Skip to main content

Posts

Showing posts with the label iman

Semangat Yang Pudar

Assalamualaikum Apa khabar?  Moga semua sihat dalam rahmat Allah.. Insyaallah. ------------------------------------- Sayangi siapa yang kita ada, Hargai apa yang kita rasa, Luasnya kasih & sayang langsung tidak merugikan kita. malah, menambah kualiti. Kualiti kehidupan, nilai diri. Semakin bermakna, semakin bahagia. ------------------------------------ Suasana Bentuklah iman dalam diri. Kehidupan agama dalam diri. jangan hanya berbekas dihati kerana suasana. lakukan kerana Allah. Kerana Allah. Jika kau lakukan kerana yang lain, sesungguhnya yang lain tidak kekal. Kerana yang kekal itu hanya Allah. ---------------------------------- Bersangka-sangka Melepasi satu tempoh iaitu zaman belajar. Memerhatikan senario yang berlaku. Membuatkan hati tertanya-tanya. Sebagai manusia biasa, aku tidak terlepas bersangka-sangka dalam hati. Tetapi siapa kita ingin menghakimi apalagi menghukum. Ku bukan tuhan. Ta...

.:: HaTi RauDhaH 02 ::.

Assalamualaikum.... Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Insyaallah. --------------------------------- "Hati raudhah menggamit cinta Ilahi" ------------------------------- .ربما أعطاك, فمنعك .وربما منعك, فأعطاك Boleh jadi Allah memberi kepadamu (nikmat),  Tetapi Dia menghalangmu (hidayahNya). Boleh jadi dia menghalangmu (nikmat), Tetapi Dia memberi kepadamu (hidayahNya). ------------------------------- Perasan hebat. Saat orang berbicara tentang agama, dia merasa dia dalam kalangan mereka-mereka, Saat orang berbicara pula tentang kekayaan, dia juga merasa dia dalam kalangan mereka-mereka. Lalu, di mana sebenarnya? Boleh jadi tidak pada salah satu. Tetapi di atas kedua-duanya. Keinginan akan kemasyhuran. ------------------------------- Angkuh. Gembira saat kehebatan dirimu dibicarakan orang? Orang berilmu ni kalau datang jahilnya, Kadang lebih jahil dari yang jahil. ----------------...

.:: MaLu-MaLu ::.

Assalamualaikum semua... Nampaknya, boleh tahan tempoh hibernasi Rumah Tua sekarang ni. Agaknya tunggu masa je nak gulung & bungkus. (T_T) Post pada kali ini dicoretkan dalam waktu yang singkat pasal idea pun tersekat-sekat  (nak cakap awak bizi ke ni cik iqa?) ---------------------------------------- Malu. Dia yang bergelar muslimah perlu dihiasi dengan malu. Kerana malu itu merupakan salah satu ciri iman. Pemalunya seorang wanita itu dapat dilihat dari cara dia berjalan? Ye ke....? Allah berfirman, Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan , ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami".   (Al - Qashash: 25) *wanita diatas adalah anak perempuan nabi Syuib. Eleleh... Kalau yang lani, banyak duk buat - buat malu kot?  (^_~) ---------------------------------------- Berlebihan. Malu ...

.:: AiNuN ::.

Assalamualaikum,,, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih berpeluang untuk mengamalkan agama. ----------------------------------------------------- Mata . Mata merupakan salah satu kurniaan Allah yang tidak ternilai. Dengan mata kita melihat sekaligus menilai. DijadikanNya mata kita dalam pelbagai bentuk, size dan warna ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk digunakan pada jalan kebaikan iaitu jalan – jalan yang membawa kita kepadaNya.  Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.  (Al - A'raf:  179) Kalau menangis kira macam mana? ------------...

.:: DiDiK ::.

Assalamualaikum,, Alhamdulillah, masih diberi kehidupan untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan agamaNya. Semester baru telah bermula. Bertemu kembali sahabat - sahabat seperjuangan setelah lebih kurang sebulan bercuti. Macam - macam cerita ada. Kelihatan ada yang sizenya 'bertambah' & ada 'berkurang'... (^-^)y Yang pasti semua umur da 'bertambah'. Harapannya, moga - moga amalan kita semua juga 'bertambah'.  ----------------------------------------------------- Ke arah kebaikan. Dalam kehidupan, seharusnya kita belajar bagaimana bertolak ansur dalam usaha menjadi lebih baik. Orang yang tahu bertolak ansur menampakkan diri dia menghormati orang lain. Perasaan hasad dengki juga dapat dielakkan kerana Allah telah suburkan rasa kasih dan sayang dalam diri bermula dengan sedikit tolak ansur itu tadi. Ketahuilah bahawa seseorang tidak dapat mencapai hakikat kesempurnaan iman selagi mana dia tidak mencintai sesama saudara seislamnya...

.:: ExpReSs ::.

Assalamualaikum,,, Mudah - mudahan kita semua berada dalam pemeliharaanNya. Alhamdulillah, syukur untuk semua kenikmatan serta ujian yang Allah beri. Alahai... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi cuti. Isk3.  -----------------------------------------------   Express. Bagaimana anda menghabiskan zikir harian anda? Zikir pagi, petang, istighfar, selawat......... Apabila menyebut kalimah Allah, tetapi dihati tidak ada tumpuan tidak menjadi juga. Kerana apa? Kerana kelalaian tetap tidak hilang. Sedangkan salah satu tujuan zikir itu untuk membuang kelalaian yang ada dalam diri.  Suatu petang beberapa tahun lepas (lame kot!) selepas asar saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara (BP) kerana ada keperluan. Teringat mukaddimahnya,,, Kring! Kring! Bp       : Assalamualaikum... Sihat? Saya    : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat... Bp       : Kakak buat apa? Saya    : ...

.:: UsaHa SenDiRi ::.

Alhamdulillah, syukur yang tidak putus - putus kepada Allah kerana masih berupaya diri ini untuk menulis satu lagi tulisan tanpa pena. Seperti pada kebiasaan, sedikit perkongsian dari BaiTiL a'TiQa. Dalam kehidupan kita, terdapat 2 perkara yang kita sendiri perlu usahakan. Tidak dapat tidak, 2 perkara ini ialah iman & solat.kita. kenapa? Perkara iman, kita perlu usahakan sendiri. Ketahuilah, iman kita ini tidak boleh meningkat melainkan dengan perantaraan amal kita sendiri. Iman kita tidak akan meningkat sekiranya orang lain yang berbuat amal. Begitu juga dengan solat. Selagi mana kita hidup di dunia ini, perkara solat ini perlu kita selesaikan sendiri. Tidak kira sama ada kita sakit, sihat, musafir, cacat & ...... 2 perkara ini tidak seperti amalan - amalan yang lain. Sebagai contoh, zakat. Ada masa zakat kita ini dibayar oleh orang lain. Haji. Haji juga boleh diupah. Puasa. Terkadang, kita menggantikannya untuk ibubapa yang telah meninggal dunia. Tetapi, ingatla...