Sunday, January 9, 2011

.:: HiKmAh SuJuD ::.




SUJUD MELEGAKAN SISTEM PERNAFASAN

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia.

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusiayang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


p/s:- "Banyakkan Sujud(solat)"

Ditulis di,

6 comments:

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

assalamualaikum..entri yang bagus..mengingatkan kita tentang kelebihan solat secara umumnya...semoga kita dapat meningkatkan solat kita dengan solat lima yg wajib dan perbanyakkan solat sunat...insya Allah kesihatan kita terjaga dengan kita menjaga solat..Selamat kembali buat tuan blog...teruskan medan dakwah enti

BaiTiL a'tiQa said...

muhammad sukri supi:-
Nsyaallah, semakin banyak sujud kepadaNya, semakin dekat kita kepadaNya....

Syukran buat ucapan selamat...

umu6point said...

Assalamualaikum...

Jazakillah sudi ziarah blog saya :)
Semoga perkongsian ilmu di sini memberi manfaat kepada semua.

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

Apa yang disuruh Allah itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Namun berapa ramai yang sudah melupai solat?

Cma Shiema said...

لسلام عليكم ورحمة الله..........
terima kasih singgah blog cma..

suka bca entry2 kat cni..
jazakallah..:)

cma follow blog ni ya..

BaiTiL a'tiQa said...

Ummu6point:-
~ Jemput dtg lagi... Syukran...

Al-Mua'llim:-
~ Doa atas umat... Nsyaallah...

Cma Shiema:-
~ Syuran... Jemput baca & komen n3 lain...

"Usaha atas iman"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...