Sunday, December 13, 2015

.:: HiDupKu... ::.

Assalamualaikum,

Moga semuanya dalam keadaan
sihat & dirahmati Allah.

-------------------------------------------

Tiada yang buruk dalam pemberian Allah.

-------------------------------------------

Belajar mensyukuri apa yang telah ditaqdirkan Allah buat kita. 
Semuanya dalam pengetahuanNya. dalam menjalani kehidupan yang sangat getir pada hari ini Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Malah kita sendiri perlukan unsur-unsur yang positif dalam jiwa kita agar kita tidak mudah rebah dengan segala perkara yang boleh merosakkan dan membinasakan kita.

Bergembiralah dengan kisah hidupmu. Jangan kau bandingkan dengan mereka yang lebih kerana hilang syukurmu itu. Bandinglah dengan mereka yang jauh lebih rendah darimu, inysaallah sesak dadamu dengan penuh rasa syukur itu.

Pengorbanan untuk sebuah manfaat kehidupan.

-------------------------------------------

Bertabahlah!

-------------------------------------------

Lama haih tak posing. Asyik selpie. hahaha 
#theatmosphere

Sedar tak sedar kita menjadi org yg berbeza. 
Dalam menjalani sebuah kehidupan. Kita masih rasa kita org yg sama. Tapi tidak penilai penilai diluar. Mungkin kekuatan yg dipinjam dariNya menampakkan kita berbeza. Mungkin. Atau mungkin juga memang kita telah menjadi org yg lain.

Moga Allah ampunkan dosa kita. Selamatkan dari bencana jerebu. T_T
Me :- The atmosphere.


Ditulis di,

Friday, May 29, 2015

♥ PeNgaLaMan hIduP ♥


Assalamualaikum...

Harap semua sihat.
Aktif mood menanti Ramadhan.
♥♡♥♡♥

---------------------------------

Ditanya tentang hadiah terbesar
di saat usia semakin meningkat.
Tentu sahaja pengalaman & pengajaran
 daripada rasa hidup bertuhan ini.

Hamdan lillah.

----------------------------------

Silam perlu dikenang bukan dilupa kerana pengalaman itulah bekal pengajaran akan datang.
Andai yg lepas itu penuh dosa, maka sesal serta tangisilah ia sentiasa agar dirimu tak pernah lupa yang Esa.

Rasa sesal yang dimiliki merupakan satu rahmat buat dirimu kerana itu tanda kasihNya.
Andai yang lepas itu sentiasa baik dan lurus, maka berdoalah agar hatimu tidak diterbalikkan oleh Allah akan datang.

----------------------------------

Syukuri nikmat hidupmu.
Dikala kamu mengharapkan kehidupan seperti orang lain, ketahuilah bahawa berapa ramai mereka yang diluar mengharapkan kehidupan sepertimu.

----------------------------------

Hijrah.

Now, iqa sudah berhijrah ke Melaka.
Belajar membina keluarga kecil iqa ini.
Masih terasa sedihnya perpisahan dengan keluarga.

Kasih & sayang suami tak pernah kurang,
cuma mengenang masa-masa indah dididik penuh kasih oleh umi abah.

Iqa didik hati yang umi ayah suami adalah
umi ayah iqa bukan mertua.
Malah iqa berterima kasih kerana umi ayah lah asbab kelahiran suami iqa.

-----------------------------------

Pertama kali.

Di sini, iqa belajar berdikari.
Segala-galanya sendiri bersama suami.
Tersenyum mengenang pengalaman pertama kali pindah rumah sendiri.

Lucu!
Mengenangkan iqa & suami masing-masing termenung didepan berpuluh-puluh jenama beras sambil pegang troli. Terkedu! Sama-sama cuba mengingat jenama beras rumah dahulu.

Sungguh!
Yang pertama kali itu sentiasa menjadi kenangan.

Setahun lebih iqa PJJ dengan suami, maka jarang sangat bertemu. Mungkin sebulan atau 2 bulan sekali sahaja. Selalu peluang yang ada bertemu pun dirumah umi abah iqa kerana lebih dekat dengan tempat belajar iqa. Kalau ada cuti yang sedikit panjang pula, iqa dan suami memilih untuk khuruj masturat.

Iqa langsung tak mengenali suami iqa sebelum bernikah. Hanya bertemu mata ketika sesi taaruf sahaja.

Alhamdulillah manis cinta dirasai setelah bernikah. Lebih berkahnya jauh dari dosa dan noda. Segalanya bernilai pahala.
Insyaallah.

-----------------------------------

Panjang pula celoteh kali ini.
Datang Melaka cakap dengan iqa.
Jemputla ke rumah.
Iqa masakkan special.

Bersama adik-adik 2nd batch iqa.
Waktu umi abah ziarah iqa kat Melaka,
Bawak ronda-ronda.

(^__^)  :--> "Sekadar berkongsi. Tak suka baca, pejam mata. Hikhik"


Ditulis di,

Thursday, May 21, 2015

.:: TeguRanMu biaR beRniLai SoleHah ::.


Assalamualaikum...

Moga semuanya sihat.
Sentiasa dalam pandangan rahmat Allah.
Hamdan lillah.

-----------------------------------

Kata Imam Syafie,
"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu."

-----------------------------------

Hari ini adab-adab dalam menegur atau menasihati jauh ditinggalkan hatta oleh orang yang belajar agama sendiri. Mereka seakan-akan ghairah untuk menegur sehingga tertinggal 'hikmah' itu sendiri.

Media sosial yang ada bukanlah tiket untuk kita mensosialkan agama yang penuh kelembutan ini. Hari ini, ramai lebih menyukai penyampaian berbentuk sindiran. Istilah sosialnya "dakwah sentap".

-----------------------------------

Secara peribadi, saya menasihatkan mereka-mereka yang suka menegur orang secara terbuka ini semak kembali amalan & niat anda.

1. Apakah dirimu benar-benar berniat ingin menasihati kerana agama?

2. Atau lebih suka menegur kerana nafsu serta emosi kamu sendiri?

-----------------------------------

Semak kembali.
Kerana pada hakikatnya dirimu masih mempunyai ruang yang sangat luas untuk menegur insan yg perlukan teguran ini dengan cara paling berhemah.


Masih boleh dilakukan secara personal bukan dengan meninggalkan komen pada kotak komen umum seseorang.

-----------------------------------

Nasihatilah orang lain sebagaimana kamu ingin dinasihati.

-----------------------------------

Semak kembali.
Dirimu bertindak sebagai penghukum atau penasihat? Siapa yang paling layak menghukum? Kamu atau Allah?
Kamu atau Allah?

Jangan bersangka-sangka terhadap niat seseorang. Ingatlah! Tidak cukup hanya dengan pakaian muslimahmu, teguranmu juga biar bernilai solehah.

----------------------------------

Padamkan sahaja akaun media sosial dirimu andai tidak betah diruangan penuh 'sosial' bagimu. Bukan berlegar-legar 24 jam dari satu akaun ke satu akaun yang lain dengan tujuan mencari kesilapan dan kekhilafan yang lain.

Tidak suka memuat naik gambarmu buat tatapan yang lain itu urusanmu. Usah diheboh-heboh kerana berbunga riyak di situ. Juga tahan dirimu dari menggunakan gambar orang lain kerana langsung tidak selari dengan pendirianmu.

--------------------------------

Kadang-kadang teguranmu yg disangka umum itu sebenarnya sifatnya sangat khusus. Boleh jadi semua yang membaca & melihat boleh bersangka-sangka terhadap seseorang.

Apabila kamu cuba mengaibkan seseorang seolah-olah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam keaiban.

-------------------------------

Fikirkan. Renungkan.
Status yang dimuat naik tidak pernah mencerminkan tahap keilmuan seseorang. Yang namanya ilmu itu diukur dengan amalannya. Bukan pengetahuannya, jauh sekali status.

Tetapi status yang dimuat naik boleh mencerminkan kejahilan yang ada.


"Turunlah ke medan dakwah yang sebenar-benar mengikut sunnah Rasulullah. Kejayaan milikmu. Insyaallah"

ALLAH SEBAGAI PENILAI.


Friday, April 24, 2015

.:: Matang ::.



Aku Menjadi Matang.

Saat menerima manusia itu masing-masing berbeza.
Ada yang begitu, ada yang begini.
Ada yang ceria, ada yang dingin.
Ada yang suka, ada yang benci.


Saat mengerti diam itu lebih baik.
Tidak berdebat dengan yang bodoh.
Tidak menyimpan di dalam hati.


Saat menegur bukan dengan emosi.
Perbuatannya di benci.
Tuannya disayangi.


Aku Menjadi Matang.





Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...