Skip to main content

Titipan :- RaMaDhaN Penuh Berkah


Assalamualaikum pembuka bicara,
Sebaik kata doa untuk semua, 
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Besar pahala gembira menyambutnya.

----------------------------------

Alhamdulillah. Moga Allah sempatkan kita bertemu ramadhan pada esok hari. 


---------------------------------

Kewajipan Berpuasa.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

(Surah Albaqarah : 183)

----------------------------------

Bulan dinanti.

Dalam banyak-banyak bulan, bagi orang beriman bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nanti.
Bulan mulia lagi penuh keberkahan. Segala amal kebaikan Allah gandakan.

Pintu-pintu syurga dibuka.
Pintu-pintu neraka ditutup.
Doa-doa diterima.
Rahmat & keampunan untuk hambanya.

Maha Suci Allah.

----------------------------------


Kegembiraan Bersahur.

Jangan kita tinggalkan sahur kerana bersahur ada berkatnya.
Melewatkan bersahur, segerakan berbuka.


---------------------------------


Kenikmatan Berbuka.

Makanan yang kita makan paling sedap ketika perut paling lapar.
Maka, bergembiralah dengan kenikmatan berbuka.

Manfaatnya bukan hanya diakhirat,
bahkan didunia lagi.

Alhamdulillah.


----------------------------------

Bulan yang penuh kemuliaan ini jangan dicemari dengan pembaziran.
Belajarlah untuk rasa cukup dengan sedikit.

Banyak dalam memberi.
Cukup pada apa yang ada.

----------------------------------


Terawih.

Rehat dalam solat.
 Setelah letih berpuasa disiang hari, 
sama-sama rehatkan diri,
tenangkan jiwa dengan solat.

Berterawihlah!


---------------------------------

Sempurnakan amalan wajibmu.
Perbanyakkan yang sunat.

Mohon doa untuk diri ini & keluarga.

--------------------------------




Comments

Popular posts from this blog

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: SiaPa RuMaH TuA ?? ::.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Sedikit perkongsian mengenai siapa RuMaH TuA. Nsyaallah, moga - moga sedikit sebanyak 'terjawab' mana - mana persoalan yang belum terjawab. (^-^) Walaupun telah dinyatakan dalam profile. isk3 Bakal guru. Membuat asasi dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. Alhamdulillah, kemudian kini sedang menyambung ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Al-Quran/Bahasa Arab. Meniti usia 20 tahun.(Alhamdulillah). Mula blogging pada tahun 2009 tetapi menjadi aktif pada Disember 2010. Tujuan utama untuk berkongsi apa yang termampu. Berkeyakinan bahawa membaca & menghafaz jambatan ilmu.(Insyaallah). Merah merupakan salah satu sumber kekuatan untuk sesuatu perkara bagi saya. (",) Doa agar saya sentiasa usaha atas agama. Any ques? p/s:- Selamat Berpuasa.... Ditulis di,