Skip to main content

.:: PuIsI BuaT AiMaN ::.

Assalamualaikum,,, 

Kali ini, puisi balasan buat Ummu Aiman, teman sebilikku. 
Erm,, tak tau la jadi ke tak Mek Mu ea...

Lihat sini, tulisannya untukku...

-------------------------------------

Syukurku panjat padaMu,
Kerana dia sebagai temanku,
Teman pengingat kematian...

Kerana sebenarnya,
Yang namanya hari lahir itu,
Aku lebih dekat untuk bertemuNya...

Benar...
Andai 4 tahun dahulu kau seorang kawan,
Kau hanya seorang teman,
Tetapi kini padaku,
Kau bukan lagi kawan,
Mahupun teman,
Kau lebih dari itu....
Kau adalah Sahabat...

Tidak!
Bukan aku memimpinmu,
Bukan jua dalam pimpinanmu,
Tetapi...
Sama-sama berpimpin,
seiring,
dalam menuju Dia....

Sahabat...
Bukan untuk semalam,
Bukan untuk hari esok,
tetapi dirimu untuk selamanya,
Selama di sini,
Juga di sana yang abadi...

Kerana harapan kamu itu,
Aku menjadi terharu,
Insyaallah bersamamu,
 Akanku usaha biar menjadi guru itu....

Sebelum pena mayaku berhenti,
Sebelum aku mengakhiri,
Terima kasihku beri,
Buatmu Ummu Aiman yang dikasihi,
Yang sentiasa dihati....

-------------------------------------
Sory! Copy yg Mek Mu! Hik3




(^-^)y:- "Segala milikku, Milik DIA yang satu"

p/s:- "Jumpa di Pesta Buku Ahad ni... *ting3"


Ditulis di,

Comments

Zyla said…
kata2 yang indah. semoga persahabatan kalian berkekalan.
RuMaH TuA said…
zyla:-

Syukran... Indah kat bahagian mana la 2... Hik3 Amin2 ya Allah...

(^_^) Moga Allah kasih.
Angah Rahim said…
Rumah Tua:

Alhamdulillah...akhirnya tercapai jgk hajat Iqa nk wt puisi untuk Ummu...

Kata2 yg indah dan InsyaAllah menjadi kenyataan (^^,)
Ummu Aiman said…
insyaAllah...
"sayangilah seseorang itu kerana Allah"
bertemu tidak jemu
berpisah tidak gelisah

jgn tggal daku dalam doamu..
sedetik bersama, seabad terasa
terpisah jasad, dihati tidak..:)
SyaheeDah said…
waduh2..so sweet roomate bdua ni, bls2 puisi on air^__^

segalanya akan sgt indah bila ia kerana Allah(",)
fuad ansari said…
puisi utk saya ada tak.. (gurau2.. jgn marah..) (",)

suka ayat..

Bukan aku memimpinmu,
Bukan jua dalam pimpinanmu,
Tetapi...
Sama-sama berpimpin,
seiring,
dalam menuju Dia.... (",)

kelak,
bila dirimu semakin tua,
sudah punya keluarga bahagia,
moga dirimu tidak lupa..
sahabat suka duka bersama.. (",)
~kueh~ said…
ehem!
baru ada kesempatan nak komen cni..
hehe^-^.
setelah aku baca puisi ni..
ak rase...buleh wat satu lagu nasyid nih!
ekekeke:D


sahabat :-
walau sedang terpisah xpernah terasa jauh..

moga persahabatan yang terbina mendapat redha dan kasih sayang dari Allah.InsyaAllah~~

"segalanya milik DIA..."
akue said…
indah puisinya..untung kepada yg ditujukan puisi itu...smoga pershabatan anda mmbwa ke syurga...
Addien said…
This comment has been removed by the author.
Addien said…
boleh lah ajarkan ana syair juga...tolong ajarkan syair arab boleh tak? ana tak mahir i'rab bait-bait akhir tuu.. barakallahufik ya atiqa :)
RuMaH TuA said…
angah:-

Alhamdulillah....
Da banyak hari siap baru ada kesempatan nak publsh...
Ermmm... Indah ea cik ila cumil? :-)
Amin2 ya Allah...

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
ummu aiman:-

Insyaallah...


Ya!
Tidak jemu, tidak gelisah...
Keranaku tahu yg mempertemu dan memisah itu...
Dia tuhan yang di Atas...

Kamu itu dalam mintaku...
Baik di dunia juga di akhirat... :-)

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
syaheedah :-

Hik3...
Tapi tak dela sesweet orang tu...
Satu jiwa satu hati satu baju satu basuh satu sabun satu jirus satu baldi..

*bling3 ^^,

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari :-

Erm, jap2... Nsyaallah try... *jgn terharu ^^,

Kerana senaskhah maghfirah itu,
Akan selalu aku berkait dgnmu,
Kerana aku ini tahu,
Saatku tatap tulisanNya...
Saatku teliti maknaNya...
Saatku lagukan puisi Dia...
Pasti!
Dia mencatat ganjaran,
Bukan hanya pada lembaran bukuku,
Malah dalam helaian catitanmu...

Done!

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
kueh:-

Wah...

Bznye dia....
Hik3...
Boleh3... Nasyid nyanyian kukucece...
Kan ke sore u syedap...


Sahabat:-
Ye lah...
Memang tak jauh pun... Gtalk kan ade... Hik3...
Lama x video col... *ting3

Amin2 ya Allah...

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
akuE:-

Syukran2...
Baru belaja2 ni... *ting3...
Amin2 ya Allah...

Moga Allah kasih.



Ad-dien:-

Allah...
Syair arab? Yang bukan syair pun duk teraba2...
Hik3...
Bait akhir puisi ni ka?

Moga Allah kasih.
Addien said…
maksud saya..bait-bait akhir setiap syair arab tu..qawaidnya saya tam mahir...

syair arab memang indah...tak serupa frasa bahasa kita tambahan tidak mendayu-dayu macam yang biasa kita dengar :)

p/s-
RuMaH TuA said…
Ad - dien :-

Awak... Ilmu ba pinjaman Allah ni memang saya betul2 minta ampun... Duk belaja2 lagi... Sy yg kene menuntut awak kot? :-) hik3...

Hem... Bese duk dgr abah story syair arab n urdu...

Moga Allah kasih.
fuad ansari said…
T.T (terharu) (",)
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari :-

Kan da pesan...
Addien said…
la baksa bihi..saya nak koleksi syair arab dan urdu tu boleh?

saya ada email..sile cek email..
yg anadiatul tu..

allahulmusta'an
RuMaH TuA said…
Ad - dien :-

Bole lihat kembali balasannya.

Moga Allah kasih.
xde rzki nk p pesta buku ...Aiman :)
Abd Razak said…
Assalamualaikum.. :)

Moga ika sihat hendaknya..

Bila hati sudah dipenuhi cinta Allah, manusia akan berfikir, berusaha dan berkorban dengan kemampuan dan kelebihan yang ada untuk membahagiakan sahabatnya.

Inilah kesan dan hebatnya cinta Allah
RuMaH TuA said…
Bulan Syurga Firdausi:-

Insyaallah panjang umur, tahun depan ada lagi... ^^,

Ummu Aiman myrumet. (",)

Moga Allah kasih.



Abd. Razak:-

Waalaikumussalam,,,

Alhamdulillah.. Moga En Razak juga Allah kurniakan afiat.

Best komen en. Razak. Membangun jiwa ini.

Ingin membahagiakan semua sahabat sebagaimana rasulullah membahagiakan semua sahabat2nya. Tetapi diri ini menyedari hakikat kelemahan yg ada dalam diri.

Walaupun begitu, usaha!


Moga Allah kasih.

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan