Assalamualaikum,, Selamat menyambut tahun baru semua. Bertambah satu lagi aras kehidupan kita. (^-^)y Medan Ujian. Hidup ini merupakan satu ujian buat kita. Ditambah dengan hakikat dalam kehidupan itu sendiri sememangnya dipenuhi dengan ujian. Kita sendiri tahu bahawa alam dunia yang Allah jadikan ini merupakan persinggahan ketiga dalam tempoh masa untuk menuju Allah. Bermulanya kita di alam roh. Berpindah pula ke alam rahim dan sekarang kita di alam dunia. Alam dunia ini dijadikanNya sebagai medan ujian. Jangan kata tidak. Cuba tengok surah Hud:7 (Jangan malas (",) ). Di alam dunia, roh diuji dengan tanggungjawab dan amanah sebelum ke alam seterusnya yang mana kita akan ke kampung asal yang kekal abadi. Pelbagai amanah dan tanggungjawab yang kita pikul. Saya sendiri punya tanggungjawab sebagai anak, sahabat, pelajar, orang dakwah dan banyak lagi. Beringat, kita perlu kepada perancangan dan pelaksanaan yang teliti kerana jalan yang kita tempuhi ini sehala. Tak...
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.