Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nikmat kurnian Allah

Frozen Birthday Party: Khadijah Sofea Turns 3

Assalamualaikum.... Apa khabar semua?  Today juz nak share story birthday party anak dara i. Dah besar. Dah sekolah. Dah 3 tahun.  Khadijah Sofea -------------------------------------- Tema . Memang pilihan Sofea.  Cerita frozen pun berpuluh kali tengok dah. Buku frozen macam-macam jenis beli di Big Bad Wolf. So, memang diz year semua boleh nampak. Frozen. 26.3.2019 - actual bithday 24.3 okeh  ---------------------------------------------- Persiapan. Semenjak bersofea ni, memang every year birhday party ni acara wajib umi dah. So, dapat je theme umi terus senaraikan apa yang perlu ditempah dan dibeli. Ruang tamu rumah umi yang dah di hias sesuai dengan Frozen Theme. Belon haruslah! Birthday kan. Cantik tak sentuhan umi? --------------------------------------------- Kek . Kek tempah di ig break & fast. Theme frozen.  Umi order 3 kek bersaiz mini.  Total dalam RM105. 1 - Princess...

♥ PeNgaLaMan hIduP ♥

Assalamualaikum... Harap semua sihat. Aktif mood menanti Ramadhan. ♥♡♥♡♥ --------------------------------- Ditanya tentang hadiah terbesar di saat usia semakin meningkat. Tentu sahaja pengalaman & pengajaran  daripada rasa hidup bertuhan ini. Hamdan lillah. ---------------------------------- Silam perlu dikenang bukan dilupa kerana pengalaman itulah bekal pengajaran akan datang. Andai yg lepas itu penuh dosa, maka sesal serta tangisilah ia sentiasa agar dirimu tak pernah lupa yang Esa. Rasa sesal yang dimiliki merupakan satu rahmat buat dirimu kerana itu tanda kasihNya. Andai yang lepas itu sentiasa baik dan lurus, maka berdoalah agar hatimu tidak diterbalikkan oleh Allah akan datang. ---------------------------------- Syukuri nikmat hidupmu. Dikala kamu mengharapkan kehidupan seperti orang lain, ketahuilah bahawa berapa ramai mereka yang diluar mengharapkan kehidupan sepertimu. ---------------------------------- Hijrah. Now, iqa s...

.:: KeTuLuSan BiBiR ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga Allah berkati seluruh kehidupan kita kita. Insyaallah. --------------------------------- Lama berhibernasi tidak menandakan laman blog pemulisan peribadi ini dilupai. Tetapi kesibukan membataskan keinginan untuk menulis dan berkongsi. Walaupun begitu, dek kerana minat meluahkan rasa dalam bentuk tulisan, iqa masih mengelek sebuah buku dan pen. Terus menulis kerana cinta. Sampaikan herot petot buku nota iqa tu. Hikhikhik --------------------------------- Senyuman . Di antara perkara yang terindah Allah jadikan buat hamba-hambanya yang bersyukur. Meneladani manusia agung Muhammad Rasulullah, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulianya. Sehinggakan pada mereka yang tidak disukai Baginda juga turut mendapat senyuman indah baginda. Oh betapa bertuahnya mereka. ---------------------------------- Senyumlah! Kerana senyuman tidak pernah  mengurangkan rezeki kamu atau dia. Senyuman menambah b...

.:: KeBaiKan iTu DeMi KeBaiKaN ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga dalam pandangan rahmat Allah. Harapan & pergantungan kita-kita, hanya Allah.... --------------------------------------------- قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -------------------------------------------- Sekianya diberi pilihan, adakah kita akan mendoakan yang baik atau buruk kepada golongan pemerintah? -------------------------------------------- Teladan yang Baik. Imam Ahmad bin Hanbal telah dipenjarakan, diseksa dan dipaksa menukar pendirian akidahnya pada zaman Khalifah al-Makmun. Namun, apabila ada yang bertanya... "Wahai imam, apakah doamu kepada pemerintah?" Telah dijawabnya, "Andai pada kami ada doa yang ...

.:: PuAn iQa AhLiA aMaR ::.

Assalamualaikum.... Moga semua baik-baik dalam lindungan Allah. Ehem! Ehem! Hari ini biar gambar pula berbicara. ------------------------------------------------------ Majlis Pertunangan. Cik Iqa & Encik Am 31 Ogos 2013 ------------------------------------------------------ Iqa tunang Sidia. Sejam sebelum iqa bergelar tunangan orang. Bunga telur & hantaran. Cincin tunang buat si lelaki. Doorgifts-coklat buat semua tetamu. Bersama umi & adik-adik. Antara hantaran yang dihadiahkan buat pihak lelaki. Semuanya ditempah. Huu... Tak sempat. Iqa balik rumah sehari sebelum bertunang. Khemah dalam proses pemasangan. Bersama bakal umi mertua. Puan Rogayah. Sewaktu menyarung cincin. Tunang orang! JZKK buat semua yang datang & mendoakan iqa. ------------------------------------------------------ 2 BULAN SELEPAS  ------------------------------------------------------ Majlis Perkahwinan. ...

.:: N3 kE 100 - NaSiHaT HiJaB ::.

Assalamualaikum... Semoga semuanya sihat. Dalam rahmat Allah. Insyaallah. -------------------------------------- N3 ke 100 di RuMaH TuA Sejak dari Tahun  2009 , pada Jun  2013  baru iqa ada  100  n3. Termasuk ini. Sengih je la. Hee~~~ (^__^)y Sepanjang blogwalking, ada blogger yang update 100 n3 untuk setahun. Cayalah.... Tapi iqa? Sengih lagi. (^_____^) Geleng kepala. ----------------------------------------- Hijab. Mari berhijab dengan sempurna. Seluruh kebaikan pasti bersamamu, saat bergembira dengan perintah dari DIA. ----------------------------------------- Video. Nasihat Hijab. Sempena n3 ke 100 RuMaH TuA. يااختنا بالله لا يغويك ذا الشيـــطان ان الحجاب فريضة من ربنا المنان انا سمعنا اختنا قولا عجـــــــــــــاب قالوا كلاما لا يسر عن الحجـــــاب قالوا ظلاما حالكا بين الثيـــــــــاب قالوا خياما علقت فوق الرقاــــــب نادوا بتحرير الفتاة والفوا فيه الكتاب رسموا طري...

.:: AdaB KeTiKa HuJaN ::.

Assalamualaikum... Mudah-mudahan sihat. Selamat dalam rahmat Allah. ------------------------------------- Hujan dari Tuhan. أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ “Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” ( Al Waqi’ah [56]: 68-69) وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا “Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah.” (An Naba’ [78]: 14) -------------------------------------- Adab Ketika Hujan. 1) Ketika turunnya hujan, mari kita menadah tangan berdoa pada Allah kerana waktu itu mustajab doa . 2) Setelah itu kita boleh membaca doa ketika hujan . اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً "Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg membawa manfaat.." (Riwayat Bukhari) Dan apabila hujan turun dengan lebat, takut-takut akan menyebabkan kemudaratan, maka Baginda mengaja...

.:: CaHaYa RaBbaNi ::.

Assalamualaikum... Salam Maulidur Rasul. Moga Allah merahmati.  Semua di antara kita. Insyaallah. ------------------------------- Cahaya menyinari cahaya matahari, Cahaya keyakinan cahaya dihati, Cahaya Rabbani. Cahaya-cahaya dari Ilahi. ------------------------------- Cahaya Rabbani. Yang terpancar daripada hati hamba. Hamba-hambaNya. Kita-kita. Seharusnya dengan kiriman cahaya ini, Kita-kita mampu untuk terdedah, Dengan kemahuan hati yang sebenarnya. Takut. Cinta. Berharap. dengan Zat yang Maha Tinggi, Allah. ----------------------------- Manusia mana tak silap. Manusia andai dapat ditambah definisinya. Yang wajar mungkin 'kesilapan'. Yelah, sentiasa. Manusia mana tak silap. Ye dak? Silap dengan Allah. Kita mohon keampunan. Silap dengan manusia. Mohon kemaafan. ------------------------------ Sama-samala kita. Dia silap dengan awak. Awak maafkan dia. Awak silap dengan dia. Dia maafkan a...

.:: AiNuN ::.

Assalamualaikum,,, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih berpeluang untuk mengamalkan agama. ----------------------------------------------------- Mata . Mata merupakan salah satu kurniaan Allah yang tidak ternilai. Dengan mata kita melihat sekaligus menilai. DijadikanNya mata kita dalam pelbagai bentuk, size dan warna ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk digunakan pada jalan kebaikan iaitu jalan – jalan yang membawa kita kepadaNya.  Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.  (Al - A'raf:  179) Kalau menangis kira macam mana? ------------...

.:: uLaT SuTeRa = MaNuSiA ::.

Apa kaitannya ulat sutera dengan manusia?............ ulat sutera buat baju suteralah,,, Manusia buat apa? Ulat sutera = manusia #!*?!^?!"> Macamni, ulat sutera hidup sebelum makanannya iaitu pohon murbei tumbuh. Jika daun pohon itu menghijau, rohnya mengalir juga di dalam daun itu = roh manusia ada sebelum jasadnya. Kemudian ia berproses dari satu keadaan kepada keadaan yang lain = perkembangan bayi/kanak-kanak(kita la ni). Setelah itu, ia diam tertidur = tidak ubah seperti anak Adam yang lalai dan tidak mengetahui akibat – akibat perbuatannya. Then, barulah ia terkejut dan mencari makanan dengan rakus = tidak ubah seperti manusia yang tamak terhadap dunia. Kemudian, ia membungkus jiwanya = bagaikan manusia yang tertutup oleh dosa – dosanya. Ia menjadi tawanan = bagaikan mayat yang tersimpan dalam kuburnya. Akhirnya, ia mengecut dan keluar dalam bentuk makhluk lain = ahli kubur yang bangkit dari kuburnya. Seorang sahabat utama Rasulullah, Muaz bin Jabal pern...