Saturday, October 27, 2012

.:: RinDu 03 - (SyUrGa HaTi) ::.

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Selamat melakukan ibadah korban.
Sama bertakbir.

---------------------------------------------

Mencipta Syurga Hati.

Nama dicipta bagi satu program motivasi.
Dijemput khas ke sebuah sekolah.
Lebih kurang sebulan yang lepas.
Program bersama adik-adik tingkatan 1.
Adik-adik tingkatan 2.
Adik-adik tingkatan 4.
Adik-adik pelajar perempuan sahaja.
(^____^)y


---------------------------------------------

1- Perkongsian tentang hubungan.
Malam bersama adik-adik tingkatan 1 & 2.
Hubungan yang bagaimana harus dibina & dicipta seterusnya dijaga.
Menghayati perjalanan kisah nabi Allah Baginda Musa, Ishak & Syuib.
Banyakkan cakap kebesaran Allah.

2- Sama membentuk diri ke arah yang lebih baik.
Bukan sahaja adik-adik.
Malah yang lebih utama yang menyampai ini.

3- Sesi LDK .
Bersama sahabat2 yang sanggup turun membantu diri ini.
Untuk menjayakan program khas untuk adik-adik yang disayangi.

4- Alhamdulillah.
Gembira.
Adik-adik meminjamkan telinga buat seketika.
5- Perkongsian tentang Cara Berfikir (Mainan Minda).
Bersungguhkan?
Hik3

6- Tekun & khusyuk apabila saya meminta semua lukis diri sendiri.
Lukisan kurang dari 5 minit.
Ada yang termenung jugaklah.
Hee~~~

7- Cabaran bersama adik-adik pelajar hari ini.
Tapi diorang ni baik-baik.
Peramah.
Menerima.

9- Kak Fatihah. Jzkk.
10- Wan Liyana (Blog kembara hati)
11- Farahim (toke) Akak cantik.
12- Ku Fasehah (Blog Perjalanan Sufi)
 ~~Terima kasih sahabat kerana sudi membantu diri ini~~
13- Fadhila. (Blog Variasi Pena).
14- Syakira. (Akak cumil).
15- Farahin (Blog Love is Infinity)
  ~~Terima kasih sahabat kerana sudi membantu diri ini~~


16 & 17- Makan pagi. Nyum2~~~
18 & 19- Makan tengahari. Alhamdulillah.
Allah kasi sedap.

20- Adik-adik yang sangat sporting.
Luv u all.
Bersemangat.
Kak iqa suka.

21- Program di surau.
Moga Allah kasih adik-adik.

22- Kak iqa penuh pengharapan.
Agar Allah beri hidayah kepada kita.
& ingat, kita rai sahabat kita.
Peluang bersama adik-adik tingkatan 1&2 sangat singkat.
Macam manapun, adik-adik dihati kak iqa.
Moga Allah kasih.

---------------------------------------------

"Tidaklah aku bertukar fikiran dengan seseorang melainkan aku ingin agar diberikan pertolongan & semoga dia sentiasa dipelihara Allah"


(^_^) :- "Jauh dimata. Dekat dihati. (secara ringkas)"


Ditulis di,

Friday, October 12, 2012

.:: RinDu 02 ::.


Assalamualaikum...

Mudah-mudahan berada dalam rahmat dan pemeliharaanNya.
--------------------------------

Peluang. Peluang. Peluang.


Peluang untuk terus beramal dengan agamaNya.
Peluang untuk menjadi lebih baik & lebih bertaqwa kepadaNya.
Peluang untuk menyambung kembali n3 sebelum ini.

----------------------------------

Mengenali Aib Diri.

Sabda Nabi,
إِذا أراد الله بعبد خيرا بصره بعيوب نفسه

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, nescaya Dia menjadikan hamba tersebut melihat kekurangan yang terdapat pada dirinya," (H.R Tirmidzi)

Memilih teman yang soleh & solehah di antara rahsia untuk mengenali aib diri. Siap sedia dengan peringatan yang akan diberi. Menginsafi kekurangan yang ada tika berada di sampingnya. 


----------------------------------



Saidina Umar Al- Khattab.

Umar      : "Semoga Allah merahmati orang yang mahu menunjukkan kekurangan yang terdapat pada diriku."

Ketika menerima kunjungan Salman Al-Farisi,

Umar          : "Apakah kekurangan yang ada pada diri aku yang  engkau dengari dan engkau tidak sukai pada diriku?"

Salman menolak untuk menjawab.
Umar mendesak.
Salman berterus terang,

Salman           : "Aku dengar engkau suka mengumpulkan dua jenis lauk pauk di atas satu meja makan. Dan aku juga mendengar engkau memiliki dua jenis pakaian, satu untuk malam hari dan satu untuk siang hari."

Umar              : " Apakah ada lagi yang engkau dengar selain itu?"

Salman           : " Tidak"

Umar             : "Aku akan berusaha untuk memperbaiki kedua kekuranganku itu."


Lihat bagaimana langkah yang diambil Saidina Umar untuk berhati-hati dalam setiap perilaku diri sendiri.

----------------------------------

----Sambungan (Lapang sebelum sempit)----



7.  Pergi makan kenduri Kak Fizan (senior) + Abang Misuari.
Selamat Pengantin Baru.
Kak Fizan sangat sweet dengan warna gold.
Moga Allah kasih dirimu dan suami.

8.  Bergambar kenangan tanpa pengantin.
Hee~~~
Dari kiri: Iqa, Kak Qila, Kak Syida, Zati
Bila tiba giliran kalian, diri ini jangan dilupa na...

9.  Beberapa hari selepas makan kenduri...
Kembara Fotografi ke GH.
Bagi memenuhi salah satu proforma subjek EDU.
Mengembara punya mengembara~~~
Gambar ambil still blurrr...
Hee~~~

10.  Bersama sahabat, NurFarahim (Toke).
Sebelum naik atas GH untuk kembara Fotografi.
Doakan persahabatan kami.
Moga dirimu dikasihi Allah.


(^__^):- "ku, next episode baru ada... Kali ni Toke...  Hee~~~"


Ditulis di,

Saturday, October 6, 2012

.:: RinDu 01::.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Moga-moga sihat dalam rahmatnya. 

----------------------------------------

Rindu. Rindu. Rindu.


Rindu untuk menulis di sini. 
Rindu untuk blogwalking. 
Rindu dengan awak-awak semua.
Rindu nak komen-komen.

----------------------------------------

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Alhamdulillah ada ruang untuk  menulis kembali.
Alhamdulillah ada peluang untuk kembali di sini.
Alhamdulillah masih ada yang sudi bertandang ke sini.

-----------------------------------------

Bercerita (Lapang sebelum sempit).

Insyaallah, cuba untuk bercerita melalui gambar tentang perjalanan sepanjang 2 bulan lebih yang menyebabkan RuMaH TuA ni tak berpenghuni. Setiap gambar mempunyai cerita yang tersendiri.


1. Program keluarga angkat Orang Asli Ulu Sungai, Raub Pahang.
Menziarahi rumah adik angkat.
Berbual tentang keluarga mereka.
Dapat keluarga angkat OA yang mementingkan pelajaran.
Tidak perlu memberi motivasi kerana diri yang termotivasi.
Hee~~~


2. Praktikum fasa 4 di SK Bandar Jerantut.
Beberapa hari sebelum hari raya, sibuk di sekolah menguruskan  Majlis Khatam Al-Quran .
Barisan belakang adalah murid-murid dari Pendidikan Khas.
Yang di hadapan pula murid tahun 6.
Alhamdulillah, Majlis berjalan lancar.


3. Ke Johor kerana beberapa urusan.
Singgah di Air Papan bermain layang-layang.
sungguh bertuah kerana orang yang mengambil gambar begitu pro sehingga
layang-layang tinggal ekornya.
Hee~~~

4. Sayang & Rindu umi.
Mencari menu terbaik. (konon2).


5. Berkhemah di Kuantan.
Seminggu di sini.
Campsite yang penuh dengan kenangan.
Bekal ketika mengajar anak murid nanti.
Hik3~~~

6. Ni antara gambar hujung minggu punya program, keluar.
Bersama sahabat, Syaheedah.
Juga sahabat sebelah kiri meja dalam kelas. Hee~~~
Cumil orangnya.


-------------------Bersambung-------------------


Saat dan Ketika.

Mencari kata-kata yang terbaik untuk dilontarkan kepada mereka-mereka yang sentiasa mengharap yang indah dari mulut ini walaupun semua sedari hakikat diri ini seorang manusia, seorang hamba, seorang yang hina. 

Jadi, mana mungkin yang indah-indah, yang paling baik akan terlahir, akan sentiasa terzahir dari diri ini. Fahami dan mengertilah, diri ini lebih hina dari kamu-kamu yang dimuliakan Allah. 



(^__^) :- "Mencintai Allah dan Rasul"


Ditulis di,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...