Friday, April 21, 2017

Birthday Party Sofea


Assalamualaikum...

Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah.
Alhamdulillah.

Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran.

-------------------------------------------

Event Planner

Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe

-------------------------------------------
Party Planning

First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme
Sofia the First.

Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadangkan kami menggunakan event space yang disediakan management rumah. Baba booking Desaminium Hall untuk 1 hari sahaja.

Kerusi Meja ada disediakan. Tetapi umi tak berpuas hati kerana nampak buruk! so umi decide sewa kerusi meja dengan Kassih Ummi Canopy Puchong.

--------------------------------------------

Birthday Party Invitation

Umi edit sendiri ^^,
Tetamu jemputan dalam 100++ sahaja.


-------------------------------------------

Backdrop

Yang ini umi tempah dengan Kapten Creative Sdn Bhd.




------------------------------------------

Menu Utama

1. Bihun sup utara (Nani Sofea)
2. Spaghetti bolognese (Mami Sofea)
3. French fries
4. Sosej
5. Chicken Ball
6. Nugget
7. Jagung Sarsi (Nana Sofea)
8. Salad Buah
9. Makanan ringan

Makanan dah nak habis baru teringat nak snap. Sory!


------------------------------------------

Games & Hadiah & Doorgift

Umi plan beberapa games.
1. Rebut kerusi.
2. Tiup belon.
3. Creative side.

Umi sediakan 15 hamper untuk kanak2.
(at the end ada juga orang tua request nak main rebut kerusi juga)

12 set alat tulis theme Sofia The First.
(games untuk kanak-kanak perempuan bawah 7 tahun)

Doorgift untuk tetamu. Umi letak
1. biskut bear (sedap tau!)
2. Jajan TamYam
3. London Swiss Roll (pilih warna purple jugak)
4. Buih Sabun Umbrella
5. Lolipop
6. Gula-gula
7. Jelly

Anatara hamper yang gigih mami ra & mamu fis bungkus untuk games.
Yang macam beg tu. Susah betul nak cari set alat tulis Sofia the First theme ni. Haish.
yang dalam uncang organza tu sebahagian doorgift tetamu yang umi letak atas candy booth.

------------------------------------------

Candy Booth Sofia The First

Yang ini Glass Jar umi rent dengan Color Culture Shah Alam.
(Anyway, thanks mami ra & mamu fis tolong ambil)

Birthday Booth ni panjang nau. Tak muat gambar :P

Alas meja purple + cream umi beli termasuk alas meja tetamu. Semua sekali lebih kurang 60m. lepas ni kalau nak buat event theme ni boleh kawtim sewa dengan umi Sofea na. ^^,


Nampak tak alas meja purple + cream tu.
semua kerusi umi letak belon cream + pink.
atas meja pon ada belon ganti bunga ok. ^^,

Party gadget kebanyakkannya umi beli dekat Party Stop Centre Shah Alam. Semua yang theme Sofia The First umi borong. Semua nak bertema umi kau ni sofea. hahaha

Belon semua sekali umi beli 400pcs. 2 pump. Banyaknya weols tiup jugak. Banyak betul angin dalam badan. keh3 (Belon purple. Pink. Cream. Birthday.)

Umi decorate betul-betul ikut theme Sofia the First. Cantik x? hahaha

--------------------------------------------

Birthday Cake.

Birthday cake ni ada kisah sendu sikit. Umi dah tempah lama dengan satu hamba Allah ni. Umi tempah set tau.
1. Cupcake STF
2. Popcake STF
3. Birthday Cake STF(Sofia the First)

Tapi, ketentuan Allah tak ada rezeki la sebenarnya. hehe Hamba Allah tu cancelkan saat akhir. Jenuh umi mencari siapa yang sanggup buat cake theme ni. Alhamdulillah lazly umi tempah dengan Fawziah_velvethouse Putrajaya.

Walaupun kek bukan jenis fondant tapi still nampak kemas.

Kek Redvelvet. Tq kak Gee sudi ambil lagi tempahan saat akhir. T_T


--------------------------------------------

Emcee

Sepatutnya yang jadi mc Mamu Hafiz Akmal.
Tak tahu apa masalahnya, Mami Nadzira la yang take over.
Mamu Hafis Razak videographer.

Tq mami tanteks. (kelihatan kek licin ya di situ) hahaha

---------------------------------------------

Gambar sekitar majlis.

Umi in progress siapkan birthday booth.
Princess of the day terlena.
Baik sangat anak umi ni.
Sedap pulak bila teringat ^^,


Amboi anak. Buang-buang je duit. keh3
Si cantik manis umi.
Setahun dah!

Umi dikelilingi banyak sofea.
Sofea umi tetap dihati.
Baba bizi dengan kawan k.

Tetamu terawal sekali ^___^
why mami tido?


Antara birthday present yang Sofea dapat. Bagi duit pon hado. ^^,
tq semua. Btw yang paling besar tu hadiah from nana & nani. hehe
nani (nenek) cantik & mami gojes
our chef 
umi perati je, mana baba sofea ni hehehe

nana (datuk) & nani pon matchy-matchy ikut theme tau. purple gittew ^^,

creative time for gegel.
at laz, semua umi bagi hadiah jugak.
keh3
Macam serius je umi? dizkus apa dengan baba tu? ^__^

Si cantik!

pewitt mamu ajiq ^__^

mami akma, nani, sofea & mamu pis.
Love uols

-------------------------------------------------

Terima Kasih Daun Keladi

Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyayangi my Khadijah Sofea.
Tahun depan tolong lagi ya. ^_______^


Sofea sayang semua!
Termasuk mami ya di China tak dapat join.
Mamu Fizi di Madrasah.
Mamu acip xde dlm gamba (photographer)
Love. Love. & Love.

--------------------------------------------------

Mohon Doa.

Doakan kesejahteraan iman kami satu keluarga.
love.
Happy Birthday Sayang.
Moga Allah merahmati seluruh usiamu anak.
Love from umi & baba.
(pssst xlama lagi kena tukar fesyen muslimah dah ya anak)
^__________^


Sekian.
Catatan memori terindah umi.
Terima kasih kepada yang membaca.
Moga Allah kasih. 

Tuesday, April 11, 2017

Khadijah Sofea turns 1

Setelah hujan Allah zahirkan pelangi.
Hamdan lillah. Penuh hikmah aturanNya.

Syukur atas nikmatMu.

Diberi bunga, indah terjaga.
Indah! Masyaallah.
Merasa harumannya. 

Terima kasih Allah
Kuntuman syurga buat diri.
Besarnya kurniamu.
________________________

Penyejuk Mata Penawar Hati
Pejunjung Agama Penyambung Usaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...