Saturday, December 25, 2010

.:: AwaK BeRaPa HaRgA?? ::.


Awak berapa harga? 20 sen, 40 sen? Ke RM 5? Ish3… ingat harga apa ni… Harga kat sini harga diri la…
Bukan harga gula – gula seposen dua tu. HARGA DIRI. Panjang kalau nak disebutkan tentang harga ini.
Dipendekkan ceritanya,

Harga diri turut boleh diistilahkan kehormatan. Bagaimana dengan harga diri anda? Saya mengingatkan diri dan anda semua bahawa kehormatan merupakan perkara yang penting. Kehormatan diri ini bukan sahaja melibatkan diri kita tetapi juga orang lain. Oleh itu, jangan kita lupa untuk memelihara kehormatan diri kita dan kehormatan orang lain juga….


Kehormatan = Wanita ???


Apabila menyebut tentang kehormatan diri, ramai yang akan bercakap tentang wanita…
Kenapa ya?


Allah berfirman,
“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa – apa yang diinginkan iaitu wanita, anak – anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik”

Sesungguhnya tinggi kepentingan bagi nilai kehormatan sehingga Rasulullah ada berpesan tentang itu dalam khutbah wada’nya di Padang Arafah.

“Setiap orang mesti menjaga kehormatan dirinya & kehormatan diri orang lain”

Jangan anda nilai kehormatan itu dari sudut pandang anda, tetapi nilailah dari sudut pandang kaca mata Islam. Insyaallah, jika kehormatan itu dipelihara maka, banyak perkara kita mudah untuk menjaganya,

~ Hubungan kita dengan Allah

~Solat yang khusyu’ & khudu’

~Cara hidup kita berlandaskan Sunnah

~zikir & alquran kita

~Hubungan kita sesama manusia (Islam & tidak Islam)

~Didikan yang baik terhadap hati kita

~Tugas kita sebagai daie Allah


“Jangan kita menjadi penggongcang peribadi diri atau masyarakat”



P/S:- Bawa sunnah dalam keseluruhan kehidupan, Insyaallah kita akan membawa kehormatan diri paling tinggi di sisi Allah.


Ditulis di,

Wednesday, December 22, 2010

.:: Nak BaGi ke Tak NaK? ::.



Sakit kepala, hati, poket bila masuk bab nak bagi ke tak nak ni…. Kalau tak bagi nanti orang cakap kedekutla, haji/hajah bakhil la, tangkai jering & macam-macam lagi la. Oleh itu, dah ‘TER’paksa bagi. Huu… Cop! Cop! Cop! Apa yang nak bagi or tak ni?

Jadi,Insyaallah pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai sedekah.

Sedekah merupakan satu amalan yang mulia, disukai Allah juga sunnah Rasulullah s.a.w. Sedekah juga merupakan salah satu alat pembersih dosa yang boleh mengembalikan kebersihan dan cahayanya apabila seseorang muslim itu dalam sesuatu dosa dan merasakan bahawa dosa itu telah menjauhkan dia dan Allah.

Bila agaknya sedekah kita tu paling mulia?

Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, sedekah bagaimana yang paling mulia?”

Baginda s.a.w bersabda;

“Engkau bersedekah dalam keadaan sihat, bakhil, takut miskin & ingin kaya. Jangan engkau tunda sedekah itu hingga ketika roh sudah berada di kerongkong, barulah engkau berkata, ‘Ini untuk si anu dan yang itu untuk si anu.”

Mesti ada yang tertanya – Tanya, kenapa pulak bakhil? Bakhil di sini bermaksud seseorang yang mengharapkan hartanya tetap.



Kadang – kadang niat kita untuk bersedekah datang berkobar – kobar, tup tup dalam otak & hati timbul “nak bagi ke tak ni?” Istighfar. Semua ini adalah datangnya daripada syaitan.

Kerana apa?

Kerana ada dalam satu hadith menyebut “sebaik sahaja seseorang mengeluarkan sedekah, 70 syaitan berhamburan menghalang sedekah tersebut.”

Bila niat dah betul, tangan nak sedekah, janganlah pulak dari yang haram. Ingatlah,

“Sembahyang menghantarmu pada setengah perjalanan, puasa menghantarmu ke depan pintu dan sedekah memasukkanmu ke dalamnya.”

Nak bagi siapa pulak ni?

Bersedekahlah kepada sesiapa sahaja terutama pada yang memerlukan . Tapi….

Rasulullah ada bersabda,

“Sedekah kepada fakir miskin bernilai 1 sedekah, sementara sedekah pada kaum kerabat bernilai 2 sedekah; sedekah & silaturrahim.”

Sedekah juga membawa kita kepada ketenangan. Tak percaya, banyak-banyaklah sedekah.... Sesungguhnya…. Apa yang paling baik kita sedekahkan adalah perkara yang paling kita sayangi. Ini tidak, kita pada hari ini kalau bersedekah mesti benda – benda yang dah tak pakai, kalau baju tu yang dah tak muat, makanan pulak yang lebihan.(ish3)



Saya tambah di sini, kebaikan kita juga menjadi sedekah. Antaranya,

-tasbih

-takbir

-tahmid

-tahlil

-amar ma’ruf

-nahi mungkar

-pernikahan

Semua ini adalah sedekah. So, jangan cakap anda tak mampu. Lagi – lagi kita ada 360 sendi.

Ok, sampai di sini perkongsian saya pada hari ini. Sebelum itu,

Firman Allah,

“Aku tidak memandang pada rupamu atau kekayaanmu tetapi pada hatimu”

P/S:- Semak niat waktu bersedekah(awal, tengah, akhir), jika tersasar, ISTIGHFAR.


Monday, December 20, 2010

.:: uLaT SuTeRa = MaNuSiA ::.





Apa kaitannya ulat sutera dengan manusia?............ ulat sutera buat baju suteralah,,, Manusia buat apa? Ulat sutera = manusia #!*?!^?!">

Macamni, ulat sutera hidup sebelum makanannya iaitu pohon murbei tumbuh. Jika daun pohon itu menghijau, rohnya mengalir juga di dalam daun itu = roh manusia ada sebelum jasadnya.

Kemudian ia berproses dari satu keadaan kepada keadaan yang lain = perkembangan bayi/kanak-kanak(kita la ni).

Setelah itu, ia diam tertidur = tidak ubah seperti anak Adam yang lalai dan tidak mengetahui akibat – akibat perbuatannya.

Then, barulah ia terkejut dan mencari makanan dengan rakus = tidak ubah seperti manusia yang tamak terhadap dunia.

Kemudian, ia membungkus jiwanya = bagaikan manusia yang tertutup oleh dosa – dosanya.

Ia menjadi tawanan = bagaikan mayat yang tersimpan dalam kuburnya.

Akhirnya, ia mengecut dan keluar dalam bentuk makhluk lain = ahli kubur yang bangkit dari kuburnya.




Seorang sahabat utama Rasulullah, Muaz bin Jabal pernah berkata:-

“belajarlah ilmu pengetahuan sebab belajarnya itu dengan kerana Allah merupakan tanda ketaqwaan kepadaNya, mencarinya merupakan ibadah, menelaahnya sebagai tasbih, menyelidiknya sebagai jihad, mengajarkannya menjadi sedekah & menyampaikannya satu kebaktian”




P/S:- sentiasa berhajat kepada Allah(Allah maha berkuasa, makhluk tidak berkuasa).

Ditulis di,

Saturday, December 18, 2010

.:: SoMbOnG BeRLaGaK!! ::.


Pernah terjumpa orang yang sombong? Apa ciri – ciri mereka yang anda dapat lihat? Atau mungkin anda sendiri seorang yang sombong? Kalau sombong pun, ada yang nak mengaku ke… Seseorang itu mudah dicop ‘sombong’ ‘berlagak’ apabila dia itu seorang yang suka meninggi diri, kalaupun dia itu tidak meninggi diri, dia juga suka untuk meremeh – remehkan orang lain. Alahai… tak berkenanlah orang macam ni.

Mari kita sama – sama menilai diri kita. Adakah kita seorang yang sombong? Sombong kepada manusia? Sombong kepada Allah?

Orang sombong ni….

  • Susah nak terima nasihat orang lain.
  • Merasakan dirinya hebat.
  • Pandangan dia sahaja perlu diterima.
  • Suka bercerita tentang keistimewaan diri sendiri.
  • Tak suka dengan orang susah.
  • Berkawan ada kepentingan.
  • Susah mengakui kesalahan sendiri, so susah minta maaf.
  • Tidak suka menerima nasihat.

Maka, nilai la diri kita ini.

Ibnu Abbas ada menyebut yang Rasulullah itu biasa duduk di atas tanah, mengikat kambingnya & memenuhi undangan hamba sahaya untuk memakan roti gandum. Apakah wajar untuk kita ini bersikap sombong?

Manusia daripada aspek penciptaannya itu adalah sempurna,

Bapanya Adam dan Ibunya adalah Hawa,

Kalau sememangnya kita ini mempunyai kemuliaan,

Yang dapat dibangga – banggakan,

Maka hanyalah air dan tanah………

Oleh itu, kita perlulah menjauhi sifat sombong ini. Faktor – faktor yang boleh membawa kepadanya ada tujuh,

  • Ilmu pengetahuan.
  • Perbuatan taat.
  • Keturunan.
  • Ketampanan/kecantikan.
  • Kekuatan.
  • Harta.
  • Ramainya sahabat.





Kalau kita dapat lihat, kesemua faktor diatas dasarnya adalah terpuji. Tetapi semua itu juga dapat menyebabkan sifat sombong.

Allah berfirman,

“kemuliaan adalah sarung-Nya dan kesombongan adalah selendang-Nya; sesiapa yang mengambilnya dari-Ku, maka Aku pasti mengazabkannya.”

P/S:- Pupuk diri rendah hati.


Ditulis di,


Sunday, December 12, 2010

.:: LiDaHkU & LiDaHmU ::.

Pada hari ini saya memilih untuk berbicara tentang LIDAH kerana baru – baru ini ada diantara sahabat seperjuangan saya yang meminta pandangan tentang lidah kita semua pada hari ini. Pasti ramai yang pernah dengar ungkapan ini “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Betul tak?

Lidah (AL-LISAN) yang dimaksudkan di sini adalah satu simbol kepada ucapan atau perkataan yang keluar dari mulut. Lidah kita ini kalau tak dikawal, ianya boleh digunakan untuk perkara yang jahat. Malah, jika tersalah guna, bahaya juga diundang.

Baginda Rasulullah banyak mengingatkan kita tentang menjaga lidah ini dalam pelbagai hadith. Antaranya, Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari Muslim)


"Jaga lidah untuk jaga ukhwah"


Senang cerita la, DIAM ITU EMAS. Dalam hadith lain juga ada yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad itu tidak berbicara melainkan yang benar sahaja. Peringatan untuk diri sendiri dan semua, janganlah terlalu banyak berbicara kerana banyaknya bicara itu membawa kepada kata – kata yang tidak baik.

Kita juga dapat menilai peribadi seseorang itu melalui bicara – bicara kata yang keluar melalui mulutnya itu.

~ Orang tidak dapat menguasai lidahnya adalah orang tidak dapat menguasai hati atau emosinya.
~ Orang yang jiwanya tidak tenang, percakapannya juga sering tidak menentu.

[Tak percaya, try tengok sendirila....]


“Tidak ada (perkataan) yang lebih bermanfaat bagi manusia kecuali ucapan yang mengajak manusia itu kepada kebenaran, mencegah keburukan dan mengingati Allah(zikir)”


P/S:- Jangan bergurau berlebihan.



Ditulis di,

Thursday, December 9, 2010

.:: MeNjaGa PeRuT ::.

Al-Batn(perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram…. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram).

Nabi S.A.W ada bersabda;

“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya”

Penggunaan kata an-nar(neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah.

Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik.


Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar.

“Pada suatu ketika, Abu Bakar telah diberi makanan oleh seseorang di Madinah dan beliau terus memakan makanan tersebut. Setelah itu, barulah Abu Bakar tersedar lalu terus menanyakan sumber makanan yang telah dimakannya tadi. Ternyata makanan itu tadi tidak jelas sumbernya itu. Kemudia, Abu Bakar tanpa ragu – ragu telah memuntahkan seluruh isi perutnya demi menjaga sumber makanannya agar jangan ada kepada yang syubhah menyentuh tubuhnya.”


Oleh itu, kita pada hari ini perlulah menitikberatkan sumber pemakanan kita agar
jangan sampai termakan hatta yang syubhah sekalipun. Insyaallah….


Hee.. Teringat pulak kenangan makan padang.. Nyum2..



MAKANAN – MAKANAN YANG PERNAH DIMAKAN NABI S.A.W


1- Daging (unta, sapi, kibas, kambing, ayam, kijang jantan, burung yg halal dimakan, ikan yg baik yg dikeringkan dengan sinar matahari atau dimasak bersama kuah atau tidak).

2- Kurma.

3- Roti yang direndam dalam kuah dengan beberapa potong daging.

4- cuka.

5- roti yang dibuat dari tepung barli atau gandum.

6- minyak zaitun, mentega.

7- keju.

8- labu, timun, tembikai.

9- madu.

10- Anggur, anggur kering(kismis)


So, sama – samalah kita usaha untuk mengamalkan sunnah Baginda S.A.W. Insyaallah…

Suka makan nie...


p/s:- Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.



Ditulis di,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...