Wednesday, January 18, 2012

.:: AiNuN ::.

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih berpeluang untuk mengamalkan agama.


-----------------------------------------------------

Mata.

Mata merupakan salah satu kurniaan Allah yang tidak ternilai. Dengan mata kita melihat sekaligus menilai. DijadikanNya mata kita dalam pelbagai bentuk, size dan warna ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk digunakan pada jalan kebaikan iaitu jalan – jalan yang membawa kita kepadaNya. 

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 
(Al - A'raf:  179)

Kalau menangis kira macam mana?


-----------------------------------------------------

Kebesaran. 

Gunalah sepasang mata kita yang indah ini untuk melihat perkara – perkara yang meningkatkan iman. Sama – sama kita memerhati serta berfikir tentang kejadian – kejadian ciptaan agung Allah. Kemudian kita dakwahkan tentang kebesaran ini kepada yang lain. 

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan maha pengasih maka lihatlah lagi - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(Al - Mulk  : 3)

Dalam duk tengok - tengok kebesaran Allah, janganla buat - buat lupa nak dakwah tentang kebesaran Allah dengan orang dekat - dekat kita (ecece... pandainya cakap iqa...). 


-----------------------------------------------------

Video Lucah.

Jaga mata kita daripada melihat perkara – perkara yang merosakkan iman seperti menonton video lucah. Teringat sewaktu berada dalam salah satu program, apabila disoal kepada student lelaki secara jujur siapa yang tidak pernah menonton video lucah. Sangat menyedihkan apabila beberapa orang sahaja yang mengankat tangan. Astaghfirullah. Mudah-mudahan hari ini mereka telah tinggalkan kebiasaan tersebut. 


“Sesungguhnya pandangan mata itu adalah salah satu panahan yang amat berbahaya. Sesiapa yang menundukkan pandangan matanya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan mengisi hatinya kemanisan iman.”
(Riwayat Tabrani)


-----------------------------------------------------

Lelaki & Wanita.

Hai Lelaki!

Hai Wanita!

Andai tidak mahu beristerikan/bersuamikan seorang perempuan/lelaki yang menonton video lucah, maka berhentilah daripada tabiat atau kebiasaan tersebut. isk3 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur':  26) 

Yang ni, bila da cuba - cuba tengok. Hem... Itu tanda semakin hampir dengan zina. Uk!!

-----------------------------------------------------


Rabun. 

Allah tarik sebahagian dari nikmatNya untuk beri peringatan tentang nikmatNya yang lain. Bila sampai masa rabun, mudah – mudahan kita sedar akan nikmatNya yang lain. Kan2! Hampir 14 tahun saya duk usung spec. Kuang3 So,,, Saya sangat2 memahami 'kesenangan' mereka dalam usaha mengusung spec. ^^,  Saya sangat – sangat bersyukur kerana yang lain masih Allah kekalkan. Da bertambah usia ni minat nak try contact lens (gatai nak pakai) tapi umi tak bagi pulak. Hee… 




(^-^)y :- “Dari mata turun ke hati” Ek!?!!



SeLiNgaN :- "Kalau nak hurai bab2 mata ni, TERsangatla panjang. So, adalah baik kiranya sahabat - sahabat sama2 berkongsi di sini... (cakap je la malas cik iqa ey...) Ekeke... ^^, "


Ditulis di,

28 comments:

kueh said...

ainun = mata
anfun = hidung
lisanun + lidah..:P

sume2 tu anugerah Allah yang xternilai..Alhamdulillah..!
mata kalau menangis kerana dosa2 lalu tidak mengapa, tapi jika sebaliknye (cth : pakwe lari ke..) tu laen citer..hehe^^,

kebesaran.
Allah itu MAha Pemberi Rezki..kalau xde kita skarang ni pon, Allah tetap Agung..Allahu Akbar!
bila orang bercakap mengenai keagungan Allah..maka, telinga kita, lidah kita mesti dan mesti membenarkan kebesaran Allah itu.

video lucah?
nauzubillah! moga kita terpelihara daripada perkara2 yang boleh menyebabkan iman berkurang..ish3.

lelaki & wanita.
so, sama2 lah kita menjaga pandangan kita. mcm mana? dengan memakai 'ghadul basor' (betoi x ejaan ni..?hehe) iaitu menundukkan pandangan.(zuhud tu kira macam mana pulak ye iqa?:)

rabun.
subhanaAllah...saya juge dpt 'rase kesenangan' usung spec..tambah2 lagi tyme blaja..haha:P

TERpanjang plak komen..huhu.

"hargai anugerah sepasang mata anda dengan menggunakan ia sebaiknya. jgn jadi 'mata2' sudah..kui2".
(O-O,)y

~kueh~ said...

iqa~~
lupe nk komen sal ni :-

dari mata turun ke hati.

boleh jadi x kalau kite 'nengok2' blog seseorang, then jatuh 'hati' kat dia.adoii..itu kira dari mata turun ke hati jugak x..ekeke..:P
kalau 'Ya', camne nk kire tu..^^, HEhe

p/s :
'mata2' yang ak mksudkan tu bkn polis taw..t kalau ade polis bace, mrh pulak die..huhu**,
'mata2' yang dimaksudkan...
em...pikir2 la sniri..:)hee

AhmadFarhi said...

iman masuk melalui mulut ( cakap kebesaran Allah )

tapi iman keluar melalui mata ( teg
ok benda2 yang Allah larang )

- bayan targihb khidmat tahun lpas.

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Semoga dijauhkan daripada perkara2 tak baik...amin... :)

Cikgu Ma said...

salah pandang rosak hati...astaghfirullah...

Bulan Syurga Firdausi said...

semua tu dijadikan dgn kekuasaan Allah...Allah beri pinjam...smga ALlah terus pelihara amin ya Allah.......

Ismi Ijmi said...

setuju dengan komen di atas, Iman masuk ikut mulut, iman keluar ikut mata,heh..

mata jalannya.
walaupun nabi sabda,mafhumnya, jaga dua mulut, masuk syurga,.. tapi nak jaga dua mulut,kena jaga mata juga..

asy_syakirin said...

assalamualaikum..

jazakillah khair ya ukhti..

best2..semoga sentiasa diri ini beringat-ingat..mari jaga mata dan hati..

:)

penchacaiz said...

doakanlah kami dak2 uitm yang hidayat sgt nih..

moga peroleh mata yg diredhai. ameen..

mata yg diredhai=ainul mardhiah.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga dirinya Rumah Tua sihat hendaknya atas izin~Nya..

Syukurilah nikmat mata yang telah Allah berikan dengan melihat dan memerhatikan sesuatu yang baik, kemudian mengambilnya sebagai teladan.

lyiana said...

Silau:
juga merasai 'kesenangan' membawa spek sehingga terlupa nak bawa kadang2, terpksala mengecil-ngecilkan mata..huhu..

fuad ansari said...

ada orang, ada mata pun tak dapat melihat.. sebab yg bagi lihat bukan mata, tapi Allah!! (belajar2 cakap kebesaran Allah.. ) (",)

besar betul nikmat melihat.. dek kerana belum ditarik nikmat melihat, ramai yang secara sedar mahupun tidak. telah kufur nikmat...

moga Allah ampunkan kita semua dan moga Allah kasih.. (",)

RuMaH TuA said...

kueh:-

Masyaallah ku...
Boleh copy and buat new n3 blog iqa ni... hee~~~~

- air mata kerana Allah akan menjadi pemadam api neraka... Walau seketika, menangis la paling tidak sekali dalam hidupmu kerana Dia.

- Benar. Allah memberi manfaat & mudharat. Allah juga boleh datangkan manfaat & mudharat dari perkara yang sama.

- mudah - mudahan Allah pelihara mata kita. Tak mau dia mengadu kat akhirat nanti pasal kita.

- menahan pandangan. surah an-nur:31. (bab2 zuhud rujuk ustazah asing) Ekeke... Insyaallah untuk rujukan kita sebagai muslimah. Iqa cuba tulis n3 pasal tahan menahan ni.

- adat da dalam kelas kita. Kan ke 15/18 yang pakai spec. Hee~~ Tua da...

- Panjang ada makna....

- Tengok2, jatuh hati kat dia (yg ni tak tau). Tapi kalau jatuh hati dengan tulisan2 dia (iqa tau). Hee~~~ Kenen tanya yang PAKAR. Uk!

- Iqa da pk sniri. (0-0)y <3 u

"Moga Allah kasih"

RuMaH TuA said...

Ahmad Farhi:-

Dalam makna...
Ermmm,,, itula... Keluar melalui mata. Pernah jadi tak, kita search nternet benda len, tp kuar benda len... Isk3 Hati - hati di internet. Kan~~~

"Moga Allah kasih"



Noorieda:-

Waalaikumussalam..

Allahumma amin~~~
Insyaallah, kita dipeliharaNya selagi kita pelihara agamaNya.

(^-^)y

"Moga Allah pelihara"

RuMaH TuA said...

Cikgu Ma :-

Jaga hati dengan jaga pandangan~~~

"Moga ALlah kasih"


Bulan syurga firdausi:-

Betul. Barang yang dipinjam harus dipulang... Amin amin ya ALlah... Allah maha kuasa, makhluk tidak berkuasa.

"Moga Allah kasih"

RuMaH TuA said...

Ismi ijmi :-

Benar. Kerana dari mata turun ke hati. Bila da masuk dalam hati ni... Macam - macam bole jadi...

"Moga Allah kasih"


asy_syakirin:-

waalaikumussalam,,,

Syukran. Pesan - pesan untuk diri sendiri. Jom2 jaga mata~~~ :)

"Moga Allah kasih"

RuMaH TuA said...

Abd Razak:-

Waalaikumussalam,,

Alhamdulillah, sihat dengan izinNya... Ya. Syukuri nikmat mata dengan melihat yang baik - baik. Kerana mata (penglihatan) pinjamanNya ini kita tidak tahu bila waktu akan dipulangkan kembali...

"Moga ALlah kasih"



Penchacaiz:-

Insyaallah... Moga kita dapat mata yang diredhaiNya...

"Moga Allah kasih"

RuMaH TuA said...

Lyiana:-

Hee~~~ Kalau tak ada, memang tak senang.

"Moga Allah pelihara"



Fuad Ansari:-

Ada orang, tak ada mata pun dapat melihat.. sebab yg bagi lihat bukan mata, tapi Allah!
(belajar2 cakap kebesaran Allah juga.. ) (0_0)y

“Inna hadainahus sabila imma syakirau waimma kafura..” (Pernah terkena dengan ustaz dengan ayat ni)

Nampaknya En. Fuad da belajar2 guna ayat "Moga Allah kasih".. ^^,

Anis said...

belajar untuk terus mggunakan sepasang mata yang indah ini untuk melihat perkara – perkara yang meningkatkan iman...agar akhirnya bila bertrmu rabb mbw sesuatu y hasanah..

mhafiz_ydin said...

Kemanisan iman + khusyu' dalam solat = Rendahkan pandangan..

Kata Maulana Saad, Taqwa = Takut pada Allah waktu sunyi diri.

Banyak dosa mata dalam keadaan sunyi diri.. FB, Internet.. Ramai orang kata internet sangat berguna. Tapi 'kemudharatan' melampau pada internet itu seolah-olah mampu menidakkan segala kebaikannya.

Semoga Allah bagi kita semua kekuatan.. Cobaan akhir zaman :)

RuMaH TuA said...

Anis:-

Insyaallah.. Sama sama kita belajar... Belajar melihat sesuatu yang baik dengan disertai percakapan yang baik baik... Moga Dia tempatkan kita dalam kalangan orang baik baik juga... Amin ya Allah...

:-) terasa keanak2an duduk di blog kak anis.... Ceria!

RuMaH TuA said...

Mhafiz_ydin:-

Ya... Pada waktu sunyi diri, kita sendiri dapat menilai sejauh mana ketaqwaan kita... Dimana letak kita ini... Saya sendiri kurang seronok apabila mendengar orang2 sekarang menjadikan fb medan dakwah... Sedangkan kiri kanannya masyaallah! :-)

Mudah2an Dia beri kita kekuatan...

Moga Allah kasih :-)

Bulan Syurga Firdausi said...

ziarah cni lg :)

RuMaH TuA said...

Bulan syurga firdausi:-

Syukran.. Datang lagi...

Ad-Dien said...

pandangan mata selalu menipu, pandangan harta selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih :)

Allahu yubariku fik :)

Ad-Dien said...

pandangan mata selalu menipu, pandangan harta selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih :)

Allahu yubariku fik :)

Egg Head said...

ya allah...ampuni dosa ku yang menyalah gunakan nikmat mata yg kau berikan....

sunnahtullah.....ada mata baru bole melihat...ok


ada org ada mata tapi tak melihat....
tapi tak pernah lagi jumpa org x ada mata tp bole lihat.....kurang korban kot...

RuMaH TuA said...

Ad-Dien:-

Lihat guna mata...
Pandang guna hati...
Yg keruh jd jernih... :-)

Moga Allah kasih. o_O


Egg Head:-

Allah... Ampuni aku jua...
Tak ada mata boleh melihat...
Melihat guna mata hati...
Yang bagi jalan,
Yang bagi nampak,
Allah...

"d kelilingi mereka2 yang tak ad penglihatan" :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...