Thursday, December 9, 2010

.:: MeNjaGa PeRuT ::.

Al-Batn(perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram…. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram).

Nabi S.A.W ada bersabda;

“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya”

Penggunaan kata an-nar(neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah.

Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik.


Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar.

“Pada suatu ketika, Abu Bakar telah diberi makanan oleh seseorang di Madinah dan beliau terus memakan makanan tersebut. Setelah itu, barulah Abu Bakar tersedar lalu terus menanyakan sumber makanan yang telah dimakannya tadi. Ternyata makanan itu tadi tidak jelas sumbernya itu. Kemudia, Abu Bakar tanpa ragu – ragu telah memuntahkan seluruh isi perutnya demi menjaga sumber makanannya agar jangan ada kepada yang syubhah menyentuh tubuhnya.”


Oleh itu, kita pada hari ini perlulah menitikberatkan sumber pemakanan kita agar
jangan sampai termakan hatta yang syubhah sekalipun. Insyaallah….


Hee.. Teringat pulak kenangan makan padang.. Nyum2..



MAKANAN – MAKANAN YANG PERNAH DIMAKAN NABI S.A.W


1- Daging (unta, sapi, kibas, kambing, ayam, kijang jantan, burung yg halal dimakan, ikan yg baik yg dikeringkan dengan sinar matahari atau dimasak bersama kuah atau tidak).

2- Kurma.

3- Roti yang direndam dalam kuah dengan beberapa potong daging.

4- cuka.

5- roti yang dibuat dari tepung barli atau gandum.

6- minyak zaitun, mentega.

7- keju.

8- labu, timun, tembikai.

9- madu.

10- Anggur, anggur kering(kismis)


So, sama – samalah kita usaha untuk mengamalkan sunnah Baginda S.A.W. Insyaallah…

Suka makan nie...


p/s:- Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.



Ditulis di,

11 comments:

NazLiAtuL AkhMA aMeR hAmZaH said...

insyaallah..akn d amlkan...

faridfaisal said...

nak kecikkan perut cara sunnah cne?

BaiTiL a'tiQa said...

Nazlia :- Amin~~

Faridfaisal :-
1- makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang..
2- Posisi duduk sunnah dengan lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Kelebihannya yg mana dengan posisi ini ia dapat memberi keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kita ni kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan,1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Selamat Beramal...

shahjiehan said...

artikel yg menarik..boleh sy share dalam blog saya x? http://shahjiehan.blogspot.com/

BaiTiL a'tiQa said...

shahjiehan:-
Boleh... no prob... but jgn lupa ltk sumbernya...

Selamat Beramal... (",)

Al - Mu'allim said...

"makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang"

tapi orang sekarang ni, belum lapar dah makan, selagi tak kenyang selagi tu tak berhenti.:)

Mungkin ini antara penyebab kenapa hospital penuh dan kita tak cukup doktor.

mari cuba tips diet ini :)

BaiTiL a'tiQa said...

Al-Mu'allim:-
Betul tu..Setuju..
Kadang2 diri sendiri pun alpa bahagian makan2 ni.. Huu..

Insyaallah, sudah baca n3 tips diet..

"sama2 beramal dengan sunnah Baginda Rasulullah"

paranoid android said...

gua ade muzakarah dgn ustaz khairudin (mptaa) tntang citer hadrat Abu bakr tu pasal muntahkan balik mknan tu... menarik ustaz khairudin mmg fakeh hayatus sahabah try la muzakarah dgn die gua mmg slalu brsohobah dgn die citernye lebih tepat dan mudah dipahami....

BaiTiL a'tiQa said...

paranoid android:-
Insyaallah...
Dr. Khairuddin mmg mantap. Saya pernah kuliah tafsir dengan beliau.

Anonymous said...

syukran untuk wacana ini...sungguh daku menghargai aliran pena kamu...
dan perkongsianmu ini...

mselim3 said...

Sukran ...kerana sudi berkongsi ilmu tentang diet dan makanan yang dimakan oleh rasullulah....

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...