Sunday, April 29, 2012

.:: PuIsI BuaT AiMaN ::.

Assalamualaikum,,, 

Kali ini, puisi balasan buat Ummu Aiman, teman sebilikku. 
Erm,, tak tau la jadi ke tak Mek Mu ea...

Lihat sini, tulisannya untukku...

-------------------------------------

Syukurku panjat padaMu,
Kerana dia sebagai temanku,
Teman pengingat kematian...

Kerana sebenarnya,
Yang namanya hari lahir itu,
Aku lebih dekat untuk bertemuNya...

Benar...
Andai 4 tahun dahulu kau seorang kawan,
Kau hanya seorang teman,
Tetapi kini padaku,
Kau bukan lagi kawan,
Mahupun teman,
Kau lebih dari itu....
Kau adalah Sahabat...

Tidak!
Bukan aku memimpinmu,
Bukan jua dalam pimpinanmu,
Tetapi...
Sama-sama berpimpin,
seiring,
dalam menuju Dia....

Sahabat...
Bukan untuk semalam,
Bukan untuk hari esok,
tetapi dirimu untuk selamanya,
Selama di sini,
Juga di sana yang abadi...

Kerana harapan kamu itu,
Aku menjadi terharu,
Insyaallah bersamamu,
 Akanku usaha biar menjadi guru itu....

Sebelum pena mayaku berhenti,
Sebelum aku mengakhiri,
Terima kasihku beri,
Buatmu Ummu Aiman yang dikasihi,
Yang sentiasa dihati....

-------------------------------------
Sory! Copy yg Mek Mu! Hik3




(^-^)y:- "Segala milikku, Milik DIA yang satu"

p/s:- "Jumpa di Pesta Buku Ahad ni... *ting3"


Ditulis di,

Friday, April 20, 2012

.:: HaMpiR ::.

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah, syukur kerana punya kesempatan untuk menulis sesuatu di sini. Mukadimah yg lebih berhati-hati. 

-----------------------------------

Hampir.
Insyaallah, sedikit perkongsian pada petang ini tentang adab. Sekadar memetik salah satu sunnah Rasulullah ketika makan. ^^, Apabila kita makan, hendaklah mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu.

Sabda baginda,

يا غلام سم الله, وكل بيمينك, وكل مما يليك

“Wahai budak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu"
(muslim)

Andai waktu sedang mula makan, tangan anda yang cumil itu tiba-tiba terangkat & terniat untuk menjangkau jauh ke seberang, cuba bayangkan rasulullah menegur anda dengan kata-kata itu. Insyaallah, secara automatiknya tangan itu terpelihara & berpahala. Kan?~~


-----------------------------------

Budak Baik.
Teringat satu peristiwa ketika keluar jemaah masturat. Salah seorang anak tuan rumah yang berusia lebih kurang 5 tahun bercakap dengan kita-kita yang sedang bersidang makan tengah hari waktu itu. 

Katanya, 
" Ya Allah! Ya Allah! Kau hantarlah buah kat hujung sana tu ke sini (tak silap, buah anggur kot)" 

Waa... Sweet!! Ini baru pendakwah sebenar. Tak sampai beberapa saat pun Allah gerakkan hati makcik sebelah buah tu untuk pas kat dia. (^_^)


-----------------------------------

Tingkap.
Macam manala makan waktu pakai tingkap muka?~~~

Macam awak-awak makan la... & Alhamdulillah, setakat ni masuk lagi ke mulut. Belum pernah terlajak or tersesat masuk ke lubang hidung. Hik3 (^___^) 


Yang ni, semua hampir~~~


"خير ما تطلبه منه ما هو طاالبه منك"

~~Perkara terbaik yg kamu tuntut daripada Allah ialah apa yang Dia tuntut daripadamu~~


(^_^)y :- "Kita kalau beli lembu, dapat dengan tahi-tahi lembu sekali, tapi kalau beli tahi lembu, yang itu jela dapatnya." Ok? Faham ka?


Ditulis di,

Wednesday, April 11, 2012

.:: HaiLaa... ::.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Mudah-mudahan sentiasa dibawah lindunganNya. 

Alhamdulillah, sedaya upaya saya mencuri sedikit waktu untuk menulis di sini. Wah! Perkataan 'curi' tu macam sangat-sangat sibuk je.


Waktu.
Menyebut perkataan waktu ni teringat pula cuti baru ni dalam bayan abah. Katanya masa ini makhluk. Allah boleh panjang dan pendekkannya. Disebut 24 jam, tetapi keberkatannya bergantung kepada amalan kita. 


Yelah, bukan semua yang si A lakukan mampu dilakukan si B walaupun punya jumlah waktu yang sama. Kan~~~


Contoh.
Melihat contoh yang baik, sahabat-sahabat baginda. Bagaimana mereka boleh khatamkan seluruh al-Quran dalam satu solat sahaja. Bagaimana Uthman dapat menghabizkan al-Quran dalam satu rakaat witir.


Disinilah keberkatannya. Nampak? Allah panjangkan waktu itu. Bagaimana pula dengan saya? Sedikit sahaja tuntutan yang menanti, tetapi berani menggunakan perkataan 'curi'. Haila iqa...


"الرجاء ما قارنه عمل. وإلا, فهو أمنية"


(^-^):- "Asal-asal nak tulis yang lain, sebab mukadimah tersalah tulis, jadi lain da...." Hik3


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...