Assalamualaikum,,
Selamat menyambut tahun baru semua. Bertambah satu lagi aras kehidupan kita. (^-^)y
Medan Ujian.
Hidup ini merupakan satu ujian buat kita. Ditambah dengan hakikat dalam kehidupan itu sendiri sememangnya dipenuhi dengan ujian. Kita sendiri tahu bahawa alam dunia yang Allah jadikan ini merupakan persinggahan ketiga dalam tempoh masa untuk menuju Allah.
Bermulanya kita di alam roh. Berpindah pula ke alam rahim dan sekarang kita di alam dunia. Alam dunia ini dijadikanNya sebagai medan ujian. Jangan kata tidak. Cuba tengok surah Hud:7 (Jangan malas (",) ). Di alam dunia, roh diuji dengan tanggungjawab dan amanah sebelum ke alam seterusnya yang mana kita akan ke kampung asal yang kekal abadi. Pelbagai amanah dan tanggungjawab yang kita pikul. Saya sendiri punya tanggungjawab sebagai anak, sahabat, pelajar, orang dakwah dan banyak lagi.
Beringat, kita perlu kepada perancangan dan pelaksanaan yang teliti kerana jalan yang kita tempuhi ini sehala. Tak ada undurnya.
------------------------------------------------
Perubahan.
Menyebut hijrah pasti terpacul dibenak fikiran tentang perubahan. Kan? Menyebut pula pada perubahan, kemas diingatan beberapa perubahan yang dilakukan berkaitan dengan awal Muharram yang kita pernah sambut. Alhamdulillah saya mula berpurdah secara istiqomah sekitar 6 tahun yang lalu. Penghijrahan ini Allah ilhamkan setelah kali pertama keluar masturat bersama datuk dan nenek. Alhamdulillah setelah berpurdah, saya dapat istiqomah menjaga amalan harian. Malu jika sekadar memakai pakaian ummahatul mukminin tetapi tidak memakai amal - amal mereka. Kan~~~ Hem... Serasanya ini kali pertama saya menyentuh tentang purdah.
Jika disebut perubahan, dari satu perkara lain ke perkara yang lain. Tapi jika disebut penambahan, ianya dari perkara yang sama yang menjadi perbezaannya adalah jumlah yang lebih. Ke macam mana? Antara kata - kata sepanjang hidup yang melekat kuat sehingga hari ini ketika dalam salah satu perbualan dengan Ustazah Sal, ahlia Maulana Johari mudir mad. Sg. Salan. Katanya, "Ustazah sampai hari ni tak mampu menandingi Ustaz dalam soal pembacaannya. Awak tengok buku - buku dan semua kitab - kitab tu kepunyaan Ustaz. Teliti setiap muka surat pertama akan ada ditulis kecil tarikh ianya dibeli".
Bayangkan bagaimana rumah Ustazah dipenuhi buku dan kitab sehinggakan tak nampak langsung permukaan dinding. Serasanya ada beberapa bahagian sahaja almari yang masih kosong. Mungkin hari ini jika ditinjau kembali sudah penuh. Bertitik itu, bermula perubahan dengan penambahan pembacaan untuk mendapatkan manfaat dari ilmu - ilmuNya. Besar penyesalan kerana dulu tak buat alimah. Mudah - mudahan akan datang Allah panjangkan umur dan beri peluang untuk itu. Isk3.
![]() |
jom2 membaca... |
------------------------------------------------
Ucapan.
Jalan - jalan dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak pula rasanya yang post tentang kahwin. Musimnya dah tiba agaknya. Oleh itu, saya ucapkan tahniah buat mereka yang akan berumah tangga. Bagi yang sedang mencari juga ucapan selamat dari saya. Insyaallah, Dia telah tetapkan apa yang paling baik buat anda. Mereka - mereka yang sedang Allah uji dengan banjir, saya yakin anda dalam pemeliharaanNya. Jaga diri.
(^-^)y :- "Maksud hidup untuk agama"
Ditulis di,

Comments
Ya benar apa yang dibicara, tujuan dan maksud kita dilahirkan di dunia ini tidak lain selain dari beribadah kepada Allah Taala dan skop ibadah itu amat luas. Jika semua ibadah itu dihalakan hanya semata kerana Allah pasti limpahan rahmat kasih sayang Allah kepada kehidupan kita tidak akan putus.
Moga Allah kurniakan kekuatan untuk kita terus memperjuangkan agama~Nya
Sronok bile tgk org2 alim nih.. kalau kita tak dpt jd.. biarlah anak2 jd alim alimah
Semoga kia senantiasa berhijrah dr yg baik ke arah yang lebih baik s/ada dari segi amal perbuatan, pemikiran, pertuturan dan sebagainya. Tertarik dengan buku2 di rumah ustazah. mesti di rumah tuan blog pun banyak kitab2 kan (",)
Serban dan kopiah = Lelaki
Purdah dan tudung labuh = Wanita
Mantasyabbaha biqoumin Fahuwa Minhum
= Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka =
..ilahi anta maksudi wa ridhoka matlubi a'tini mahabbataka wa maghfirotaka...
entri yang menarik..
tapi awat buh tajuk 'cacamarba'??
hehe
em..apa2 pun, penulisan yang enti sampaikan jelas..tahniah~~
suka^..^y. hee
"hijrah satu perubahan dlm meniti arus kehidupan, tidak dapat tidak, hari2 kita hidup pon mesti ada yang berubah..kn~~"
teruskan berhijrah kearah kebaikan...
Pernahnya nk tanya psl tajuk, tp sb kueh dah tnya, so sy tunggu tgk jwpnnya la.
Awal2 baca tulisan, saya dah terasa. Yup, rasa malas nak buka surah Hud. Macam tau2 pula. Apa kata, ukhti letakkan je mafhum ayat tu di sini utk org2 spt saya. Kalau sheikh Sukri xpe sb dia rajin.
Beruntung orang yg hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam. Celakalah org yang hari ini lebih teruk dari semalam.
Mohon ukhti lebih merajinkan diri berkongsi ilmu di sini.
Moga Allah kasih.
itulah 'magik' memakai kopiah dan purdah..
p/s: mujur blog saya tak post pasal kahwin..
(",)
-berubah &
-beristiqamah
jadi, kat mana ye kita nak letak level statik dlm hidup kita?
erkk..sekadar renungan^_^ heee..
Waalaikumussalam..
Syukran untuk perkongsian.
Ya... Betul tu...
Secara ringkas,
Fahami hidup itu adalah agama, & bukannya agama itu sebahagian dari hidup...
"Insyaallah, Moga Allah Kasih"
Hidayatullah:-
Waalaikumussalam...
Alhamdulillah... Secara tidak langsung, kopiah & purdah ini manjadi benteng untuk kita daripada melakukan maksiat.
Tak mengapa En. Hidayatullah, jumlah yang sedikit itulah yang Allah janjikan kemanisan dalamnya. Selagi mana hayat dikandung badan, kita masih berpeluang menjadi alim alimah. Sama - sama kita pasang azam. Biarlah dipenghujung usia sekalipun... Kan~~~
"Moga Allah beri kekuatan dalam beramal"
Waalaikumussalam,,,
Insyaallah. Hidup ini memang perlukan penghijrahan kerana kita ini bukan manusia yang sempurna. Hijrah dalam pertuturan, pemikiran mahupun perbuatan sebagaimana kata ustaz.
"Hijrah pemikiran, sama jadikan agama sebagai fikir harian"
Anonymous:-
Insyaallah. Doa buat saya moga Allah kurnia kekuatan dalam beramal. (^-^)
Syukran untuk sedikit perkongsian berupa peringatan. (^-^)y
Keredhaan, keampunan serta cintaNya yang paling kita kehendaki. Dia sebaik - baik tempat pergantungan.
"Moga Allah cinta kita"
Cikgu Ma:-
Ye lah,
Macam - macam ada...
"Moga Allah Kasih"
Salam Maal Hijrah Ku Fashe,
Tu la, buh cacamarba pasai dalam 1 n3 ada banyak cerita. Tak bersangkut paut pun buh jugak. Dari cerita hijrah campuq pulak dengan cerita rumah orang, tak cukup tu buh jugak ucapan kawin & banjir . Jadi cacamarba da n3 ni. Hee~~~~
Suka la ayat ni,
"hijrah satu perubahan dlm meniti arus kehidupan, tidak dapat tidak, hari2 kita hidup pon mesti ada yang berubah.. kan~~"
D-yana:-
Insyaallah, sama2 berusaha ke arah kebaikan.
"Moga Allah redha"
Salam 2,
Ok, mua'llim boleh tengok da komen 2 kat atas. ^^,
Terjemahan surah hud: 7 :-
Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang "`ArasyNya" berada di atas air. (Ia menjadikan semuanya itu) untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Nak mengelak kerugian dan kecelakaan, makanya saya perlu tahu erti masa itu. Kan? ke Macam mana?
Sangat berhikmah tegurannya. ^^, 'lebih merajinkan' = malas la kot.
Insyaallah,
Saya perlu belajar 'erti masa' itu lagi. Kerana mulut asyik nak sebut tanggungjawab melebihi masa. Astaghfirullah.
'Moga Allah Kasih"
Ar - rijal:-
Alhamdulillah. Allah yang beri kefahaman. Saya menulis untuk peringatkan diri. Dan berkongsi dengan pembaca.
Nampaknya, tajuk kali ni menjadi isu. (^-^). Encik boleh baca komen yang ke 18 untuk mengetahui sebab tajuknya cacamarba. (",)
"Sama - sama kita berkongsi"
Perlunya pada istiqomah andai inginkan 'magik' seperti mereka - mereka. Kan?
"(^-^)y Siapa makan cili, dia terasa pedasnya"
Yana feehily:-
Syukran kerana membaca.
"Moga Allah Kasih"
Saat roh terpisah daripada jasad, automatik menjadi statik. No more penghijrahan. Kan~~~
(^-^)y
"Moga ALlah kasih"
شاح اندرني:-
Salam 2,
Singgah lama pun tak apa. Insyaallah, akan berziarah ke sana untuk mengutip manfaatnya. Hari ni belum punya calon, esok siapa tahu. (^-^)y
"Moga ALlah kasih"
Bersama kita dijalanNya...