
Apa kaitannya ulat sutera dengan manusia?............ ulat sutera buat baju suteralah,,, Manusia buat apa? Ulat sutera = manusia #!*?!^?!">
Macamni, ulat sutera hidup sebelum makanannya iaitu pohon murbei tumbuh. Jika daun pohon itu menghijau, rohnya mengalir juga di dalam daun itu = roh manusia ada sebelum jasadnya.
Kemudian ia berproses dari satu keadaan kepada keadaan yang lain = perkembangan bayi/kanak-kanak(kita la ni).
Setelah itu, ia diam tertidur = tidak ubah seperti anak Adam yang lalai dan tidak mengetahui akibat – akibat perbuatannya.
Then, barulah ia terkejut dan mencari makanan dengan rakus = tidak ubah seperti manusia yang tamak terhadap dunia.
Kemudian, ia membungkus jiwanya = bagaikan manusia yang tertutup oleh dosa – dosanya.
Ia menjadi tawanan = bagaikan mayat yang tersimpan dalam kuburnya.
Akhirnya, ia mengecut dan keluar dalam bentuk makhluk lain = ahli kubur yang bangkit dari kuburnya.
Seorang sahabat utama Rasulullah, Muaz bin Jabal pernah berkata:-
“belajarlah ilmu pengetahuan sebab belajarnya itu dengan kerana Allah merupakan tanda ketaqwaan kepadaNya, mencarinya merupakan ibadah, menelaahnya sebagai tasbih, menyelidiknya sebagai jihad, mengajarkannya menjadi sedekah & menyampaikannya satu kebaktian”
P/S:- sentiasa berhajat kepada Allah(Allah maha berkuasa, makhluk tidak berkuasa).
Ditulis di,

Comments
tidak pernah saya terfikir untuk mengaitkan ulat ini dengan manusia. Moga kita beroleh manfaat
Sama2 kita berkongsi & beroleh manfaat.
Setiap kejadian yang Allah jadikan pasti mempunyai pengajaran.
"Allah ber manfaat & Allah jg boleh beri mudharat"
Syukran, semoga kita beroleh manfaat & pengajaran...
dalam sedar atau tidak.. Alam ini juga menjadi petunjuk (huda) kepada insan yang mencari sinar Iman..
Moga-moga.. Alam ini terus memberi ilham kepada kita semua..
dan jadilah kita seperti yang disasarkan dalam Al-Quran..
ulul-albab.
ahlu absor..
ALLAHUAKBAR!!
Insyaallah....
Sama2 doa utk diri & umat pada hari ini...
Mudah2an kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur...
Kata Aisyah r.a apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah,
"Sesungguhnya Akhlak Rasulullah itu adalah akhlak al-Qur'an"
Sama2 kita membawa keseluruhan sunnah Muhammad s.a.w dalam keseluruhan kehidupan kita...