Skip to main content

.:: SaYa GuNa SaYa ::.

Assalamualaikum,,,

Panggilan. Anda bagaimana?

------------------------------------------
Bercakap
Saya pada kebanyakkan waktu dengan rakan sebaya berbahasa dengan menggunakan ganti diri 'saya & awak'. Bila tiba pada berbahasa dengan rakan tapi lebih tua tiga empat tahun saya berbahasa menggunakan 'nama saya & kak'. Tika berada di kelompok keluarga,  saya menjadi 'kakak' tak kira dengan yang muda atau tua. Cuma semenjak dua ni da perlu biasakan diri dengan 'aunty'. Ye lah makin ramai pulak anak saudara sepupu (tua da). Hem~~ Dengan anak murid, tentu tentu 'ustazah & kamu'. Isk3 Bila tiba kene berurusan dengan ustaz - ustaz, yang macam ustaz, jadi 'ana enti' la. Huu~~ Tapi bila duk ta'lim mingguan jadi binti 1(kaklong la tu). Kih3 

------------------------------------------

Terkena
Ada seorang lelaki yang jenis 'huha'. Dijadikan cerita satu hari saya perlu berurusan dengan dia. So, macam biasa saya bahasakan diri 'saya & awak' la. Ntah macam mana tiba - tiba tengah - tengah bercakap boleh pulak dia menyampuk. 

Dia :- Aku ni kan iqa bukan tak nak cakap saya awak ke apa ke... Tapi aku ni nak guna BM yang dalam Quran.

Saya:- (Juz mata terkebil - kebil) tanda musykil.

Dia :- La... Dalam Quran kan BM dia tulis aku. Mana guna benda lain. Ada kau dengar dalam Quran sebut 'telah saya jadikan manusia dan jin....'  Tak de kan? Mesti tulis 'telah aku aku jadikan manusia dan jin....' Haa.. Tu pasal aku guna aku (sambil ketawa berdekah - dekah).

Saya:- Dalam hati. (kenekan aku rupanya).

-----------------------------------------


Panggil
Apabila memanggil, panggillah dengan menggunakan panggilan yang disukai dan baik & lagi baik jika kita memaknakan panggilan itu. kan~~~ Tapi saya sendiri pun suka memendek - mendekkan nama orang. (Nasihat sikit)

Singkat
Zati Bayani jadi t
Ummu Aiman jadi mu/um
Ku Fasehah jadi ku
Fadhila jadi la
Liyana jadi na
Syahida jadi da
Farahim jadi im

Agak - agak, bagaimana nama anda disingkatkan saya? (^-^)y   Kui3


(^-^):- "Pakai kaedah hazaf, ke macam mana?"


Ditulis di,

Comments

fuad ansari said…
nanti kalau ustazah a'tiqa dapat anak, jgn lupa namakan anak dengan nama yang ringkas dengan makna yg baik ye.. agar panggilan yg digunakan penuh makna yg baik disamping dapat mendoakan kebaikan.. (",)

p/s: segan nak nasihatkan ustazah... nasihatkan utk diri sendiri sebenarnya.. (",)
chiLleD...!! said…
cerita lawak yang mempunyai sesuatu di situ..hehe


sy org pggil wan jer..tp kalau kwn2 baik alhmdulillah diorg pggl ngan pggln yng da mkna..=)
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari:-

Syukran untuk nasihat. Nsyaallah yang ringkas tapi bermakna. Itulah saya en. fuad, abiz semua jadi ringkas. kadang2 cakap pun separuh2... isk3

"lagi segan dgr en. fuad segan" ^^,



chilled:-

Sesuatu disitu. Hee~~~
Memang. Teringat2 sampai sekarang. Memang selalu terkena dengan budak2 macam 2. Ade je idea. Saya panggil wan jugala kalu macam 2.... (^-^)y

"Kawan saya yang nama wan atiqah saya panggil wa-a"
Al - Mu'allim said…
Salam 'alaik, ukhti.

Ganti nama diri pertama biasanya ikut keadaan.
Kl dengn bonda, sy bahasakn oghe(orang).
Dgn org tua, biasanya kita.
Dgn kawan rapat, aku.
Dgn kawan biasa, kawe.
Kdg2 jadi sy, ana. tgk keadaan.

Kalau pnggilan singkat pula, kena hati2 juga.
Cth, muhammad (terpuji) diringkaskn menjadi mamat/mat (mati). huhu.

Mendoakan kawannnya mati ke apa tu?
Hidayatullah said…
kalau dalam doa.. kita pakai aku ke saya? haha

mcm pelikkan dgr.. Allah bantulah saya..huhu
mhafiz_ydin said…
Selalu jadi masalah bila balik kampung kt Kedah, terlepas guna loghat KL. Masalah besar! Jumpa kawan:

Aku: Ko nak pegi mane?
Member: Oit.. hg cakap elok2 skek. =)
Assalamualaikum...

Sgt bersetuju dgn Al-Muallim..mgkn sbb kita sama2 ore klate kot..tp yang pgln 'ana' amat jarang digunakan xkiralah bila brckp dgn sesiapa pun (xde jiwa ana kot..he3)

*Sy-Baitil Atiqa
Cikgu Ma said…
assalamualaikum...

errmm...lagi sedih bagi nama anak sampai 3,4 perkataan last2 panggil angah je...=)
RuMaH TuA said…
Al-Mu'allim:-

Salam.
Banyak keadaan tu. Macammana la agaknya bunyi panggilan 'kita' tu ye? Ye la selalu dengar perempuan guna.
^^,

Muhammad jadi mat. Biasa sangat.

Betulkan yang biasa,
Biasakan dengan yang betul.



Hidayatullah:-

Ya Allah... Bantulah ana... Yang ni macammana?

(^-^)
RuMaH TuA said…
mhafiz ydin:-

Itula... Umi bila balik kg pun kalau 'ter'bunyi len sikit. Ada la bunyi tambahan lain.

"Hang cakap elok - elok no"


M. Sukri Supi:-

Waalaikumussalam...
Gang dengan Al - Mu'allim ni.
Pun tak de jiwa 'ana'... (^-^)

"Ustaz"
RuMaH TuA said…
Cikgu Ma:-

Waalaikumussalam,,

Hee~~~ Angah pun bunyi manja apa?

(^-^)y
Anonymous said…
perlu memeriksa:)
~kueh~ said…
This comment has been removed by the author.
~kueh~ said…
wah3~~
iqa da aplikasikan kaedah hzf ek..berkat bace buku time exam ritu..hehe~~:P

tapi kalau org yang rapat dgn kita boleh bhsakan diri 'aku' jer..kalu org yang xrapat sgt..nak ber aku-aku pon segan..takot xlaku kot?..haha..:P

*soalan kenape tu yg pyh nak jwb*

ekeke^^,y.
Abd Razak said…
السلم عليكم ورحمة الله

Biasanya saya memang guna ganti diri 'saya dan awak' cuma bezanya ianya dalam bahasa saya di sini iaitu 'kamek dan kitak' dan cara memanggil pulak saya biasanya panggil nama penuh..
Al - Mu'allim said…
Erm...

kita tu bila di kelantan kn menjadi kito. Jd, tidaklah selembut selucu muslimah apabila lelaki menggunakannya.

Penggunaan ana bila bercakap dalam meeting masa kat kampus dl. skg sgt jarang dh.

kl dgn Rumah Tua, sy guna sy-ukhti je, xberani nk guna pelik2 :D
penchacaiz said…
gua klu ckp dgn makwe pakai "aku engkaw (x kiralah solehah atau krg solehah)" huhu. kecuali dia atas umur la.

memang rase bersalah.

mintak maap la sesangat. bkn niat nak kasar. tp takut iman makin lemah.
RuMaH TuA said…
kueh:-

Ku sayang...
Memang berkat... Hee~~~
Da staz rindu windu da tyme cuti..
Tak pe, iqa tak kisah... Guna apa2 pun janji ukhwah kita dengan sahabat2 yang len rapat...
Kan~~~

"Macam pernah dengar je ayat yang laz 2?"



Abd Razak:-

Waalaikumussalam,,,
Memaknakan nama seseorang itu adalah dengan memanggil nama penuh.

"Haruslah saya panggil En. Abdul Razak (nama penuh)"
RuMaH TuA said…
Al - Mu'allim:-

Itula... Ingat2 macam gaya perempuan gunakan... ^^,

"Kalau begitu sy guna sy-Al-Mu'allim"



penchacaiz:-

Yang penting maknanya sampai. Tapikan... Kalau yang jenis macam penchacaiz ni... Bila tiba2 panggil smone bukan aku-engkau, bole di agak2 la kenapa... kan~~~~ (^-^)y

"Suka ayat takut iman makin lemah"
RuMaH TuA said…
Ad-dien:-

Insyaallah...
Syukran kerana sudi berkongsi...
(^-^)y

Popular posts from this blog

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...