Tuesday, April 19, 2011

.:: UsaHa SenDiRi ::.

Alhamdulillah, syukur yang tidak putus - putus kepada Allah kerana masih berupaya diri ini untuk menulis satu lagi tulisan tanpa pena. Seperti pada kebiasaan, sedikit perkongsian dari BaiTiL a'TiQa.

Dalam kehidupan kita, terdapat 2 perkara yang kita sendiri perlu usahakan. Tidak dapat tidak, 2 perkara ini ialah iman & solat.kita.

kenapa?


Perkara iman, kita perlu usahakan sendiri. Ketahuilah, iman kita ini tidak boleh meningkat melainkan dengan perantaraan amal kita sendiri. Iman kita tidak akan meningkat sekiranya orang lain yang berbuat amal.

Begitu juga dengan solat. Selagi mana kita hidup di dunia ini, perkara solat ini perlu kita selesaikan sendiri. Tidak kira sama ada kita sakit, sihat, musafir, cacat & ......

2 perkara ini tidak seperti amalan - amalan yang lain. Sebagai contoh, zakat. Ada masa zakat kita ini dibayar oleh orang lain. Haji. Haji juga boleh diupah. Puasa. Terkadang, kita menggantikannya untuk ibubapa yang telah meninggal dunia.

Tetapi, ingatlah. Tidak kepada iman & solat. Maka, sama-sama kita tingkatkan ilmu, perbaiki amalan & mantapkan iman.

Al - Quran & Zikir....


Peringatan!!!

~ Ilmu tanpa zikir lebih bahaya daripada kejahilan kerana membawa kepada kelalaian.

~ Zikir tanpa ilmu lebih bahaya daripada kelalaian kerana membawa kepada kesesatan.


p/s:- "Berilmu, beramal, beriman" (^-^)


Ditulis di,

21 comments:

fuad ansari said...

Benar..

Mau x mau kena sibukkan diri untuk usaha atas iman dan amal..

Manusia sering berusaha untuk perkara yang akan mereka tinggalkan selepas mati, tetapi lalai dalam mengusahakan perkara yang akan mereka bawa selepas mati..

SHM said...

naik turunnya iman hanya melalui usaha sendiri...perkongsian yg baik..teruskn mnulis..

mhafiz_ydin said...

Ilmu - Menghilangkan kejahilan
Zikir - Menghilangkan kelalaian

Ilmu dan Zikir perlu disekalikan. Kerana ramai yang tak tahu, jahil, perlu cari ilmu. Ramai juga yang ada ilmu, tapi tidak amal sebab lalai.

AL-QASSAM said...

betul tue.. sokong 100%

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

assalamualaikum...teringat motto ilmu iman amal yang digunakan dlm berpersatuan oleh sy sewaktu dlm pimpinan persatuan anak negeri semasa belajar di ipta dlu. sesungguhnya ilmu memerlukan kepada adanya iman yang utuh dlm misi mencarinya agar ilmu yg dicari diberkati dan diredhai Allah, dan untuk membentuk iman memerlukan kepada amalan yang kuat dr ilmu yg dipelajari. hakikatnya ketiga-tiga elemen ini saling bergantungan..insya Allah kita menjadi manusia yg berilmu beriman dan beramal

~kueh~ said...

assalam..
enti..jzkk ats perkongsian..
mcm pernah dga je tzkirah sal ni..:)
yup!solat dan iman kite yang kene jage..bkn org lain,
kerana iman itu xdapat diwarisi~~
fitrah manusia..iman yazid wa mankus..
wallahua'lam

teruskan perjuangan ya enti~_~""

BaiTiL a'tiQa said...

Fuad Ansori:-
Syukran atas sedikit perkongsian 2...
Manusia sering berusaha untuk perkara yang akan mereka tinggalkan selepas mati, tetapi lalai dalam mengusahakan perkara yang akan mereka bawa selepas mati...

SHM:-
Insyaallah... Sama - sama kita menulis & berkongsi...

BaiTiL a'tiQa said...

mhafiz_ydin:-
Semoga hakikat ilmu & zikir dapat difahami & masuk ke dalam hati kita...

BaiTiL a'tiQa said...

al - Qassam:-
Sama-sama beramal kerana Allah...

Muhammad Sukri Supi:-
Waalaikumussalam. Syukran utk perkongsian. insya Allah... Moga2 kita menjadi manusia yg berilmu beriman dan beramal...

~kueh~:-
Waalakumussalam. Syukran... Kan kongsi 'emas'...
Memangla enti pernah dengar... Kan ana ada muzakarahkan iman yakin hari 2... (tido ye?) hee...
Sama2 berjuang... (^-^)

Angah said...

Ya Allah...
tp itulh perkra yg mkin manusia tinggalkn untuk sesuatu yg perkra yg xbermnfaat ( kejar duniawi, tinggal ukhrawi)..huhuhuu
So, slalulh kita beringat ttg 2 prkara ni!

BaiTiL a'tiQa said...

Angah:-
Ya... Nti fadila betul...
"kejar duniawi, tinggal ukhrawi"
Jangan jadikan dunia ini sebagai ganti.
Moga kita diberi Allah peluang utk saling berziarah di kubur kemudian hari...

Bersahabat kerana Allah.

Anak Pendang Sekeluarga said...

mashaAllah....tulisan yg bermanfaat....

jemput memberi pandngan di blog sya...berhubung artikel terbaru saya...

BaiTiL a'tiQa said...

Anak Pendang Sekeluarga:-
Insyaallah...
Akan berziarah...

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum,

Ilmu itu jalan, zikir itu cahaya. Kalau nak berjalan kena ada jalan dan kena ada cahaya.. :)

BaiTiL a'tiQa said...

Ishak Zaini:-
Waalaikumussalam.

Sama2 berjalan dgn cahaya...

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam ziarah,menarik artikel yang saudari tulis,saya menjemput saudari untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa saudari dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

BaiTiL a'tiQa said...

Anak Pendang Sekeluarga:-
Insyaallah...

Putera_Addin said...

~ Ilmu tanpa zikir lebih bahaya daripada kejahilan kerana membawa kepada kelalaian.

~ Zikir tanpa ilmu lebih bahaya daripada kelalaian kerana membawa kepada kesesatan.

kurang faham ayat ini..

BaiTiL a'tiQa said...

Putera_Addin:-

Ilmu + Zikir perlu seiring...

Bahayanya orang berilmu ini sekiranya btidak membawa zikir dalam kehidupannya kerana dengan ilmu2nya tadi boleh membawa kepada kelalaian dan lupa kepada Allah.

Bahayanya orang yang berzikir sekiranya tidak mempunyai ilmu dalam amalannya kerana berkemungkinan zikir yang diamal adanya kesilapan.

Seperti kata Ishak Zaini di atas:-
Ilmu itu jalan, zikir itu cahaya. Kalau nak berjalan kena ada jalan dan kena ada cahaya..

'Salam Juang'

faqir said...

Beriman...berilmu...beramal.....

ILMU akan bermanafaat apabila di dasarkan atas keIMANAN....yang mana natijah nya adalah buah AMALan...

ILMU yang tak di amalkan ibarat pokok yang tak berbuah... xdak hasil...

Allah akan soal... kamu amal tak ILMU yg kamu tahu....(bahaya2...)

RuMaH TuA said...

fakir:-

Allah...
Kamu amal tak ilmu yg kamu tahu???
(sentap)

Syukran untuk peringatan...

(^-^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...