Thursday, May 21, 2015

.:: TeguRanMu biaR beRniLai SoleHah ::.


Assalamualaikum...

Moga semuanya sihat.
Sentiasa dalam pandangan rahmat Allah.
Hamdan lillah.

-----------------------------------

Kata Imam Syafie,
"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu."

-----------------------------------

Hari ini adab-adab dalam menegur atau menasihati jauh ditinggalkan hatta oleh orang yang belajar agama sendiri. Mereka seakan-akan ghairah untuk menegur sehingga tertinggal 'hikmah' itu sendiri.

Media sosial yang ada bukanlah tiket untuk kita mensosialkan agama yang penuh kelembutan ini. Hari ini, ramai lebih menyukai penyampaian berbentuk sindiran. Istilah sosialnya "dakwah sentap".

-----------------------------------

Secara peribadi, saya menasihatkan mereka-mereka yang suka menegur orang secara terbuka ini semak kembali amalan & niat anda.

1. Apakah dirimu benar-benar berniat ingin menasihati kerana agama?

2. Atau lebih suka menegur kerana nafsu serta emosi kamu sendiri?

-----------------------------------

Semak kembali.
Kerana pada hakikatnya dirimu masih mempunyai ruang yang sangat luas untuk menegur insan yg perlukan teguran ini dengan cara paling berhemah.


Masih boleh dilakukan secara personal bukan dengan meninggalkan komen pada kotak komen umum seseorang.

-----------------------------------

Nasihatilah orang lain sebagaimana kamu ingin dinasihati.

-----------------------------------

Semak kembali.
Dirimu bertindak sebagai penghukum atau penasihat? Siapa yang paling layak menghukum? Kamu atau Allah?
Kamu atau Allah?

Jangan bersangka-sangka terhadap niat seseorang. Ingatlah! Tidak cukup hanya dengan pakaian muslimahmu, teguranmu juga biar bernilai solehah.

----------------------------------

Padamkan sahaja akaun media sosial dirimu andai tidak betah diruangan penuh 'sosial' bagimu. Bukan berlegar-legar 24 jam dari satu akaun ke satu akaun yang lain dengan tujuan mencari kesilapan dan kekhilafan yang lain.

Tidak suka memuat naik gambarmu buat tatapan yang lain itu urusanmu. Usah diheboh-heboh kerana berbunga riyak di situ. Juga tahan dirimu dari menggunakan gambar orang lain kerana langsung tidak selari dengan pendirianmu.

--------------------------------

Kadang-kadang teguranmu yg disangka umum itu sebenarnya sifatnya sangat khusus. Boleh jadi semua yang membaca & melihat boleh bersangka-sangka terhadap seseorang.

Apabila kamu cuba mengaibkan seseorang seolah-olah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam keaiban.

-------------------------------

Fikirkan. Renungkan.
Status yang dimuat naik tidak pernah mencerminkan tahap keilmuan seseorang. Yang namanya ilmu itu diukur dengan amalannya. Bukan pengetahuannya, jauh sekali status.

Tetapi status yang dimuat naik boleh mencerminkan kejahilan yang ada.


"Turunlah ke medan dakwah yang sebenar-benar mengikut sunnah Rasulullah. Kejayaan milikmu. Insyaallah"

ALLAH SEBAGAI PENILAI.


6 comments:

Abd Razak said...

Wa'alaikumusalam..:)

Lebih baik mengintai kekurangan sendiri daripada sibuk mengintai kekurangan orang lain..

Jika mahu menegur, berbuatlah sebaiknya jangan sampai terguris hati orang..

Moga Allah kasih dirimu..

PeRdU cINta said...

Menyingkap kurangnya orang..tersingkap lemah diri sendiri..acapkali segelintir berbangga..sedangkan apa yang dibangga ada yang punya..

Egg Head said...

Moga Allah kasih...

Teguran dengan hikmah dan kasih sayang...

Moga Allah baiki diri, keluarga dan seluruh umat...

#DSAS

RuMaH TuA said...

En. Razak :-

Ya.
Andai diri masih nampak buruk yg lain,
Nyata yang buruk itu kita.

Mohon doa buat iqa yang masih ternampak-nampak aib orang.

Moga Allah kasih dirimu.

RuMaH TuA said...

Perdu cinta:-

Pemilik segala yang fana ini Allah.
HakNya. MilikNya.

Allah sebagai penilai.
Mari belajar untuk tidak bersangka-sangka terhadap niat orang lain.

Mohon doa buat iqa yang lemah.

♥ kasih & sayang buat kak zura kerana Allah.

RuMaH TuA said...

Egg Head:-

Yelah.
Menegur jangan sampai menghina.
Akhlak yang utama.

Mencontohi manusia agung Baginda Muhammad s.a.w.

Insyaallah.
Mohon doa buat iqa.

Moga Allah kasih dirimu.

#duniasementaraakhiratselamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...