerita.

---------------------------------------

Cerita 1:-
Sebelum cuti.

Orang banyak kenduri dalam cuti.
Jemputan kenduri yang iqa penuhi ni...
Seminggu sebelum cuti hari tu.
Ok jugak. Hee~~~


Cik Ara & Iqa.
Yang istimewanya.
Cik Ara jiran lama waktu iqa kecik-kecik.
Ibu pengantin lelaki.
Cumil lagi. Hee~~~


Nun jauh di sana pasangan pengantin baru.
Selamat buat awak berdua.
Allah... Da kahwin awak ye Sharif...
Besar da rupanya. Hik3


Iqa datang sorang je. Geleng kepala.
Wakil umi abahla kiranya.
Sebab kolej iqa dekat dengan rumah Cik Ara.
Yang bestnya, merasa la jadi makcik kenduri.
Hik3. Wargh, penat tau! (kunun2) ^^,

-----------------------------------------



Cerita 2:-
Kutip iLmu, belajar amal.

Cuti sem 3minggu yang baru-baru ni
ada rezeki nusrah jemaah-jemaah yang ada sekitar kawasan.
Alhamdulillah. Seronok. Banyak dapat.

Hari kedua cuti tak silap,
dipilih Allah untuk nusrah Jemaah masturat dari Ulu Langat.
Mesra orang-orang Langat ni... (^_^)y

Kemudian, dengan jemaah tempatan.

Plus, kali ni juga rumah nenek pun terima jemaah.
Jemaah masturat. Pakistan. So....

***

Sebelum cuti sem lagi, nenek awal-awal da pesan.


"kakak, sat lagi depa mai umah tuk, hang duk sini. Senang cakap-cakap dengan depa" 
kata nenek yang sangat penyayang.
 Hee~~~

"la... tuk kan pandai speaking. Tuk pun bolehla cakap-cakap dengan depa... Lagipun 6 points tuk kan power "
kata cucu yang sangat bertanggungjawab.

"Hish... tuk tak paham loghat depa.. Sat lagi ayam itik.."
Sambung nenek yang cool.


***

Kemudian, cucu yang bertanggungjawab datang ke rumah neneknya.
Sejam sebelum jemaah sampai, baru cucu yang sorang ni sampai. 
Tuk gempak da. Nampak kete iqa baru lega.  Hik3 Tak patut2. 


Hem... Sampai je jemaah, makan sikit sebelum program mula.
Iqa cakap-cakapla... Tapi dorang buat tak tau n juz senyum.
Pelik jadi tengok dyorang tak respon. tak pernah jumpa.


At laz, iqa tanya sebutir-butir siapa boleh english.
Hem.. Sorang je boleh English sikit-sikit.
Yang lain semua urdu semata.


--------------------------------------


Hikmah.

Oleh sebab tiada sesiapa da dalam rumah tu yang boleh cakap urdu.
Iqa yang boleh cakap urdu sikit ni yang menjadi satu-satu insan tengah.
Time dyorang buat 6perkara, masak. Isk3


Di kala ni, datang penyesalan.
Kenapa dulu tak belajar cakap urdu bersungguh-sungguh.
Hee~~ My Luvly tuk memang lawan senyum je.


Rupanya...
Allah nak tunjuk. Allah nak ajar.
Faham bukan pada bahasa. Faham pada Allah.
Kan...


Part paling bez, sekali tu bila sampai dyorang tak dapat nak faham iqa,
iqa terpaksa mesej my uncle.
My uncle ni fasih urdu coz dia belajar hafiz kat pakistan dulu.
Hemm... 2 3 mesej, dia senyap da.
Baru teringat dia p jord Medan Indon. Isk3
tak guna punya anak sedara. Kacau je.

Tak rugi faham bahasa.
Rugi tak faham bahasa. Ek!

Peluang bercuti juga dimanfaat bersama adik.
Haziq si cumil.
Da besar, menyenget akak nak dukung.
Hee~~~
------------------------------------------

Cerita 3:-
Rindu-rinduan.

Sahabat (Siti Nur Atiqah),

Lama tak bersua.
Rindu datang bertamu.
Lama tak bersembang mesra.
Rindu menjentik qalbu.

Buat kamu.
Sahabat aku.
(^__^)y

***

Dalam cuti juga diizin Allah untuk berziarah sahabat.
Sahabat yang dipanggil Iekah.
Seronok sangat dapat jumpa.
Walau sempat berbual hanya seketika.
tapi sempat makan laksa.

Awak ni iqa, makan je... Hee~~ Rezeki.

Moga Allah kasih dirimu.
Luv u!

-------------------------------------

Cukup dulu dengan 3 cerita.
Buat 'mereka' yang emel minta blog RuMaH TuA di updet,
Iqa da naik 3 cerita sekali. 
Terima kasih kerana prihatin kat blog ni.
Selamat membaca laporan.
Hee~~
3 in 1. Ganti.
(^___________^)

-------------------------------------

(^__^)y:- "Mohon doa buat diri ini"

Ditulis di,

Saturday, June 8, 2013

.:: N3 kE 100 - NaSiHaT HiJaB ::.


Assalamualaikum...

Semoga semuanya sihat.
Dalam rahmat Allah.
Insyaallah.

--------------------------------------

N3 ke 100 di RuMaH TuA

Sejak dari Tahun 2009,
pada Jun 2013 baru iqa ada 100 n3.
Termasuk ini. Sengih je la.
Hee~~~ (^__^)y

Sepanjang blogwalking,
ada blogger yang update 100 n3 untuk setahun.
Cayalah....
Tapi iqa? Sengih lagi. (^_____^)
Geleng kepala.


-----------------------------------------

Hijab.

Mari berhijab dengan sempurna.
Seluruh kebaikan pasti bersamamu,
saat bergembira dengan perintah dari DIA.


-----------------------------------------

Video.

Nasihat Hijab.
Sempena n3 ke 100 RuMaH TuA.


يااختنا بالله لا يغويك ذا الشيـــطان
ان الحجاب فريضة من ربنا المنان

انا سمعنا اختنا قولا عجـــــــــــــاب
قالوا كلاما لا يسر عن الحجـــــاب
قالوا ظلاما حالكا بين الثيـــــــــاب
قالوا خياما علقت فوق الرقاــــــب

نادوا بتحرير الفتاة والفوا فيه الكتاب
رسموا طريقا للتبرج لا يضيعه الشباب
يااختنا هذا عواء الحاقدين من الذئاب

النار مثوى الظالمين لهم عقاب
والله يكشف ظلمهم يوم الحساب
والجنه الماوى ويا حسن المئاب


------------------------------------------------

يااختنا



(^___^)y :- "Kerana dirimu begitu berharga"

Ditulis di,

Friday, May 31, 2013

.:: AdaB KeTiKa HuJaN ::.


Assalamualaikum...

Mudah-mudahan sihat.
Selamat dalam rahmat Allah.

-------------------------------------

Hujan dari Tuhan.

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?”
( Al Waqi’ah [56]: 68-69)




وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
“Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah.”
(An Naba’ [78]: 14)


--------------------------------------

Adab Ketika Hujan.


1) Ketika turunnya hujan, mari kita menadah tangan berdoa pada Allah kerana waktu itu mustajab doa.



2) Setelah itu kita boleh membaca doa ketika hujan.

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg membawa manfaat.."
(Riwayat Bukhari)

Dan

apabila hujan turun dengan lebat, takut-takut akan menyebabkan kemudaratan,
maka Baginda mengajar sebuah doa lain,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنا ولا عَلَيْنا
"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan ke atas kami (yg membinasakan kami)"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




3) Mengambil berkah dari air hujan yang penuh rahmat.
Basahkan sedikit anggota. ( yg bukan aurat ek)
(^_^)





4) Berwudhuk dengan air hujan yang lebat.
Mesti ada antara kita yang tak pernah merasa berwudhuk dengan air hujan. Insyaallah, bolehla try lepas ni. Best tau!
Rasa kehebatan Allah.
^_______^



5) Jangan sekali-kali mencemuh atau mencela hujan.
Hujan yang penuh rahmat.

contoh ayat kita terganggu dengan hujan:-

 "Asyik hujan je. Nak ke mana-mana pun tak boleh"



6) Berdoa setelah hujan tanda kita bersyukur.
Membesarkan DIA yang menjadikan hujan.

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
"Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah"

--------------------------------------

Mandi Hujan.

Kecik-kecik dulu, bila balik rumah nenek ada la peluang merasa mandi hujan.. 
Hee~~~ (^___^)  Pastu demam. Ek!#?!
Da besar ni, macam teringin pulak bila tengok hujan yang sangat cantik.


(^_^)y :- "Jangan mensia-siakan rahmat Allah"


Ditulis di,

Tuesday, May 28, 2013

.:: BoOk FaiR 2013 ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Mudah-mudahan sihat.
Baik dalam pandangan Allah.
(^___^)y

----------------------------------------

KLIBF 2013.

Alhamdulillah, selamat sampai ke pesta buku tahun ni.
Pergi 2nd day dengan my friend, cik Ku.
Masyaallah~~~~ 
Ramai sangat manusia.
Lagi sesak dari tahun-tahun lepas.

Hem~~~
Yelah, bila sesak ni lagi banyak yang nak kena jaga.
Kan! Isk3

-----------------------------------------

Antara barang yang dirasakan sangat menarik yang dibeli.
Adik-adik sangat suka.
(^___^)y
Cumil je!

Ini Bro yang buat perkhidmatan khat
Iqa tempah nama umi & abah.
Nama2 sahabat praktikum.
Ermmm...
Sangat mahir dyorang ni...



Pameran paling menarik. 2nd floor.
Dapat postcard percuma.
Sekejap je jalan...

-----------------------------------------

Buku-buku.

Tahun ni juz beli buku dalam 13 buah sahaja.
Jenis buku asas agama,
buku masakan,
buku kecantikan,
buku kesihatan,
buku psikologi....

Beli buku jenis kesihatan,
panduan ke arah kehidupan lebih sihat.
Ek!?>!

Beli buku masakan & kecantikan.
Senang masak & cantik untuk suami iqa.
Kan?

Buku-buku jenis psikologi...
Belajar memahami orang sekeliling...
Mudah nak ikram...
Ehem!

Beli jenis buku asas-asas agama & b. arab ni,
Persediaan praktikum next semester...
Hee~~~

--------------------------------------

Next year ada rezeki kita p lagi.
Myb, last book fair untuk kita berdua.
kan~~~

--------------------------------------

Janganlah kita mencari selain dari Allah.
Dunia ini sedang berada di penghujungnya.
Cukup-cukuplah kamu dengan makhluk.
Mari menambah usaha,
 Buat bekal menuju Yang Esa...



(^___^)y :- "N3 yang da lama tersimpan di draft. Isk3. Mohon doa buat diri yang hina"


Ditulis di,

Thursday, May 16, 2013

.:: LuKiSaN DaLaM KaD ::.


Assalamualaikum...

Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah.
Insyaallah.

-------------------------------------------

SeLaMaT HaRi GuRu...
Buat semua yang bergelar guru.
Moga usahamu dalam pandangan Allah.
Insyaallah.

------------------------------------------

Kad Hari Guru

Antara lukisan anak murid iqa.
Dalam kad-kad hari guru yg diberi.
Rusydina namanya.
Katanya: "Ini saya lukis gambar ustazah!"
Hee~~~~
Yang tak tahan tu, pandai pulak lukis tudung syria + purdah.
Kan!



Hee~~~
Ini pula kad hari guru dari tahun 2.
Lukis gambar sendiri pulak.
Bukan ustazah dah.
& Aisy namanya.


------------------------------------------

Zaman.

"Huh! Budak-budak zaman sekarang bukan macam budak-budak dulu,
Banyak betul halnya!" kata cikgu2.
(Biasa dengar)

Ehem!
Cikgu dulu tak de mengeluh tentang anak murid tau.
Memberi tak minta dibalas.
Hee~~~

Andai murid hari ini selalu dikatakan bukan seperti murid dahulu,
Maka cikgu hari juga tak jadi seperti cikgu dahulu da la...
Tak mau. Tak mau.


------------------------------------------

Belajar ikhlas.
Semak diri sendiri cik Iqa!
(^___^)y

Aku seorang Guru.
Ecece~~~ Hee~~~
Letak gambar Buku Rekod Mengajar.
Kira itu tanda seorang guru jugak la kan.
Ek! Kunun2. Hee~~~



(^____^)y   :- "Kad dapat sebelum hari guru lagi. Kira valid jugak la... Budak2.."


Ditulis di,

Tuesday, May 14, 2013

.:: KoNgSi CeRiTa :--> ThiS. ThiS & ThIs! ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar? 
Harapnya sihat sejahtera hendaknya.
(^____^)y

Kalau dulu KoNgSi CeRiTa da.
Kali ni nak kongsi lagi~~

-------------------------------

Jika ingin kemuliaan yang tidak akan habis,
maka carilah kemuliaan dengan
kemuliaan yang tak pernah menipis.

-------------------------------

Cerita-ceriti.

-------------------------------

Gerak Hati.


2 minggu lepas punya cerita.
Waktu kuliah...
Tak pernah-pernah pergi ke ****** aras tu.
(*nama tempat ea)
Nak dijadikan cerita.
Allah gerakkan hati ke situ.
(tempat yg * tu la)


Setelah menyelesaikan perintah Allah,
Nak pergi ke tempat lain,
Mata ni....


Terpandangla si cumil.
(bukan kucing ea)
Nampak sayu. :(
Sayu sangat~~~


Iqa pun dapat kasi senyuman je. 
Tapi senyuman dengan gula tau.
(ada ke patot org bersedih, bg senyom je)


---------------------------------

Unsur saspen.

Tiba-tiba si cumil tadi panggil,

"Kak iqa~~~~"
"Hem~~~ Kak iqa~~~~"

"Baru je saya terfikirkan akak"
"Tengok-tengok depan mata"
(sambil-sambil mata si cumil tu berair)


Allah!
Hati pun sentap bila dengar macam tu.
Tarik nafas panjang~~~~
& respon (sambil angkat kening) :

"Kenapa si cumil~~~~?"
"Ada yang tak kena?"
(berbahasa walau tau ada tak kena)

Tangan si cumil mula genggam tangan iqa.
Gaya genggaman yang penuh harapan...
Menggunung!

---------------------------------

Cerita Lebih Kurang.


"Kak iqa~~~~~~"
Macam ni.
Tadi saya ke jabatan jumpa lecturer.
Hem~~~
(Dalam dengar tak dengar luahannya,
mata si cumil tambah lagi air)


Then, ada satu lecturer lain panggil.
Dia tengok saya.
Sedih kak~~~
Dia kata:

"When i see u~~~
Hem...
u have many tones"

This! ( penutup dagu)
This! (armguard)
This!(tudung besar)
This! (stokin (yg ni tak ingat sangat))

"Don't u think...
if non-muslims see u...
They will think Islam is difficult,
Yes! because of this, this, this & this!"
(hidayat betul our lec ni)

"oh, one more thing..
before this, i have bumped into a woman.
She's wearing purdah.
The ikat one.
Selekeh!"

"Erm,,, i think...
it is not suitable for malay woman 
to wear purdah. here.
Malaysia is peaceful country."

"Please... 
Make it simple.
bla... bla... & bla..."
(panjang..... ni pun banyak cut)


--------------------------------

Penutup.

Panjang pulak cerita ni.
Dipendekkan.

Iqa tenangkan rasa sedih dia.
Cakap. Cakap. & Cakap (sambil peluk sikit).
Erm...
Si cumil ni baru pakai purdah.
Itu yang terkejut bila dapat 'ayat hikmah' macam tu.

---------------------------------

Doakan.

Mintak doa untuk semua.
Untuk saya & dia.


--------------------------------





(^___^)y :- "Kemas & selekeh! Dua benda yang subjektif. Pandangan Allah yang utama. Kan."


p/s:- "Ada masa, iqa kongsi lain cerita pulak. Watak utama masih si cumil. Tunggu~~~"


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...