Friday, February 18, 2011

.:: SiFaT & AgaMa ::.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Insyaallah hari ini saya akan berkongsi sedikit pandangan berkenaan dengan satu perkara yang menjadi masalah kepada ramai di antara kita.

Sifat manusia adalah satu perkara yang paling sukar untuk diubah. Lihat kepada diri kita sendiri, agak – agak anda, mudah atau tidak bagi diri kita ini untuk diubah orang lain?(jawab dalam hati)

Kita ini menjadi bertambah teruk lagi apabila kita sentiasa mahu orang lain yang berubah mengikut apa yang kita mahu. Masyaallah...
Ingatlah,

Diri kita ini susah untuk mengubah orang lain untuk menerima sifat kita ini tetapi lebih mudah untuk kita didik hati & diri kita untuk menerima sifat orang lain. Setuju?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SIFAT & AGAMA

Di sini saya ingin mengajak anda untuk buka mata & minda agar menyingkap kisah – kisah sahabat unggul Rasulullah s.a.w.

Lihat kepada 2 sahabat unggul Rasulullah yang mempunyai 2 karakter yang berbeza.


Umar – Islam = pemarah, garang, bengis, kasar, suka bertarung.

Usman – Islam = lemah lembut percakapan, indah dalam perbuatan, penyayang.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Umar + Islam = pemarah, garang, bengis, kasar, suka bertarung.

Tetapi apabila Umar memilih untuk bawa agama + sunnah dalam kehidupan, maka sifat – sifat dia tadi kita nampak sempurna.

Kerana apa? Kerana.....

Pemarah          + agama  = benci maksiat

Kasar              + agama  = penegak agama Allah

Suka bertarung + agama  = jihad fisabilillah



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Usman + Islam = lemah lembut percakapan , indah dalam perbuatan, penyayang.

Tetapi apabila Usman juga memilih untuk bawa agama + sunnah dalam kehidupan, maka sifat – sifat ini yang pada zahirnya tidak menampakkan kelakiannya, kita juga akan nampak sempurna.

Kerana apa? Kerana.....

Lemah lembut    + agama = menarik orang kepada Islam

Indah perbuatan + agama = digelar zunnurrain( dapat memiliki 2 puteri Rasulullah)

Penyayang         + agama = mudah menawan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Kesimpulannya,

Kita pada hari ini juga perlu bawa agama & sunnah dalam kehidupan kerana ....

sunnah + agama = kesempurnaan.


Selain itu, kita juga dapat lihat, atas amalan - amalan mereka inilah yang telah membawa mereka kepada kejayaan sehingga Allah telah redha mereka iaitu dengan rodiallahuanhu di dunia lagi apatah lagi diakhirat kelak. Maka, orang - orang seperti inilah yang perlu & patut kita contohi.

p/s:- “Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam sunnah baginda Rasulullah”



Ditulis di,

14 comments:

mhafiz_ydin said...

Sahabat rhum adalah murid yang terbaik, dan Nabi saw adalah guru yang terbaik. Maka daripada mereka terbina kualiti agama yang terbaik.

Nak jadi yang terbaik, ikut la Nabi saw dan Sahabat rhum.

Selawat dan dalam ke atas Nabi saw, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat rhum.

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

assalamualaikum wr. wbt...satu perkongsian yang menarik di pagi jumaat ini. Jika pemarah + tiada agama yang utuh dlm diri, itulah sebabnya pinncang kehidupan seseorang itu...peringatan buat diri sendiri

~kueh~ said...

semoga kita dapat mencontohi qudwah hasanah Rasulullah dan sifat para sahabat serta amalkan dalam hidup kita.
Insya-Allah.

entri yang bermanfaat:)

BaiTiL a'tiQa said...

mhafiz_ydin:-
Insyaallah..
Sama2 kita mencontohi mereka - mereka yang Allah telah redha didunia ini lagi..

Muhammad sukri supi:-
waalaikumussalam..
Sebagai hamba yang penuh dosa, sama2 kita perbaiki diri...
Insyaallah...

Kueh:-
insyaallah...
Saling ingat mengingati...
"Niat kerana Allah"

Anonymous said...

Usaha bimbing saudara kita.Kesabaran nt sdg diuji,Allah ada.

RuMaH TuA said...

Semata - mata kerana Allah....

Pemerhati Dunia said...

kata Imam Al-Ghazali -
Kesempurnaan iman itu terletak pada 3 kekuatan : kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu.

RuMaH TuA said...

pemerhati Dunia:-
Terima kasih untuk perkongsian...
SEmoga kekal dalam hidayah Allah...

Hanif said...

As salam. bagus betul cara pnympainya. syukran, dapat ilmu dari sini. Alhamdulillah

Syukran.

BaiTiL a'tiQa said...

Hanif:-
Wa'alaikumussalam...
Syukran...
Mudaha2an sama2 kita beroleh manfaat...

Angah said...

Iqa...n3 yg brmanfaat tuk sye...
Agknyer bile nk dpt terapkn sift2 shabt dlm diri kite ni ea?
Hrp2...stu ari nnt sye akn ade sift cmni, sift mahmudah!!
Insya-Allah...hehehe

BaiTiL a'tiQa said...

Angah:-
Insyaallah...
Usaha atas iman

"niat kerana Allah"

Anonymous said...

alhamdulillah....:)

WhatKemaDid said...

nice one :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...