Skip to main content

.:: HaiLaa... ::.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Mudah-mudahan sentiasa dibawah lindunganNya. 

Alhamdulillah, sedaya upaya saya mencuri sedikit waktu untuk menulis di sini. Wah! Perkataan 'curi' tu macam sangat-sangat sibuk je.


Waktu.
Menyebut perkataan waktu ni teringat pula cuti baru ni dalam bayan abah. Katanya masa ini makhluk. Allah boleh panjang dan pendekkannya. Disebut 24 jam, tetapi keberkatannya bergantung kepada amalan kita. 


Yelah, bukan semua yang si A lakukan mampu dilakukan si B walaupun punya jumlah waktu yang sama. Kan~~~


Contoh.
Melihat contoh yang baik, sahabat-sahabat baginda. Bagaimana mereka boleh khatamkan seluruh al-Quran dalam satu solat sahaja. Bagaimana Uthman dapat menghabizkan al-Quran dalam satu rakaat witir.


Disinilah keberkatannya. Nampak? Allah panjangkan waktu itu. Bagaimana pula dengan saya? Sedikit sahaja tuntutan yang menanti, tetapi berani menggunakan perkataan 'curi'. Haila iqa...


"الرجاء ما قارنه عمل. وإلا, فهو أمنية"


(^-^):- "Asal-asal nak tulis yang lain, sebab mukadimah tersalah tulis, jadi lain da...." Hik3


Ditulis di,

Comments

Anonymous said…
Mencari kekuatan untok beramal, :)
akue said…
semoga dipermudahkan =)
Abd Razak said…
Assalamualaikum...

Moga ika sihat hendaknya dengan izin~Nya...aamiin

Dunia tempat persinggahan sementara dan masa inilah ianya digunakan sebagai ladang akhirat tempat kita mengumpulkan bekal untuk menempuh perjalanan menuju negeri yang kekal abadi itu. Barangsiapa yang mengumpulkan bekal yang cukup maka dengan izin Allah dia akan sampai ke tujuan dengan selamat, dan barang siapa yang bekalnya kurang maka dikhawatirkan dia tidak akan sampai ke tujuan.
Zyla said…
assalammualaikum sahabat... kadang2 zyla pun rasa sentiasa sibuk dan tak pandai nak manage masa dengan betul. tapi memang benar Hanya Allah sahaja yang boleh membenarkan segala urusan kita. tetapkan hati dengan perkara2 yang harus kita selesaikan dan laksanakannya Insya Allah , Allah akan memberi berkatNya. terima kasih kerana dulu pernah doakan semoga Allah mengasihi diriku. semoga Allah juga mengasihi dirimu .
RuMaH TuA said…
anon:-

Nsyaallah....
Sama berusaha untuk peroleh kurniaanNya yg terbaik...

Moga Allah kasih.


AkuE:-

Amin2 ya Allah... :-)

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Abd. Razak :-

Waalaikumussalam... Mudah2an en. Razak jg sihat.

Jzkk untuk peringatan. Terkadang diri alpa dgn urusan2 dunia yg sementara ini. Seharusnya berusaha menambah bekal untuk ke sana bukan kekal dgn bekal yg tak seberapa ni. Doa diri sentiasa meningkat amal untuk tingkat iman. Amin....

Gerun memikirkan bekal habis dipertengahan jalan menuju tempat abadi... Hanya berharap dgn kurniaan rahmatNya.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
zyla:-

Waalaikumussalam zyla... Alhamdulillah, ingat lagi zyla kat sini. :-)

Ya. Masing2 harus perbaharui niat serta ingat atas tujuan apa kita di dunia ini. Doa itu milik kita. Kurniaan itu milik Dia.

Nsyaallah.

Moga Allah kasih.
#thelagidanlagi said…
moga Allah beri & tinggkatkan limpahan jazbah untuk beramal :)

~moga Allah kaseh ( *gua curi trademark boleh kan ? ) :)
RuMaH TuA said…
Ahmad farhi:-

jzkk. Amin2 ya Allah. :-)

Sure, no hal.

Moga Allah kasih.
Angah Rahim said…
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, msa yg Iqa 'curi' ni mmbri mnfaat dan peringatn pada org len jgk..~^.^~

Bersama2 berusaha agar Allah memanjangkn waktu kita untuk beramal padaNya..>_<

p/s: Smoga Allah permudahkn urusan kita wt esemen skrg..hehe
RuMaH TuA said…
Angah :-

Waalaikumussalam.... :-)
Alhamdulillah... Ad jg yg terkesan. O_0
ya... Beramal agar terpilih untuk merasa syurgaNya.

Nsyaallah... Amin...

Moga Allah kasih.
kueh said…
salam aliak.
amboih..update entri xgtaw pon na..hehe:P

semoga apa yang kita lakukan mendapat k.e.b.e.r.k.a.t.a.n..
InsyaAllah..

qa..
maksud pepath arab tu ap?
hehe
^__^

hailaa ku...:)
RuMaH TuA said…
Nsyaallah.... Kita nak keberkatan.

Jalan yang ditempuh haruslah jalan yang benar2 membawa kita pada itu. Jangan pula sedang menempuh jalan itu, kita berehat2 d simpang2 jalan yg menghidangkan kita kerehatan yg bersifat sementara.

Kerana yg sementara itu sifatnya pula tidak kekal. Oleh itu, berkejar tanpa alpa dgn kerehatan sementara, terus dan terus sehingga kita bertemu penyudahnya. Yakin lah... Di situ letaknya kerehatan yang sifatnya Kekal.

Arroja'u ma qoranahu amal. Wailla, fahuwa umniyyah.
"pengharapan yg sebenar adlah yg dsertai dgn amalan. Jika tidak, maka ia hanya sekadar angan2"
(alhikam)

Moga Allah kasih.
SyaheeDah said…
"القناعة سبب البركة"..

"cukuplah sang Kekasih yg tahu,
bahawa pencinta itu tergeletak di depan pintuNya,
pabila hatinya bolak-balik dalam kerendahan duniawi,
maka dengan panah penyesalan jiwa, ia kan terluka".-hamdunah

*masih juga sering 'mncuri',
erkk..T__T
Ishak Zaini said…
Sabda Rasulullah saw :

Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara :

1) tentang umurnya dimana ia habiskan.
2) Masa mudanya bagaimana digunakan,
3) hartanya dari mana ia peroleh dan bagaimana dibelanjakan dan
4) ilmunya apakah yang dia diamalkan dengannya.

(Hadith Riwayat al-Tabrani dan al-Bazzar)
Danial_arif said…
Assalamualaikum...bila baca tentang masa ni teringat diri yang berusaha bersungguh2 untuk dunia yang sementara ni..moga ALLAH berkati masa diri ini untuk tambah amal lg....
fuad ansari said…
teringat sesuatu..

ada orang tanya, apakah akan berlaku ketidakadilan kepada orang yang memasuki kubur terlebih dahulu dan diazab lebih lama dari orang yang terkemudian masuk kubur??

boleh jadi yang masuk terkemudian lebih lama diazab dari yang masuk lebih awal.. bergantung pada amalan masing2.. KERANA MASA ITU MILIK ALLAH SWT (maka, jawapannya tidak lain dan tidak bukan, sama macam jawapan pada entri ni... (",))..

moga Allah sayang..

eh silap..

moga Allah kasih.. (",)
Unknown said…
apa yg hendak kita wujudkan dlm diri kita,maka hendaklah kita perbanyakkan ckp akan perkara tersebut...
RuMaH TuA said…
syaheedah:-

syukran sahabat...
Sikit tetapi penuh makna...
Bab2 curi mencuri ni tak dapat nak tolong... Hee...

Moga Allah kasih.


Ishak zaini:-

Syukran untuk peringatan...
Diri ini selalu alpa dengan dunia...


Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Danial Ariff:-

Waalaikumussalam...
Insyaallah,, yakinlah dengan janjiNya.
Susah didunia kerana agama,
Senang akhirat kerana dipelihara....

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari :-

Hem...

Firman Allah dalam 1 hadis qudsi: anak adam banyak menyakitiKu. Mereka mencaci dan memburuk-burukkan waktu. Sedangkan wak2 tidak bersalah. Akulah pencipta waktu, segala yg berlaku adalah dalam genggamanKu., sebagaimana Aku menukarkan siang dn malam. (bukhari)

Moga Allah sayang pun boleh.... :-)
RuMaH TuA said…
anak pendang sekeluarga:-

Nak lailahaillallah... Banyak cakap lailahaillallah...

Moga Allah kasih.

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan