Friday, February 18, 2011

.:: SiFaT & AgaMa ::.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Insyaallah hari ini saya akan berkongsi sedikit pandangan berkenaan dengan satu perkara yang menjadi masalah kepada ramai di antara kita.

Sifat manusia adalah satu perkara yang paling sukar untuk diubah. Lihat kepada diri kita sendiri, agak – agak anda, mudah atau tidak bagi diri kita ini untuk diubah orang lain?(jawab dalam hati)

Kita ini menjadi bertambah teruk lagi apabila kita sentiasa mahu orang lain yang berubah mengikut apa yang kita mahu. Masyaallah...
Ingatlah,

Diri kita ini susah untuk mengubah orang lain untuk menerima sifat kita ini tetapi lebih mudah untuk kita didik hati & diri kita untuk menerima sifat orang lain. Setuju?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SIFAT & AGAMA

Di sini saya ingin mengajak anda untuk buka mata & minda agar menyingkap kisah – kisah sahabat unggul Rasulullah s.a.w.

Lihat kepada 2 sahabat unggul Rasulullah yang mempunyai 2 karakter yang berbeza.


Umar – Islam = pemarah, garang, bengis, kasar, suka bertarung.

Usman – Islam = lemah lembut percakapan, indah dalam perbuatan, penyayang.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Umar + Islam = pemarah, garang, bengis, kasar, suka bertarung.

Tetapi apabila Umar memilih untuk bawa agama + sunnah dalam kehidupan, maka sifat – sifat dia tadi kita nampak sempurna.

Kerana apa? Kerana.....

Pemarah          + agama  = benci maksiat

Kasar              + agama  = penegak agama Allah

Suka bertarung + agama  = jihad fisabilillah



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Usman + Islam = lemah lembut percakapan , indah dalam perbuatan, penyayang.

Tetapi apabila Usman juga memilih untuk bawa agama + sunnah dalam kehidupan, maka sifat – sifat ini yang pada zahirnya tidak menampakkan kelakiannya, kita juga akan nampak sempurna.

Kerana apa? Kerana.....

Lemah lembut    + agama = menarik orang kepada Islam

Indah perbuatan + agama = digelar zunnurrain( dapat memiliki 2 puteri Rasulullah)

Penyayang         + agama = mudah menawan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Kesimpulannya,

Kita pada hari ini juga perlu bawa agama & sunnah dalam kehidupan kerana ....

sunnah + agama = kesempurnaan.


Selain itu, kita juga dapat lihat, atas amalan - amalan mereka inilah yang telah membawa mereka kepada kejayaan sehingga Allah telah redha mereka iaitu dengan rodiallahuanhu di dunia lagi apatah lagi diakhirat kelak. Maka, orang - orang seperti inilah yang perlu & patut kita contohi.

p/s:- “Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam sunnah baginda Rasulullah”



Ditulis di,

Thursday, February 10, 2011

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.



Bismillahirohmanirrahim...

Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat...

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w"

Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya.


Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum.

  • Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)

  • Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah)

  • Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, manakala sayap kanan pula penawar)

  • Minum duduk & baca basmallah & doa..

Minum susu - اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه



Minum manis - وسقاهم ربهم شرابا طهورا



  • Jangan bernafas dalam bekas minuman, & mulakan minum kita itu dengan 3 teguk dahulu... Kemudian baru habiskan.

  • Jika ingin pastikan minuman itu "bersih"(tidak ada apa-apa sihir) setelah baca basmallah & doa, sewaktu teguk pertama kita itu, kita rasa lelangit kita dengan menggunakan hujung lidah. Sekiranya "ada apa - apa" lelangit kita tidak akan berasa geli.


Insyaallah, setakat itu perkongsian mengenai minum secara sunnah. Sama - sama beramal. Boleh tambah sekiranya ada sebarang perkongsian lain.


P/S:- "Minum menjadi ibadah, Mari kita memperbaharui iman kita"


Ditulis di,

Wednesday, February 2, 2011

.:: HaTi TiDaK BaHaGiA ::.



Assalamu'alaikum...
Syukran kasiran buat semua pembaca yang mengirim doa & kata2 semangat berkenaan dengan n3 yang lepas. Sedikit perkongsian mengenai masalah hati - hati kita pada hari ini. Insyaallah....

Antara sifat mazmummah utama yang melenyapkan kebahagiaan di hati ialah :

1. Pemarah
  • Sifat ini paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Setuju? Banyakkan dakwah kerana dakwah memupuk rendah hati & sabar.
2 . Pendendam
  • Bahaya! Ianya tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah sakit jantung. Opss bukan bermaksud orang sakit jantung itu pendendam ye...
3. Hasad dengki
  • Susahnya. Amalan orang sebegini hangus rentung sebab hasad dengkinya itu. Oleh itu, semak amalan kita.
4. Bakhil
  • Astaghfirullah... Orang macam ni pula sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain & kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia. Manusia berhajat kepada Allah tetapi Allah tidak berhajat kepada manusia(kita la).
5. Tamak
  • Semua nak. Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Ubat penyakit ini sedekah.
6. Tidak sabar
  • Rimas. Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Ingatlah sabar itu syurga.
7. Ego
  • Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Banyakkan ikram muhsin & muslimin.
8. Riak
  • Aduhai. Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Sama2 sentiasa ikhlaskan niat.
9. Cinta dunia
  • Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Kejar akhirat Allah beri dunia & kemuliaan. Lailahaillah muhamdurrasulullah. Bawa sunnah dalam kehidupan.
Syukran Muhammad.

P/S:- "Yakin bahawa Allah adalah segalanya, amal seluruh sunnah dengan menyempurnakan solat selain mengamalkan ilmu agar tidak lupa kepada Allah dengan memuliakan sesama islam agar dapat hakikat ikhlas untuk sampaikan agama Allah"


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...