Skip to main content

Posts

♥ PeNgaLaMan hIduP ♥

Assalamualaikum... Harap semua sihat. Aktif mood menanti Ramadhan. ♥♡♥♡♥ --------------------------------- Ditanya tentang hadiah terbesar di saat usia semakin meningkat. Tentu sahaja pengalaman & pengajaran  daripada rasa hidup bertuhan ini. Hamdan lillah. ---------------------------------- Silam perlu dikenang bukan dilupa kerana pengalaman itulah bekal pengajaran akan datang. Andai yg lepas itu penuh dosa, maka sesal serta tangisilah ia sentiasa agar dirimu tak pernah lupa yang Esa. Rasa sesal yang dimiliki merupakan satu rahmat buat dirimu kerana itu tanda kasihNya. Andai yang lepas itu sentiasa baik dan lurus, maka berdoalah agar hatimu tidak diterbalikkan oleh Allah akan datang. ---------------------------------- Syukuri nikmat hidupmu. Dikala kamu mengharapkan kehidupan seperti orang lain, ketahuilah bahawa berapa ramai mereka yang diluar mengharapkan kehidupan sepertimu. ---------------------------------- Hijrah. Now, iqa s...

.:: TeguRanMu biaR beRniLai SoleHah ::.

Assalamualaikum... Moga semuanya sihat. Sentiasa dalam pandangan rahmat Allah. Hamdan lillah. ----------------------------------- Kata Imam Syafie, "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu." ----------------------------------- Hari ini adab-adab dalam menegur atau menasihati jauh ditinggalkan hatta oleh orang yang belajar agama sendiri. Mereka seakan-akan ghairah untuk menegur sehingga tertinggal 'hikmah' itu sendiri. Media sosial yang ada bukanlah tiket untuk kita mensosialkan agama yang penuh kelembutan ini. Hari ini, ramai lebih menyukai penyampaian berbentuk sindiran. Istilah sosialnya "dakwah sentap". ----------------------------------- Secara peribadi, saya menasihatkan mereka-mereka yang suka menegur orang secara terbuka ini semak kembali amalan & niat anda. 1. Apakah dirimu benar-benar berniat ingin menasihati kerana aga...

.:: Matang ::.

Aku Menjadi Matang. Saat menerima manusia itu masing-masing berbeza. Ada yang begitu, ada yang begini. Ada yang ceria, ada yang dingin. Ada yang suka, ada yang benci. Saat mengerti diam itu lebih baik. Tidak berdebat dengan yang bodoh. Tidak menyimpan di dalam hati. Saat menegur bukan dengan emosi. Perbuatannya di benci. Tuannya disayangi. Aku Menjadi Matang. Ditulis di,

.:: KeTuLuSan BiBiR ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga Allah berkati seluruh kehidupan kita kita. Insyaallah. --------------------------------- Lama berhibernasi tidak menandakan laman blog pemulisan peribadi ini dilupai. Tetapi kesibukan membataskan keinginan untuk menulis dan berkongsi. Walaupun begitu, dek kerana minat meluahkan rasa dalam bentuk tulisan, iqa masih mengelek sebuah buku dan pen. Terus menulis kerana cinta. Sampaikan herot petot buku nota iqa tu. Hikhikhik --------------------------------- Senyuman . Di antara perkara yang terindah Allah jadikan buat hamba-hambanya yang bersyukur. Meneladani manusia agung Muhammad Rasulullah, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulianya. Sehinggakan pada mereka yang tidak disukai Baginda juga turut mendapat senyuman indah baginda. Oh betapa bertuahnya mereka. ---------------------------------- Senyumlah! Kerana senyuman tidak pernah  mengurangkan rezeki kamu atau dia. Senyuman menambah b...

.:: KeBaiKan iTu DeMi KeBaiKaN ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga dalam pandangan rahmat Allah. Harapan & pergantungan kita-kita, hanya Allah.... --------------------------------------------- قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -------------------------------------------- Sekianya diberi pilihan, adakah kita akan mendoakan yang baik atau buruk kepada golongan pemerintah? -------------------------------------------- Teladan yang Baik. Imam Ahmad bin Hanbal telah dipenjarakan, diseksa dan dipaksa menukar pendirian akidahnya pada zaman Khalifah al-Makmun. Namun, apabila ada yang bertanya... "Wahai imam, apakah doamu kepada pemerintah?" Telah dijawabnya, "Andai pada kami ada doa yang ...

.:: KaSiH SaYaNg ALLaH ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Syukur punya sedikit kesempatan untuk mencoret di sini. -------------------------------------------- Lapang sebelum sempit. -------------------------------------------- Praktikum Fasa 3 (akhir) Iqa sedang menjalani praktikum di sebuah sekolah. Mudah-mudah Allah permudahkan segala urusan. Tambah-tambah, di tahun akhir ini. (^___^)y --> senyum meleret  (bila mention tahun akhir.) ------------------------------------------- Yang benar-benar beriman itu, terjaga kata-katanya.... Kerana yang terbit itu adalah untaian  intan penuh makna.... ------------------------------------------ Segarkan iman. Alhamdulillah. Pilihan Allah.  Kalau sebelum ni khuruj dengan datuk & nenek, sekarang peluang khuruj dengan  suami. Sepanjang Disember bersama, sebelum kembali ke kolej, Hadiah perkahwinan bermakna. 1- khuruj bersama. 2 - terima & urus 2 jemaah ber...

.:: PuAn iQa AhLiA aMaR ::.

Assalamualaikum.... Moga semua baik-baik dalam lindungan Allah. Ehem! Ehem! Hari ini biar gambar pula berbicara. ------------------------------------------------------ Majlis Pertunangan. Cik Iqa & Encik Am 31 Ogos 2013 ------------------------------------------------------ Iqa tunang Sidia. Sejam sebelum iqa bergelar tunangan orang. Bunga telur & hantaran. Cincin tunang buat si lelaki. Doorgifts-coklat buat semua tetamu. Bersama umi & adik-adik. Antara hantaran yang dihadiahkan buat pihak lelaki. Semuanya ditempah. Huu... Tak sempat. Iqa balik rumah sehari sebelum bertunang. Khemah dalam proses pemasangan. Bersama bakal umi mertua. Puan Rogayah. Sewaktu menyarung cincin. Tunang orang! JZKK buat semua yang datang & mendoakan iqa. ------------------------------------------------------ 2 BULAN SELEPAS  ------------------------------------------------------ Majlis Perkahwinan. ...