Skip to main content

.:: BaGaiMaNa SolaT aNdA? ::.

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Sebelum itu, Selamat Hari Lahir saya ucapkan buat my rumet, Atiqah Nathalie Wilson Abdullah. Mudah - mudahan dalam rahmat Allah.

Solat lagi? Haisyy tak habis - habis. Allahu Akhbar, menjadi tanggung jawab untuk kita saling beringat. Kan?

Sahabat - sahabat, solat yang diterima itu adalah solat yang dilakukan penuh perhatian, ketakutan dan penghayatan akan kewujudan Tuhan Yang Maha Agung. Maka, hendaklah kita ketika mendengar azan, kita merasakan adanya satu panggilan yang menakutkan berkenaan hari Qiamat. Satukan aspek zahir dan batin bagi menyambut panggilan ini dengan segera. Insyaallah. Ketahuilah, orang yang bersegera itu adalah yang akan dipanggil dengan lembut pada hari Akhbar nanti.


Berbeza.

Pasti dan pasti ada perbezaan dianta yang berkata,
"Biarlah kami rehat dari solat"
dengan yang berkata,
"Biarlah kami rehat dengan melaksanakan solat"



Dari Hatim al - Asham ketika ditanya, Bagaimana solat anda? Jawabnya, "Aku berwudhuk hingga sempurna, lalu aku datangi tempat solat dengan tenang. Aku bertakbir secara bersungguh - sungguh, membaca dengan tartil, ruku' dengan khusyu', sujud dengan penuh ketundukan. Aku bayangkan syurga di kananku, neraka di kiriku, sirat di bawah kakiku, kaabah di depanku, Malaikat Maut di atasku, dan mata Allah menatapku. Aku juga mengangap solatku itu adalah yang terakhir. Aku mnyertakan ikhlas semampuku. Lalu aku mengucap salam tanpa ku ketahui apakah Allah menerima atau menolak solatku."



Hatim juga ada berkata," Pernah satu ketika aku tertinggal solat jemaah. Hanya Abi Ishaq al - Bukhari yang bertakziah padaku. Sekiranya anakku yang mati, lebih dari sepuluh ribu orang yang akan bertakziah kepadaku kerana musibah agama lebih ringan ke atas mereka daripada musibah dunia."

Bagaimana dengan Kita??


p/s:- "Biasa lihat manusia hidup tanpa kepala?"

Ditulis di,

Comments

RuMaH TuA said…
Faten suhaida:-
Allah Maha Besar!
SHM said…
biase baca entry ni . tp solat masih belum sempurna
assalamualaikum...

syukran atas peringatan ini...dalam kehidupan seharian ini, masih sempurnakah solat kita??@ sudah dan telah sempurnakah solat kita??sama2 kita menjaga solat...solat tiang agama...agama Islam dijulang oleh kita, dan ia memerlukan penyempurnaan solat yang hakiki...solatlah kita sebelum kita disolatkan...
fuad ansari said…
Teringat kata2 ni:

Solat sebenarnya adalah nikmat..
Orang yang sihat sahaja akan merasai nikmatnya tetapi tidak kepada orang yang sakit..

Sepertimana (sebagai contoh) pizza itu nikmat.. maka orang yang sihat akan terasa nikmatnya.. Tetapi tidak kepada orang sakit, kerana sudah tidak sedap tekak dan tidak lalu makan.. (",)
~kueh~ said…
salam ziarah sahabatku sayang^^

manusia tanpa kepala..em, bise dgar tazkirah ni..hhee~_~(xbrape nak ingat)

moga2 ibadah kita diterima oleh Allah..
Insya-Allah..
(usaha atas iman:)
RuMaH TuA said…
SHM:-
Sama2 berusaha sempurnakan...
Insyaallah...

M.Sukri Supi:-
Waalaikumussalam,,,,
Solat tiang agama...
Maka, janganlah kita yang menjadi orang yang merobohkannya....
(^-^)
RuMaH TuA said…
Fuad Ansori:-

Allah...
Pendek kata2nya, tapi sampai maksud....

Moga2 saya diberi kesihatan oleh Allah untuk terus mengecap nikmat. Tak nak jadi orang sakit. (",)


Kueh:-
Syukran.. Jangan malu2 ye ku sayang... Ziarah lagi... Ooooo ingat2 lupe... Tido ye time muzakarah... hee... (^-^)
k.Qas said…
Tertanya2 jugak, rumah tua ni umo bpe? kawin dar kew? Kalau blom, da brpnyer kew? duk ne? mktb ne?
lyiana said…
Iqa...tq ats perkongsian ni...moga2 dpt tmbh2 ag..usrah pun da hbs da untk sem nie..suke iqa bg tazkirah kat usrah kami hrtue..
sakit tekak lg ke tue??syafakaAllah ya ukhti^^
Assalam..
Rasulullah selaaaalu sangat sebut pasal solat. Selaaaaalu ingatkan pasal solat..

Pqa selalu cuba nak ikut Rasulullah.. As he asked from Allah, "Jadikanlah solatku sebagai istirihatku.."

The fact, selalu rush for this and that, dah "terpendekkan" solat.. Dah kurangkan nikmat rehat yang sebenar..

Allah, kuatkan keyakinan kami.. Amin..
~kueh~ said…
iqa^^
ana xpernah tido tyme muzakarah enti..
hehehe:)
RuMaH TuA said…
K.Qas:-
Nsyaallah,,, ada masa kita bertaaruf... (^-^)


Lyiana:-
Afwan na... Sikit sangat yang dikongsikan... Mudah2an kita sama2 ambil iktibar... Na,,,, Memang sakit... ampun dosa... hee...
RuMaH TuA said…
نور توفيقة:-
Waalaikumussalam...
Nsyaallah...
Doa mudah2an kita lebih banyak usha utk rehat dalam solat.... Nikmat solat hanya didunia... Tiada lagi di sana....

Kueh:-
oh3... Ana salah la ni.. Ana tgk enti tunduk mcm nak cium lantai je tym muzakarah... 2 ingat tdoq... hee... (^-^)
~kueh~ said…
iqa^^
tu tanda nye khusyuk mdgr..ahaks~_~""
Addien said…
syukran atas perkongsian ni...asalnya ni kisah zaman sahabat kan...syukran yer...Alhamdulillah moga smua dpt mnfaat,insyaAllah
RuMaH TuA said…
kueh:-
Ye la... Ye la...
Alhamdulillah dengar...
Sama2 beramal...


Ad-Dien:-
Afwan... ya... Nsyaallah... Sama2 ambil iktibar, amal & sampaikan...
RuMaH TuA said…
Kueh:-
Alhamdulillah...
Dengar rupenye enti.... hee... (^-^)
Anonymous said…
Insya Allah, bermanfaat
Qawiem Khairi said…
sedikit ucapan,
maaf terlambat mengucapkn,
selamat hari guru..
moga ilmu yg dicurah dan akan dicurah menjadi saksi di akhirat kelak.

Amin.
RuMaH TuA said…
cantekk:-
Alhamdulillah...
Sama2 beroleh manfaat.


~mQ~:-
Syukran...
Insyaallah...
"Sama2 beramal dengan ilmu"
hitammanis said…
perkongsian yg penuh bermakna...

inginku kongsikan bersama juga:

http://lizahhamidin.blogspot.com/2011/05/cabaran-menjadi-guru.html

terima kasih.
RuMaH TuA said…
Hitammanis:-
Syukran...
Sama2 beramal...

Insyaallah, akan berziarah... (^-^)
Yildirim Fateh said…
solat kuasa yg mengkagumkan
HaDi said…
Subhanallah...

Makin dihitung, makin terasa byk kekurangannya...
Umat terdahulu, mereka berehat dgn bersolat tp kita sbliknya makin byk bersolat makin terasa berat dan penat...

Muhasabah diri...
RuMaH TuA said…
shairazi sharizan:-
Moga ramai ingin menambah kuasa tersebut...
(^-^)

Hadi:-
Mudah2an...
Sedikit tapi berpanjangan itu kan lebih disukai Allah... (^-^)

Muhasabah juga.

Popular posts from this blog

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...