Friday, May 20, 2011

.:: Adab Memasak ::.

Alhamdulillah, Allah datangkan ilham nak kongsi sedikit mengenai adab memasak. Yelah, kita (lelaki  & perempuan) mesti biasa masuk dapur. (^-^) Jadi, biarlah kita jadikan setiap amalan kita itu ibadah kepada Allah.  Insyaallah.

Tambahan, dalam usaha menjaga perut, makanya kita perlu makan makanan rumah. Betul tak? Oleh itu, mari kita memasak dengan cara yang digariskan.

Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca 

ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا
( Al-Kahfi : 10 )
Tanak Nasi




Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca

ما عندكم ينفد وما عند الله باق
( An-Nahl : 96 )

Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyaallah boleh amal,

الحمدلله الذي اطعمنا خير منه


Then, on la plug.


Masak Lauk

Makanya, bermulalah sesi potong memotong kita... Mulakan dengan basmallah. Apabila tangan nak memotong (sayur ke, ikan ke) maka bacalah...


فذبحوها وما كادوا يفعلون
( Al-Baqarah: 71 )

Apabila dah potong2, cuci bersih2, lauk tadi pun mesti kita letak dalam periuk. So, masuk sahaja langkah tangan kita nak letak periuk tu atas dapur, boleh la baca,

فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم

And bila kita da letak, masti tangan nak kacau. So, sunnahnya kita kacau dari kanan ke kiri sambil zikir,

ليس لها من دون الله كاشفة

Insyaallah, Allah bagi sedap.


p/s:- "Doa buka periuk & zikir bagi sedap makanan saya lupa. (T_T) Insyaallah, ada sesiapa boleh kongsi..."


Ditulis di,

Monday, May 9, 2011

.:: BaGaiMaNa SolaT aNdA? ::.

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Sebelum itu, Selamat Hari Lahir saya ucapkan buat my rumet, Atiqah Nathalie Wilson Abdullah. Mudah - mudahan dalam rahmat Allah.

Solat lagi? Haisyy tak habis - habis. Allahu Akhbar, menjadi tanggung jawab untuk kita saling beringat. Kan?

Sahabat - sahabat, solat yang diterima itu adalah solat yang dilakukan penuh perhatian, ketakutan dan penghayatan akan kewujudan Tuhan Yang Maha Agung. Maka, hendaklah kita ketika mendengar azan, kita merasakan adanya satu panggilan yang menakutkan berkenaan hari Qiamat. Satukan aspek zahir dan batin bagi menyambut panggilan ini dengan segera. Insyaallah. Ketahuilah, orang yang bersegera itu adalah yang akan dipanggil dengan lembut pada hari Akhbar nanti.


Berbeza.

Pasti dan pasti ada perbezaan dianta yang berkata,
"Biarlah kami rehat dari solat"
dengan yang berkata,
"Biarlah kami rehat dengan melaksanakan solat"



Dari Hatim al - Asham ketika ditanya, Bagaimana solat anda? Jawabnya, "Aku berwudhuk hingga sempurna, lalu aku datangi tempat solat dengan tenang. Aku bertakbir secara bersungguh - sungguh, membaca dengan tartil, ruku' dengan khusyu', sujud dengan penuh ketundukan. Aku bayangkan syurga di kananku, neraka di kiriku, sirat di bawah kakiku, kaabah di depanku, Malaikat Maut di atasku, dan mata Allah menatapku. Aku juga mengangap solatku itu adalah yang terakhir. Aku mnyertakan ikhlas semampuku. Lalu aku mengucap salam tanpa ku ketahui apakah Allah menerima atau menolak solatku."



Hatim juga ada berkata," Pernah satu ketika aku tertinggal solat jemaah. Hanya Abi Ishaq al - Bukhari yang bertakziah padaku. Sekiranya anakku yang mati, lebih dari sepuluh ribu orang yang akan bertakziah kepadaku kerana musibah agama lebih ringan ke atas mereka daripada musibah dunia."

Bagaimana dengan Kita??


p/s:- "Biasa lihat manusia hidup tanpa kepala?"

Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...