Saturday, December 24, 2011

.:: ExpReSs ::.

Assalamualaikum,,,

Mudah - mudahan kita semua berada dalam pemeliharaanNya. Alhamdulillah, syukur untuk semua kenikmatan serta ujian yang Allah beri. Alahai... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi cuti. Isk3. 


----------------------------------------------- 



Express.

Bagaimana anda menghabiskan zikir harian anda? Zikir pagi, petang, istighfar, selawat......... Apabila menyebut kalimah Allah, tetapi dihati tidak ada tumpuan tidak menjadi juga. Kerana apa? Kerana kelalaian tetap tidak hilang. Sedangkan salah satu tujuan zikir itu untuk membuang kelalaian yang ada dalam diri. 

Suatu petang beberapa tahun lepas (lame kot!) selepas asar saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara (BP) kerana ada keperluan. Teringat mukaddimahnya,,,


Kring! Kring!
Bp       : Assalamualaikum... Sihat?
Saya    : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat...
Bp       : Kakak buat apa?
Saya    : Baru lepas solat ni..
Bp       : Zikir petang dah habiz?
Saya    : Da.. (jawab dengan lega, kalau tak... pedas!)
Bp       : Semua?
Saya    : Haah. (lega lagi)
Bp       : Kehkehkeh...(ketawa). Zikir orang muda... 
             Zikir express... 

Tang! Kan da kena. Ingat da lega, tak pasal - pasal kene pancung. Kuang3. Itula iqa.. Tumpuan! Tumpuan! Haisy! Iqa banyak lalai tanda zikir tak cukup tumpuan. kan? (nasihat lagi) 


-----------------------------------------------

Tumpuan.

Orang muda... Zikir express... Macam - macam dapat. Isk3. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih cuba menambah penghayatan dalam memberi tumpuan kepada Allah ketika berzikir. Mudah - mudahan Allah pinjamkan sedikit dari kekuatanNya. Andai ada di antara sahabat - sahabat yang baru belajar istiqomah, anjurannya sekurang - kurang zikir 300 pagi, 300 petang, + 100 istighfar + 100 selawat. 

Zikir bukan terhad kepada tasbih sahaja, membaca al - Quran juga zikir, doa - doa itu zikir, taat perintahNya zikir dan banyak lagi. Senang cerita, zikir adalah kita ingat Allah setiap masa dan keadaan. Jadikan 24 jam yang kita ada ini sebagai fikir untuk Allah. Insyaallah, sedikit perkongsian secara paling ringkas.


(^-^)y  :- "Kenali Allah sewaktu senang, Allah akan kenal kita sewaktu susah"



Ditulis di,

Wednesday, December 14, 2011

.:: PaKai BiLa PerLu ::.

Assalamualaikum.




Pakai Bila Perlu.

Bertemu dengan orang yang suka mempergunakan orang untuk kepentingan diri sendiri, terkadang sangat - sangat menduga hati, ye lah untuk melihat sejauh mana kesabaran itu. Isk3 Kan~~~ Bersahabat kerana punya kepentingan diri. Inginkan populariti, cari mereka - mereka yang cantik - cantik/ansem - ansem sebagai peneman. Bila tiba pada musim peperiksaan pula, datanglah 'dia' ini menyendeng pada mereka - mereka yang rajin serta bijak untuk mengutip ilmu - ilmu yang tertinggal. Mereka - mereka rajin bijak ini hanya akan berjumpa semula 'dia' ini pada peperiksaan akan datang. Isk3. Mereka - mereka yang kaya pula dicari, untung - untung dapat tempiasnya. 

Jika tadi musim peperiksaan, masuk pula pada musim keputusannya. Maka, 'dia' pun duduk di atas tikar sembahyang dan bersolat memohon agar Allah kurniakan yang terbaik buatnya. Orang sebegini hidupnya seronok mempergunakan orang lain, sampai - sampai tuhan pun dia guna bila dirasakan perlu. Pakai bila - bila perlu sahaja. Tak ada keperluan, ditinggalkan. Agaknya, orang sebegini fikir mudah agaknya nak menyebut kalimah Allah pada pengakhiran hidupnya nanti. Mudah agaknya nak ke syurga. Hidayah ya Allah. Hidayah. Hidayah. (Sekadar memetik contoh 'dia' yang bergelar pelajar kerana saya masih belajar)
Pandang baik orang Baitil Atiqa!!!! (nasihat2)

------------------------------------------------------


Hamba.

Oleh sebab itu kita perlu sentiasa sedar diri. Tahu yang kita ini hamba. Hamba Allah. Banyak menjamah kelazatan dunialah menyebabkan ada yang terlupa dirinya seorang hamba. Kita ini hamba. Hamba. Makanya, bersifatlah dengan sifat selayaknya seorang hamba. Ramai yang lupa sehingga lagaknya seakan - akan seorang pekerja. Ketahuilah, hamba itu tuannya yang akan beri makan, minum, pakai dan tempat tinggal mengikut kehendaknya. 

Tugas hamba, buat seperti yang diarahkan tuannya tanpa perlu persoalkan. Begitu juga dengan apa yang telah diberikan juga tidak boleh persoal. Menerima semata. Sebanyak mana makanan yang diberi, sebanyak mana minum yang dihulur, sebanyak mana rehat yang diperuntuk, sebanyak mana tugas yang diarah, layaknya seorang hamba itu hanya tunduk dan taat kepada tuannya. 

Berbeza dengan pekerja, seorang pekerja berhak untuk menuntut haknya sekiranya dirasakan tidak setimpal dengan apa yang dilakukan. Tambahan, seorang pekerja boleh berhenti kerja andai berkehendakkannya. Oleh itu, sebagai seorang hamba bukan seorang pekerja jangan pernah sekali kita menyoal bagaimana pembahagian rezeki yang telah ditetapkanNya kerana layaknya kita ini hanya tunduk dan taat. Bersyukurlah kita dalam menjadi hambaNya kerana dengan kemurahanNya kita boleh minta - minta pula padaNya. Semakin banyak minta kita semakin sayang pula Allah kepada kita.


------------------------------------------------------



Bayan.

Alhamdulillah. Beberapa hari lepas Allah telah pilih saya untuk duduk nusrah jemaah. Almaklumla time cuti ni la nak rebut peluang nusrah jemaah sebanyak mungkin. Mudah - mudahan Allah tingkatkan iman saya dan anda. Dengan peluang itu, saya berkesempatan untuk dengar bayan masturat. Antara fokusnya, wanita itu golongan pendorong bukan pendesak. Faham? (^-^)y Saya semat kemas dalam ingatan untuk bekalan masa depan. Insyaallah. Insyaallah.


(^-^)y :- " Carilah kematian, disitu ada kehidupan 


Ditulis di,

Thursday, December 8, 2011

.:: MenYeBuT CinTa ::.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana masih diberi umur untuk terus mengamalkan agama. Bagaimana dengan percutian bagi mereka - mereka yang bercuti seperti saya? Harap ianya 'terisi'. Saya berpeluang pulang ke kampung belah umi lebih kurang seminggu. Puas dan gembira. Yelah hujung - hujung tahun ni musim 'orang - orang lelaki' tak ada. Abah keluar Filipina, Atuk pula keluar Perlis, Pak Jang sekali lagi dipilih keluar ke India walaupun baru lagi rasanya keluar masturat Australia, Pak Teh kali ini 2 bulan jalan kaki di Klang dan seingat saya juga sangat - sangat baru keluar masturat India. Banyak korban ni. Allahu Akhbar! Pakcik Soleh pula Allah pilih  untuk ke IPB tahun ni. Tahun ni juga, Atuk dapat duduk sekali dalam bayan hidayat dengan menantu - menantunya. Pilihan Allah, ketetapan tarikhnya pun sama. Makanya, kami semua perempuan yang dikasihi ini, berhimpunlah beramai - ramai. Seronok. Mak Teh yang dalam pantang pun bersusah payah balik kampung. Isk3 Ditambah pula dengan adik - adik sepupu yang masih di madrasah turut bercuti.   


-------------------------------------------


Menyebut Cinta.

Menyebut cinta. Ianya berkaitan perasaan. Rasa cinta. Allah punya 100 kasih sayang. Kita dan makhlukNya yang lain di alam ini berkasih sayang dengan satu kasih sayangNya yang telah diturunkan. 99 lagi Allah simpan untuk kita di sana. Betapa luasnya kasih Allah. Dalam mengejar erti cinta, takut - takut asbab tersasar dalam memaknakannya mengakibatkan hilangnya rasa cinta Allah pada kita. Bagaimanalah hidup ini sekiranya tanpa rahmat dan kasih sayangMu.

Semakin kita cinta kepada Allah, semakin ramai yang mencintai kita. Semakin ramai yang menyayangi kita. Semakin ramai yang suka pada kita. Bunyi macam sama makna je. Isk3. Apabila konon - kononnya rasa cinta kita datang kepada seseorang itu, telitilah semula atas sebab apa rasa cinta itu. Benarkah cinta? Atau.... Rasa itu mungkil terpanggil apabila terlahirnya kekaguman kita terhadap 'dia'. Atau mungkin juga kita suka menikmati zahirnya sehingga berharap untuk memilikinya. Siapa tahu?


-------------------------------------------



Pengorbanan.

Menyebut cinta. Cinta itu sememangnya memetik pengorbanan. Sebagaimana cinta Rasulullah kepada Allah. Baginda korbankan apa sahaja untuk cinta itu. Bagaimana dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untukNya? Hem~~ Melihat pada cinta umi pada abah, umi sentiasa redha untuk ditinggalkan kerana apa yang menjadi kecintaan abah turut menjadi kecintaan umi. Semakin banyak korban semakin dalam cinta. Bagaimana kita nak mengenal pasti benda yang paling kita cintai? Mudah sahaja. Andai cinta teragung kita Allah, pasti banyak pengorbanan yang kita lakukan ke arah itu. Pasti banyak masa untukNya kita luangkan. Pasti kita banyak melakukan perkara yang menunjukkan kecintaan kita kepadaNya. Kan~~~ 


-------------------------------------------



Blog.

Andai dihitung - hitung, dikira - kira, disemak - semak kelihatannya masa banyak terluang untuk blogging. Lebih daripada masa bersamaNya. Nah! Itu jawapannya. Bloglah yang paling dicintai. Banyak waktu digunakan untuk berblog. Itu ini blog. Mengadu dengan blog. Menangis dengan blog. Mengumpat dengan blog. Bergaduh dengan blog. Berukhwah dengan blog. Berkongsi dengan blog. Bergambar dengan blog. Berdakwah dengan blog. Membeli dengan blog. Promot dengan blog. Berniaga dengan blog. Serba serbi dengan blog. Bunyinya macam menyalahkan blog je. Isk3 Sebagai peringatan kepada kita agar tidak menjadikan blog sebagai kecintaan.


Mudah! Tanda cinta terletak pada sejauh mana kesanggupan kita dalam berkorban. Boleh terima? Ke macam mana?

Kat kampung...
 Bersama adik bongsu...
^^,


(^-^)y  :- "Membuka tirai bagi menulis tentang cinta (lain macam je bunyi ni)"    

    

Ditulis di,

Wednesday, November 30, 2011

.:: CaCaMarBa ::.

Assalamualaikum,,

Selamat menyambut tahun baru semua. Bertambah satu lagi aras kehidupan kita. (^-^)y 

Medan Ujian.

Hidup ini merupakan satu ujian buat kita. Ditambah dengan hakikat dalam kehidupan itu sendiri sememangnya dipenuhi dengan ujian. Kita sendiri tahu bahawa alam dunia yang Allah jadikan ini merupakan persinggahan ketiga dalam tempoh masa untuk menuju Allah.

Bermulanya kita di alam roh. Berpindah pula ke alam rahim dan sekarang kita di alam dunia. Alam dunia ini dijadikanNya sebagai medan ujian. Jangan kata tidak. Cuba tengok surah Hud:7 (Jangan malas (",) ). Di alam dunia, roh diuji dengan tanggungjawab dan amanah sebelum ke alam seterusnya yang mana kita akan ke kampung asal yang kekal abadi. Pelbagai amanah dan tanggungjawab yang kita pikul. Saya sendiri punya tanggungjawab sebagai anak, sahabat, pelajar, orang dakwah dan banyak lagi.

Beringat, kita perlu kepada perancangan dan pelaksanaan yang teliti kerana jalan yang kita tempuhi ini sehala. Tak ada undurnya.

------------------------------------------------

Perubahan.

Menyebut hijrah pasti terpacul dibenak fikiran tentang perubahan. Kan? Menyebut pula pada perubahan, kemas diingatan beberapa perubahan yang dilakukan berkaitan dengan awal Muharram yang kita pernah sambut. Alhamdulillah saya mula berpurdah secara istiqomah sekitar 6 tahun yang lalu. Penghijrahan ini Allah ilhamkan setelah kali pertama keluar masturat bersama datuk dan nenek. Alhamdulillah setelah berpurdah, saya dapat istiqomah menjaga amalan harian. Malu jika sekadar memakai pakaian ummahatul mukminin tetapi tidak memakai amal - amal mereka. Kan~~~ Hem... Serasanya ini kali pertama saya menyentuh tentang purdah.

Jika disebut perubahan, dari satu perkara lain ke perkara yang lain. Tapi jika disebut penambahan, ianya dari perkara yang sama yang menjadi perbezaannya adalah jumlah yang lebih. Ke macam mana? Antara kata - kata sepanjang hidup yang melekat kuat sehingga hari ini ketika dalam salah satu perbualan dengan Ustazah Sal, ahlia Maulana Johari mudir mad. Sg. Salan. Katanya, "Ustazah sampai hari ni tak mampu menandingi Ustaz dalam soal pembacaannya. Awak tengok buku - buku dan semua kitab - kitab tu kepunyaan Ustaz. Teliti setiap muka surat pertama akan ada ditulis kecil tarikh ianya dibeli". 

Bayangkan bagaimana rumah Ustazah dipenuhi buku dan kitab sehinggakan tak nampak langsung permukaan dinding. Serasanya ada beberapa bahagian sahaja almari yang masih kosong. Mungkin hari ini jika ditinjau kembali sudah penuh. Bertitik itu, bermula perubahan dengan penambahan pembacaan untuk mendapatkan manfaat dari ilmu - ilmuNya. Besar penyesalan kerana dulu tak buat alimah. Mudah - mudahan akan datang Allah panjangkan umur dan beri peluang untuk itu. Isk3. 


jom2 membaca...


------------------------------------------------

Ucapan.

Jalan - jalan dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak pula rasanya yang post tentang kahwin. Musimnya dah tiba agaknya. Oleh itu, saya ucapkan tahniah buat mereka yang akan berumah tangga. Bagi yang sedang mencari juga ucapan selamat dari saya. Insyaallah, Dia telah tetapkan apa yang paling baik buat anda. Mereka - mereka yang sedang Allah uji dengan banjir, saya yakin anda dalam pemeliharaanNya. Jaga diri.


(^-^)y  :- "Maksud hidup untuk agama"  
           

Ditulis di,

Sunday, November 20, 2011

.:: SaYa GuNa SaYa ::.

Assalamualaikum,,,

Panggilan. Anda bagaimana?

------------------------------------------
Bercakap
Saya pada kebanyakkan waktu dengan rakan sebaya berbahasa dengan menggunakan ganti diri 'saya & awak'. Bila tiba pada berbahasa dengan rakan tapi lebih tua tiga empat tahun saya berbahasa menggunakan 'nama saya & kak'. Tika berada di kelompok keluarga,  saya menjadi 'kakak' tak kira dengan yang muda atau tua. Cuma semenjak dua ni da perlu biasakan diri dengan 'aunty'. Ye lah makin ramai pulak anak saudara sepupu (tua da). Hem~~ Dengan anak murid, tentu tentu 'ustazah & kamu'. Isk3 Bila tiba kene berurusan dengan ustaz - ustaz, yang macam ustaz, jadi 'ana enti' la. Huu~~ Tapi bila duk ta'lim mingguan jadi binti 1(kaklong la tu). Kih3 

------------------------------------------

Terkena
Ada seorang lelaki yang jenis 'huha'. Dijadikan cerita satu hari saya perlu berurusan dengan dia. So, macam biasa saya bahasakan diri 'saya & awak' la. Ntah macam mana tiba - tiba tengah - tengah bercakap boleh pulak dia menyampuk. 

Dia :- Aku ni kan iqa bukan tak nak cakap saya awak ke apa ke... Tapi aku ni nak guna BM yang dalam Quran.

Saya:- (Juz mata terkebil - kebil) tanda musykil.

Dia :- La... Dalam Quran kan BM dia tulis aku. Mana guna benda lain. Ada kau dengar dalam Quran sebut 'telah saya jadikan manusia dan jin....'  Tak de kan? Mesti tulis 'telah aku aku jadikan manusia dan jin....' Haa.. Tu pasal aku guna aku (sambil ketawa berdekah - dekah).

Saya:- Dalam hati. (kenekan aku rupanya).

-----------------------------------------


Panggil
Apabila memanggil, panggillah dengan menggunakan panggilan yang disukai dan baik & lagi baik jika kita memaknakan panggilan itu. kan~~~ Tapi saya sendiri pun suka memendek - mendekkan nama orang. (Nasihat sikit)

Singkat
Zati Bayani jadi t
Ummu Aiman jadi mu/um
Ku Fasehah jadi ku
Fadhila jadi la
Liyana jadi na
Syahida jadi da
Farahim jadi im

Agak - agak, bagaimana nama anda disingkatkan saya? (^-^)y   Kui3


(^-^):- "Pakai kaedah hazaf, ke macam mana?"


Ditulis di,

Saturday, November 12, 2011

.:: BeRSaHaJa ::.

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah, kita masih diberi Allah kesempatan untuk terus mengamalkan agama. Sebelum itu, saya minta maaf kepada mereka - mereka yang menghantar emel tetapi terkadang agak lewat balasannya. Lewat balas bukan bermakna saya tidak ambil hal tentang apa yang ditanya. Cuma kadang - kadang untuk persoalan yang 'dahsyat', saya perlu merangka - rangka ayat dahulu. Tambah - tambah jika persoalan agama saya perlukan sumber yang kukuh dalam menjawab. Anda yang bertanya juga pasti & pasti mahukan jawapan yang memuaskan hati. Jadi, 'biar lambat asal selamat'. Lain la jika khabar saya yang ditanya, tak perlukan sumber untuk balas. Kan~~~

---------------------------------------------------

Bersahaja

Dalam hidup, kita tidak perlu bercita - cita untuk membina istana, lebih baik bercita - cita agar kita dapat membina diri sendiri dahulu. Setidak - tidaknya kita mengetahui kekurangan diri sendiri. Jangan sampai kita ini bersembunyi di sebalik identiti orang lain. Isk3

Oleh itu, jujurlah pada diri sendiri. Jika tidak, bagaimana kita nak perbaiki diri andai diri sendiri tidak tahu apa yang hendak diperbaiki. Hem~~~ Beringat - ingat jangan sampai menjadi hubbundunya, kerana semua penyakit akarnya dari cintakan dunia ini.

Bersahaja wif my rumet Mek Mu~~~

(^-^)y :- "Bercita - cita membina istana di 'sana' yang abadi dengan membina agama di 'sini'.

SeLiNgaN :- "Banyak da n3 tentang doa yang diteliti, tapi n3 'SENJATA' ini lain bunyi. (^-^)



Ditulis di,

Tuesday, November 8, 2011

.:: AdaB TiDuR ::.

Assalamualaikum sahabat2...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....
Moga Allah kasih kita semua.

Insyaallah, hari ini saya akan kongsikan satu lagi adab iaitu adab tidur. Walaupun 'kita' da sangat - sangatla xpert bila bercakap tentang adab ni, tapi dari segi amalan Insyaallah... Sama - sama kita tingkatkan lagi.... 
(^-^)y


Hemm~~~~


Adab Tidur

Sebelum tidur, insyaallah pastikan kita berwudhuk. Ada kekuatan tunaikan solat Taubat & witir.

Jangan lupa habiskan bacaan Al - Quran iaitu surah As - Sajadah dan surah Al - Mulk.

Sebelum baring, kipaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri, baca,

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم



Kemudian, niat bangun tahajjud. Baca 4 ayat akhir surah Al - Kahfi.

Baca Ayatul Kursi 3 kali. Jangan lupa tasbih Fatimah.

Sebelum terlupa, sunnah bercelak sebelum tidur. Kanan 3 kali, kiri 2 kali. bole baca,

اللهم أتمم لنا نورنا واغفر لنا ذنوبنا انك على كل شيئ قدير


Tadah tangan. baca 4 Qul 3 kali dan setiap kali selesai, hembuskan pada tapak tangan dan sapu pada seluruh tubuh kecuali kemaluan dan tapak kaki.

Selepas itu, bolehla baca doa,

اللهم باسمك أموت وأحيا



Kemudian, tidurlah mengikut sunnah Rasulullah iaitu mengadap kiblat. Tidur pada lambung kanan. Letakkan tangan kanan di bawah pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri. Jangan tidur meniarap. 

Apabila bangun dari tidur, ucap Alhamdulillah untuk mimpi yang baik. Untuk mimpi yang buruk istighfar dan buat isyarat ludah pada sebelah kiri.

Apabila bangun, baca doa,


الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور



Da bangun, tangan jangan pegang muka atau mana2 kerana waktu tidur kita tak tahu di mana tangan itu diletakkan. 

Sekadar ingatan, jauhkan dari tidur 2 kali pada siang hari.

Jadi, Insyaallah,,,, Sedikit secara ringkas tentang adab tidur. Setiap perbuatan dalam adab ini ada kelebihannya. Ada masa, saya tambah lagi... (Lagi baguz jika sahabat2 yang tambah).


(^-^)y  :-  " Tidur dalam iman"

SeLiNgaN 1 :- "Ada orang tak kasi 'kita' kasi hadiah untuk pembaca terpilih. (T_T)"
                      
SeLiNgaN 2 :- "Tertib baru, perempuan tak kahwin tak bole buat 6 perkara da. Huu"


--------------------------------------------------------------

Penambahbaikan dari faqir (28 Nov 2011)

Al-kafirun boleh baca...tetapi tak termasuk dalam adab untuk hembus pada tapak tangan...

Hadith sebut 3 qul sahaja....
dan tak ada kecuali kemaluan dan tapak tangan....

lihat hadith di bawah atau boleh rujuk muntakhab hadith bab Zikir...

HR. Al-Bukhari 9/62 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/1723.

Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan tiga kali.

Membaca dua ayat akhir surah al- baqarah.

“Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkan-nya.” HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 9/94 dan Muslim 1/554. Kedua ayat tersebut dari surat Al-Baqarah (2): 285-286.


DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH KETIKA TIDUR MALAM

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ.

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” 

Membaca do’a ini ketika berbalik dari satu sisi ke sisi lain pada malam hari. 

HR. Al-Hakim, menurut pendapatnya, hadits di atas adalah shahih, Imam Adz- Dzahabi setuju pendapatnya 1/540 dan An-Nasai dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah, serta Ibnus Sunni. Lihat juga Shahihul Jami’ 4/231.

DOA APABILA MERASA TAKUT DAN KESEPIAN KETIKA TIDUR

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan setan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku).” 

HR. Abu Dawud 4/12. Dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/171.




Ditulis di,

Wednesday, October 19, 2011

.:: TuLiS ::.


Assalamualaikum. Moga Allah kurnia kebaikan buat kita di dunia dan akhirat. Serasanya sudah lama sangat tak blogging. Kalau blogwalking pun 2 3 blog je sempat. Tapi takpe kan? Biar kita yang control blog kita bukan blog control kita. Kalau tak, bahaya. 2 3 minggu ni memang busy. Sampai – sampai buku (100 cara menjadi kekasih Allah) yang adik perempuan kasi pun saya belum dapat habiskan walaupun da 2 minggu. Tapi Alhamdulillah sempat habiskan Dia Bukan Nabi pinjam dari sahabat Zati Bayani. Apa yang penting jangan amal – amal harian saya berkurangan kerana dunia. Apabila kesedapan dunia dirasai maka hilanglah kelazatan akhirat.

---------------------------------------------------

Penulisan saya.

Pendapat anda? Mampu ke saya menjadi seorang penulis yang baik? Apabila dinilai kembali kemampuan saya, saya merasakan terdapat beberapa perkara mengenai penulisan saya.

1) saya mampu menulis kisah – kisah berdasarkan pengalaman saya sendiri (perkara nyata).

2) saya mampu menulis kembali berdasarkan hasil – hasil pembacaan saya dalam bentuk dan cara saya sendiri (mengolah).

3) saya boleh menulis berdasarkan perkongsian kisah orang lain (kisah benar).

Saya sangat suka menulis. Tapi jarang - jarang mengarang cerita. Saya banyak menulis untuk meluah rasa. Saya sendiri mempunyai banyak koleksi – koleksi hasil tulisan saya. Dari usia 11 tahun sehingga ke hari ini. Saya masih menulis menggunakan pen dan kertas walau setinggi mana teknologi yang ada masa ini.(kuno kot?) Malah, setiap post yang saya publishkan semuanya saya punya draft dalam bentuk tulisan tangan. 

(^-^)y

Antara draft2 tangan yg sempat ambik gamba...
1 - draft n3 Bagaimana solat anda?
2- draft n3 penjaga letak kereta...
3- draft n3 dusta yg dibolehkan (xpublish lg)
4 - draft n3 ujian & nikmat Allah (xpublish lg)
Malu.
Suka menulis tapi malu hasil penulisan dibaca orang. Macam mana tu? Percubaan pertama menghasilkan satu cerita cereka untuk bacaan ramai apabila baru – baru ini saya terpilih untuk menyertai bengkel penulisan DBP. TERpaksa menghasilkan satu cerpen. Isk3. So, saya telah menghasilkan satu cerpen bertajuk ‘KeranaNya’. Sudah dibaca oleh rakan – rakan terdekat. Tapi belum ada yang berani komen terbuka. (jaga hati saya mungkin).Hee~~~ Yelah, biasanya penulisan – penulisan saya, saya simpan sebagai bacaan saya sendiri sahaja. Post – post saya juga sebelum dipublishkan berkali – kali ulang baca, yelah takut – takut ada benda yang tidak kena. Kadang – kadang ada yang tak jadi dipublishkan setelah diulang baca. Malu punya pasal. (^-^)y



Rasa.
Berkongsi rasa melalui penulisan. Apabila saya gembira, sedih, kecewa... semuanya saya akan hasilkan dalam bentuk tulisan. Tetapi tidak apabila saya berkeadaan marah. Kenapa? Kerana saya akan menyimpan penulisan – penulisan saya. Jadi saya tak nak simpan marah itu sekali (nanti apabila diulang baca, rasa marah itu akan kembali). Walau kadang – kadang ketar la jugak nak menulis untuk puaskan hati yang sedang marah (jangan ikut, marah tak baik ).


Anda.
Kita semua menulis dengan sebab. Sentiasa mencari sebab untuk menulis.



(^-^)y :- “Time exam tak tau pulak nak tulis. Kuang3”


SeLiNgaN :- “Suka baca gaya penulisan yang skema. Menarik hati ini. Nampak bergaya. (^-^)y”


Ditulis di,

Thursday, September 29, 2011

.:: BeRtEmU JoDoH ::.


Assalamualaikum...

Mudah - mudahan kita semua dalam lindungan Allah...
Alhamdulillah, dalam kesibukan menyiapkan assignment, saya berkesempatan untuk hadir ke majlis pernikahan salah seorang sahabat merangkap senior iaitu Fatin Zahari. Kak Fatin anak karkun besut yang bertemu jodoh dengan karkun gombak Rusydi. Moga Allah permudahkan urusan kalian. Insyaallah.



1 - Tiba di Besut, sejam dua di rumah kak Fatin, terus jalan2 pantai... (isk3)

2 - Bersama kak Zakiah, rakan sekelas kak Fatin... (pemandu paling berhemah).




3 - Comelkan? Anak - anak saudara kak Fatin, Irfan, Afrina & Asfar (boleh tahan ni!) Bersiap cantik sebab tak sabar nak tengok mak sedara diorang nak nikah. (^___^)

4 - Pagi sebelum nikah, iqa tekun letak inai pada jari kak Fatin (jauh kak Fatin menung bagaimana nak sorok jari waktu menulis dalam kuliah isnin ni) keh3

5 + 6 - Tempat sarung cincin yang turut mendapat sentuhan kak zakiah... (Zati tengok je!)

7 - Hantaran terbalik kot. 7 berbalaz 5... (Hee~~~)


8 - Sarung cincin... (Alhamdulillah...  Selamat sudah kak Fatin. Tunggu majlis besar pulak la)

9 - Malu2~~~~~

10 - Iqa pun nak bergambar kenangan...

11 - Ucapan khas buat Fatin & Rusydi. (^-^)y



12 - Menanti tren di Tanah Merah... Berjubah merah(zati bayani) paling sibuk... Jurugambar terbaik. (ye ke t?)

13 - Kak Fatin (purdah kelabu) bersama suami hantar & tunggu kami di stesen... Syukran yah! Iqa tunggu giliran kak kyah pulak (jubah hitam).


(^-^)  :- "Selamat bergelar isteri, moga Allah merahmati kak Fatin sekeluarga. Luv u"

SeLiNgAn : Banyak benda nak kongsikan... Tapi sangat2 sory... Insyaallah, ada masa saya kongsikan...


Ditulis di,

Sunday, September 18, 2011

.:: RaGaM ::.

Bismillahirohmanirrohim...

Alhamdulillah, bersyukur kerana saya telah menghabiskan pbs di tempat sendiri. sekiranya ada kelapangan, Insyaallah akan saya kongsikan pengalaman praktikum tersebut.

______________________________________


Biasa kita dengar/rasa (ke macam mane?),


  1. Ish... Kenapa la dia ni macam ni?
  2. Ya Allah, sabar je la...
  3. Hem.. Susahla berkawan dengan orang macam ni...
  4. Aduhai, menyampah pulak rasa...
  5. Ala... Aku tak bole g r dengan dia ni..
  6. (ikut rasa sendiri)...

______________________________________

Cuba kita renung kepada 1 perkara ini,

"saya tidak boleh mengubah seseorang itu mengikut cara dan kehendak saya, tetapi saya boleh mengubah hati dan diri saya untuk menerima diri dan sikap dia itu"


Kenapa?
Kerana kita tengok, kadang - kadang sahabat seusaha atau sahabat seperjuangan kita sendiri mempunyai sikap - sikap yang 'kureng'. Senang cerita 'tak bole gu'... (Kita pun ada jugak orang tak suka, kan3). Tapi siapa la kita ini untuk mengubah dia. Kita bagi jalan, yang memberi dan mampu mengubah hanya Allah...

Kita lihat...
Lagi pula Allah telah jadikan makhluk - makhluk Dia dengan pelbagai bentuk, jenis dan sikap. Kerana dunia kita ini akan nampak cantik dengan kepelbagaian ini. 

Lihat bagaimana Allah jadikan makhluknya POKOK.

Nama sahaja pokok tetapi mempunyai pelbagai jenis. 

  1. ada yang tidak berbunga.
  2. ada yang tidak berbuah.
  3. ada juga yang langsung tidak berdaun.
  4. ada yang rendang.
  5. ada yang tinggi.
  6. ada pula yang tidak berdahan.
  7. ada yang mempunyai daun banyak warna.
  8. ada yang melata.
  9. ada yang menjalar.
  10. macam - macam ada...

cuba bayangkan pula jika bumi Allah ini Allah hanya jadikan dengan pokok yang sempurna, mempunyai dahan, daun, bunga, buah,...? Macam mana keadaan bumi ye? 

Rumput kita ganti dengan pokok tersebut...
(^___^)y :- Aduhai, tak ada bola - bola da la kot...




Oleh itu, ketahuilah kita ini saling melengkapi untuk menyempurnakan antara satu sama lain.. Mudah - mudahan kita ambil iktibar dengan menerima dia sebagaiman dia menerima kita. Dia senang, kita senang. Ye kan? Kesempurnaan itu subjektif. Ada memandang pendiam sebagai sempurna, ada pula memandang yang ramah itu sempurna. (^__~).



(^-^)y       :- "kita menjadi sempurna dengan menerima mereka yang kurang sempurna"

SeLiNgAn :- Sedang mencari 10 pembaca setia blog RuMaH TuA untuk diberi hadiah kecil tanda ingatan & penghargaan (",) Ada idea?



Ditulis di,

Saturday, September 3, 2011

.:: RaYa 2011 ::.

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya kepada semua...
Maaf Zahir & Batin...

Macammana raya tahun ni?
Mudah - mudahan dalam keadaan yang diredhai Allah...
Story raya pakai pic boleh kan?


Malam Raya...
Dira + Ainul (tukang jaga belon raya)..
Akak tukang ikat je yea adik2...
Hee~~~

Wah... Comelnya adik2 akak...
Hasif (tangan bersimen) & Hafizi (pki spec)...
Ready nak mintak angpow... (^-^)


Haziq pun nak raye jugak...
Adik bongsu....

Hari raya Allah beri ujian... (Allah..)
Bergambar kenangan...
Bersama adik perempuan...
Kenal x yg mana iqa...?


My Lovely Datuk...
 Hj Jalil (besan Maulana Shamim)...
(^-^)
Walau x pandai baca & menulis...
Da khuruj merata dunia...
terakhir 4 bulan sebelum hilang ingatan...
Ke Amerika...
Doa Allah beri kejayaan atas apa yang diusahakan sepanjang hidupnya...
+ walau tak ingat kitaorang tapi ingat perkataan2 dakwah...
Allahu Akhbar!!!
errr Atuk i yang baju putih tau..
Yang baju hitam tu...
Teman bergaduh...


Adik Ainul (Cousin)...
Ainul budak manja...
(^-^)
Doa untuk kesihatannya...


Balik solat Raya...
Isk3...
Iqa tak tolong layan tetamu pun...
Layan diri...

Makcik kay (Ibu saudara)...
1st tym kita tak raya sekali..
Almaklum, orang beraya di rumah mak mertua da..
(^___^)
Tapi...
Purdah xmecing la.. Hee~~~
Lupa bawak ke...?
Tahun ni berdua.. Tahun depan da bertiga...
btw, tq anta gmbr... (^-^)


Alhamdulillah...
Merasa duit raya dari abang setelah 'bergaduh'...
Syukran yah!
(^-^)
makan2..

Hee~~~
Pakcik setia dengan jubahnya...
Ustazah asma (ibu saudara) bila nak tambah ahli ek?
(^-^)

Balqish (sepupu) + Kak Ina(sepupu ipar)...
Di pagi Raya...
Dua2 sweetz....
Kak Ina dalam mud pengantin baru lagi kot?
(^__^)
Cepat2 dapat bb...

Bukan senang nak bergambar dengan umi(hijau)...
Dengan abah memang tak pas lagi.. Hee~~~
Tak pe... Cuba lagi...
(^___^)

Boring ek tgk gambar2 orang yang tak kenal?
Isk3...
Disebabkan masih syawal...
RuMaH TuA belum terlambat ucap ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...


(^__^)     :- "Tq bagi yang anta msg2 raya dengan saya...."

SeLiNgaN:- Jom baca Pesanan En. Fuad....



Ditulis di,

Saturday, August 20, 2011

.::MiNaT TaNpA BaKaT ::.



Assalamualaikum...
Hari ni ada perkongsian jugak...
Tapi perkongsian tentang cerita klaka...
Hari khamis baru2 ni.. clazmate semua bz 'beribadah' tengah2 hari, rumah tua + 3 orang sahabat yang konon2 'pandai' ni p pustaka untuk join pertandingan mewarna... isk3 
Berbekalkan warna pinjam dengan kak roha(akak psv), kami pun berjalanlah dengan penuh semangat.
Sampai di pustaka, yang mengharukan, kami adalah peserta yang mula2 sampai... (terharu lagi)...
Datang pukul 2, tapi staz pukul 3....
Tunggu dengan penuh kesabaran...
Tak apa, dia manusia...
Mungkin kami yang ter'awal' atau salah maklumat yang staz pukul 2.... (sabar itu kan syurga)
Kemudian, pertandingan bermula...
Kami pun mula...
Kami selesai...
Kami hantar...

Minat tanpa bakat~~~ Ok la 2... (^-^)y


(^-^)= " RuMaH TuA join kerana minat, minat tak semestinya berbakat, kan~~~~~"

 Ditulis di,

Friday, August 12, 2011

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.


Salam Ramadhan....

Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup... 
(^-^)y Syukran...

errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan...
Tapi RuMaH TuA..... (",)

Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak?
(ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa?? 
tak kongsikan pun kat sini.. (",) )
~ Syukran en. fuad ~

Baca doa, 

بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم

Adab Perjalanan


  • Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini,


ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير

  • Kemudian, kita baca


 بسم الله توكلت على الله

  • Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau selipar menggunakan kaki kanan dahulu. Ok?


  • Naik kenderaan menggunakan kaki kanan & baca basmallah, & doa,




  • Kemudian ucap alhamdulillah 3 kali, Allahu Akhbar 3 kali. Mudah kan?


  • Apabila kita, 

                              - menaiki bukit bacalah Allahu Akhbar.
                              - turun bukit bacalah Subhanallah.
                              - melalui tanah rata ucaplah alhamdulillah.

  • Sekiranya kita nampak, 

         -kuil, tokong atau gereja atau seangkatan dengannya 
          maka, bacalah lailahaillah la maghbud illallah.

(sori ye...

la ma'bud illallah....

cmnie..


لا إله الله لا معبد إلاَ الله) 
~syukran en. hamdi ~

         -masjid maka berselawatlah.


(ade ustaz bgtahu bahwa ade doa nmpak masjid. 


"allahuma figrli, zunubi, khotok'i wa amali" dlm kitab al-azkar

selawat hanya khas utk masjid nabawi saja. tapi ulamak kata kita leh selawat juga sebagai tanda kita ingat nabi saw.

bila lihat masjid maka lihat dgn penuh kecintaan dan kasih-sayang.)
 ~ Syukran en. penchacaiz ~


         -tanah perkuburan maka berilah salam.

(ibu zyla pun selalu pesan, 
kalau melimpas kubur sedekahkan al fatihah utk ahli2 nya..)
~ Syukran cik Zyla~

  • Sepanjang kita dalam perjalanan, sekiranya ternampak keindahan serta kemewahan dunia maka ucaplah,


اللهمّ اني اَعوذبك مِن فتنةَ الدُّنيَا


  • ِSetelah tiba di suatu destinasi maka turun kenderaan dengan kaki kanan, kemudian berdoalah,


َربّ انزلنى مُنزَلا مباركا وانتَ خيرُ المنزلين

"Ya Allah turunkanlah aku pada tempat yang penuh barakah, dan engkau adalah sebaik - baik pemberi tempat"


  • Sebelum memasuki rumah, baca surah Al Ikhlas 3 kali, selawat 3 kali & bacalah doa masuk rumah.





  • Then, buka pintu & beri salam.


السلام عليكم اهلِ البيتِ ورحمتُ الله وبركته




Mudah - mudahan kita semua dapat beramal. Kalau tak dapat banyak, mula dengan sedikit...


p/s:- "Macam mana driver Malaysia nak naik guna kaki kanan? 
         (^-^)y kreatif kan diri anda..."

Ditulis di,

Wednesday, August 3, 2011

.:: SiaPa RuMaH TuA ?? ::.

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan.

Sedikit perkongsian mengenai siapa RuMaH TuA. Nsyaallah, moga - moga sedikit sebanyak 'terjawab' mana - mana persoalan yang belum terjawab. (^-^) Walaupun telah dinyatakan dalam profile. isk3

Bakal guru. Membuat asasi dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. Alhamdulillah, kemudian kini sedang menyambung ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Al-Quran/Bahasa Arab. Meniti usia 20 tahun.(Alhamdulillah). Mula blogging pada tahun 2009 tetapi menjadi aktif pada Disember 2010. Tujuan utama untuk berkongsi apa yang termampu. Berkeyakinan bahawa membaca & menghafaz jambatan ilmu.(Insyaallah). Merah merupakan salah satu sumber kekuatan untuk sesuatu perkara bagi saya. (",) Doa agar saya sentiasa usaha atas agama.

Any ques?


p/s:- Selamat Berpuasa....


Ditulis di,

Saturday, July 23, 2011

.:: PenJaGa LeTaK KeReTa ::.


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengamalkan agama.

Bukan disuruh hidup miskin, tetapi lihatlah dunia sebagai tiada apa - apa.

Sebagaimana penjaga letak kereta, dia mempunyai kereta tetapi tidak sombong. Keretanya bertukar ganti tetapi tidak pula takbur, diambil orang satu persatu sampai habis tetapi tidak sakit hati.

Mengapa?

Kerana dia tahu dia tidak punya apa - apa melainkan semuanya hanya di amanahkan kepadanya sahaja.

Bukan penjaga letak kereta... (^-^)
Tapi penjaga RuMaH TuA....


Begitulah kita, ubah wawasan kita terhadap dunia, maka kita akan dapat lihat dunia dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak akan bergantung kepada dunia & tidak tamak. Hidup kita menjadi lebih bersahaja.

Hidup ini tidak akan ke mana - mana kecuali menunggu mati. Maka, latihlah supaya kita ini sedar bahawa kita pasti mati dengan tidak membawa apa - apa, kita hanya singgah sebentar di dunia ini.



وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ 

Dan jika kamu melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: "Kiranya kami dikembalikan (ke dunia)"
(Surah Al-An'am: 27)


Beringatlah,
" Jangan takut kerana belum ada,
kerana yang belum ada itu mesti ada,
 kalau pandai mensyukuri apa yang sudah ada"


p/s:- "Jom pakai teori berkat, jangan pakai teori ekonomi..."

SeLinGaN:- Singgah baca n3 blog MENEROKA KHAZANAH RAHSIA.

Ditulis di,

Friday, July 15, 2011

.:: KoT - KoT AdA YaNg TaK KeNaL ::.


Assalamualaikum. Moga Allah kurnia kesihatan yang baik kepada sahabat semua. Syukran buat semua sahabat yang sudi berkongsi jawapan dalam n3 yang lepas....



Insyaallah, pada kali ini saya akan berkongsi sedikit mengenai bersiwak. Yang mana salah satu sunnah Rasulullah yang ringan tetapi berat untuk setiap dari kita mengankatnya. Isk3...  Kita? Saya je la kot, bila keluar jalan Allah baru ringan tangan. Kalau tak, isk3....



Kenal Tak Kayu Sugi?




Ke ada yang baru kenal? (^-^)



Faedah bersiwak:-

  • Menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan.
  • Meningkatkan deria rasa.
  • Menguatkan daya ingatan.
  • Menghilangkan lendir.
  • Menyembuhkan penyakit.
  • Menguatkan gusi.
  • Mengubati sakit gigi.
  • Mengubati sakit kepala.
  • Menambah nur pada wajah.
  • Menajamkan penglihatan.
  • Membantu pencernaan.
  • Yang paling besar, Allah REDHA.


Waktu - waktu disunnahkan bersiwak:-
  • Ketika membaca Al - Quran.
  • Sebelum membaca hadis.
  • Sebelum belajar atau mengajar agama.
  • Ketika mulut mengeluarkan bau tidak menyenangkan.
  • Ketika berzikrullah.
  • Setelah memasuki rumah.
  • Ketika mengalami pedih kerana lapar atau dahaga.
  • Ketika sahur.
  • Sebelum makan.
  • Sebelum memulakan perjalanan.
  • Sebelum & selepas tidur.


Jom2... Siapa yang tak ada kayu sugi lagi, boleh la try cari dan kita sama - sama beramal... Teringat muzakarah iman selepas ta'lim hari tu, ada junior tanya pasal sugi. Hai gelabah jugaklah nak kerah otak... Keluar mana - mana memori yang ada... Hee~~~ Waktu tu dapat hurai sikit je la mana - mana yang ingat. Isk3... Mudah - mudahan Allah masukkan hakikat sunnah ini dalam hati & zahir dengan amalan. Insyaallah...



p/s:- "Pegang kayu sugi dengan cara ibu jari dan jari kelingking ada di bawahnya, & yang lain - lain berada di atasnya."


Ditulis di,

Wednesday, July 6, 2011

.:: MeNgApA MeMiLiH ?? ::.

Assalamualaikum...
Moga Allah Cinta Sahabat - sahabat semua.
Sedikit persoalan.

Insyaallah,


Apa jawapan yang harus di beri saat di soal, mengapa 'memilih' ?


p/s:- "Bantu membantu amalan mulia..."


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...