Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah. Perasaan itu harus berubah. Kematian itu paling dekat. Itulah komitmen sebenar. Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.
Comments