Wednesday, June 21, 2017

Titipan Khas : Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.

Salam ramadhan buat semua.
Bagaimana dengan prestasi kita pada Ramadhan kali ini?

--------------------------------------------

Hijau daun ciptaan tuhan,
Langit malam berhias bintang,
Harusku tangisi pemergian ramadhan,
Tiada jaminan pertemuan akan datang.

-------------------------------------------

Syawal Menjelma

Dalam kemeriahan menyambut syawal,
Kesibukan menyediakan juadah hari raya,
Keseronokan bergurau senda ahli keluarga,
Ramai yg alpa dengan ganjaran pada malam raya.

Seharusnya pada malam ini disambut dengan ibadah & doa,
Kerana malam ini dipanggil malam penerimaan hadiah (Lailatul Jaizah).

Masyaalah. Alhamdulillah.

-------------------------------------------

Selamat Hari Raya

Mengambil peluang ini, saya & keluarga 
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. 

-------------------------------------------


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...