Tuesday, October 29, 2013

.:: ErTi KeDeWaSaaN ::.


Assalamualaikum…

Moga yang baik-baik Allah himpunkan buat kita.
Insyaallah.

---------------------------------------------

Hidup bukan sekadar hidup.
Saat berhidup mesti bermakna.

---------------------------------------------

Erti Kedewasaan

Saat perpisahan berlaku, berada dalam kejauhan, itu masa atau waku terbaik untuk menilai dimana kedewasaan yang ada dalam diri.

Terfikir-fikir,
“ada orang matang tetapi belum cukup dewasa untuk berkeputusan”
Tapi….
“ada orang dewasa belum cukup kematangannya dalam berkeputusan”

--------------------------------------------

Inilah Kedewasaan.

Dalam tempoh praktikum 2 bulan,
Menyimpan kenangan dalam ruang ruas kehidupan ini,
Segala-galanya baru.
Tinggal dengan keluarga angkat.
Suasana tempat kerja berbeza.
Hidup  bersama-sama masyarakat kampung.
Bersama sahabat yang sebelum ini hanya kenalan.
Daerah hati sentiasa menidakkan bahawa diri telah meniti erti kedewasaan.
Walau haikatnya INILAH KEDEWASAAN.

Dimana banyak pelajaran kehidupan,
Singkat tetapi memberi kesan.

Iqa banyak belajar. Ya Allah! sangat banyak.
Belajar dalam hidup bukan sekadar menerima tetapi kita mesti dan wajib memberi.
Belajar pengertian sayang yang lebih luas.
Belajar yang persahabatan itu besar maknanya.
Belajar bahawa masyarakat itu sebahagian dari diri.
Belajar manusia setiap satu berbeza.
Belajar mengajar dan mendidik itu 2 perkara.

--------------------------------------------

Sebelum.

“Iqa, awak dengan yana(partner praktikum) dapat sekolah kat kampung kuala xxx.”

Dalam hati ada rasa gelisah. Call abah minta tolong carikan rumah sewa. Alhamdulillah, ada rumah karkun.  Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan. Pergi ke kampung xxx dengan yana untuk bersua dengan tuan rumah. Jumpa Wan(perempuan) dengan Aki(Lelaki). Baik sangat. Syukur lagi.

 --------------------------------------------

Semasa.

“Sekolah kita menerima 4 orang guru praktikum dari IPG yang akan menjalani praktikum selama 2 bulan.”

Dalam fikiran yang baik-baik sahaja di sini. Dalam hati menidakkan. Yelah bumi mana Allah tak timpakan ujian & rahmat. Iqa menikmati ramadhan tahun ini dengan keluarga angkat. Berbeza rasanya. Iqa belajar menyesuaikan diri dengan suasana yang tersangat baru. Sungguh berbeza bentuk kehidupan itu dengan kehidupan yang iqa jalani hari-hari bersama umi dan abah. Iqa mencari persamaan dalam setiap perbezaan yang ada. Iqa menyembunyikan perbezaan dengan meletakkan kasih sayang sebagai persamaan. Ya. Kasih sayang. Luas rahmatNya. Kan?

Iqa bukan sekadar tinggal dengan Wan, 70 dan Aki, 76, rupa-rupanya anak menantu Wan dan Aki ada bersama yang dipanggil MakJang, 41 dan Pakjang, 60. Banyak kasih sayang yang dilimpahkan buat iqa sepanjang berada di sana. Alhamdulillah. Selain 4 orang ini, ada 4 insan lagi yang mengajar iqa banyak perkara. Lyana, Azual, Hamdan dan Ustaz Roslim. Suka untuk iqa bercerita tentang apa yang ada pada diri mereka.


Wan. Aki. PakJang. MakJang.
Mereka ada kasih sayang yang sangat luas. Iqa belajar yang sayang tak perlukan satu pertalian yang kuat dan dekat. Cukuplah semata-mata kerana Allah. Itu yang utama. Kita boleh beri dan terima tanpa prasangka. Iqa belajar juga dari mereka kita yang perlu gerakkan masyarakat. Sedarkan masyarakat tentang pengertian ‘kebersamaan’. Jangan tunggu orang lain mula, biala kita yang memulakan.

Lyana.
Orangnya kecil molek cumil manja. Mula berkongsi bilik dan segalanya dengan dia dengan menfailkan pada minda bahawa ini sahabat. Ini adik. Iqa dan dia kalau dalam satu perkataan “berbeza”. Tetapi dengan perbezaan inilah kita berdua banyak belajar. Dia jujur. Sepanjang 4 ½ tahun iqa mengenali dia, dalam 2 bulan inilah iqa betul-betul tahu bagaimana dia. Sebab itula hidup perlukan perkongsian. Kerana yang namanya perkongsian itu terhimpun pelbagai rahsia. Tak kongsi tak tahu. Hee. Dalam diam dia yang iqa kenali selama ini rupanya seorang yang sangat lucu. Telatahnya sentiasa mencuit hati(bunyinya macam budakkan?).  Seribu kebaikan terdapat dalam dirinya yang dijadikan Allah. Moga Allah terus mempermudahkan urusan hambanya yang tak pernah menyusahkan hamba yang lain ini.

Azual.
Orangnya garang nampak kasar. Tetapi sangat tinggi rasa simpati. Hidup teratur. Pada pandangan iqa, orangnya banyak berfikir. Kerana itu yang keluar dari mulutnya mesti ada tujuan. Bukan sekadar kata-kata. Dengan dia iqa belajar bahawa berbicara dengan manusia mudah. Cakap apa yang mereka suka dengar. Yang tidak-tidak simpan sendiri. Dengar pula bila hanya ada buah pada kata-kata itu. Mudah kan? Bahasa kita juga yan terjaga. Manusia, ragamnya berbeza. Iqa harap dan doa dengan Allah menyukakan dia dengan apa yang Allah suka. Bia dia terpanggil untuk mengangkat kerja yang paling mulia di sisi Allah. Dakwah.

Hamdan.
Ceria. Hidupnya nampak lebih mudah. Tidak ada perkara yang tidak dapat diselesaikan.Pada dia iqa nampak hidup yang tidak rutin bukan menjadi masalah pada mereka yang suka kelainan pada setiap hari. Pandai mengambil hati. Bersahabat dalam bentuk yang berbeza. Iqa belajar dari dia bukan semua yang susah itu susah sebenarnya. Bila kita susahkan, maka jadi susahla. Sifat ikram dalam dirinya sangat tinggi. Kemana- mana dia pergi pasti akan ada yang terkenangkan dia. Dalam rasa-rasa iqa, hati dia juga mudah suka pada orang tanpa prasangka. Baik. Insyaallah, tempat yang terbaik Allah sedia untuk orang sebegini.

Ustaz Roslim.
Lautan kebaikan. Amalan agamanya sangat baik. Tingkah perbuatan yang sentiasa dijaga selari dengan syarak. Pembentukan keluarga dengan bimbingan sunnah. Iqa paling suka lihat anak perempuan kecilnya Hasya. Sepanjang iqa bertemu Hasya tudung sentiasa dikepala. Labuh. Diusia setahun beberapa bulan, anak kecil ini tidak menampakkan rimas pada tudung. Suka! Cumil! Isterinya penuh kelembutan. Hemah. Sebagai guru pembimbing, ustaz menegur dengan cara yang kadang iqa sendiri tak terasa itu teguran tetapi suatu perkongsian. Hebatkan? Ustaz juga tidak pernah segan untuk bertanya dan menerima perkongsian dari iqa. Katanya, ilmu itu tidak dibataskan hanya kerana usia. Nah! Ini contoh ilmu kerana Allah buat iqa. Hidupnya barokah kerana begitu hampir dengan Allah.

--------------------------------------------

Selepas.

"Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat orang guru praktikum diatas khidmat mereka sepanjang berada di sini"

Iqa mengambil segala yang baik pada diri mereka untuk direnungi. Walaupun ada banyak yang pahit tika berada di sana. Alhamdulillah kerana Allah kirim mereka-mereka yang sangat baik di sisi iqa. Lagi satu, orang yang cinta pada penulisan macam iqa sudah semestinya mengabdikan mereka-mereka dalam satu catatan peribadi yang penuh makna. Kerana mereka bukan biasa. Senyum dan senyum. 



 (^__^)y :- "Belajar mengenal kedewasaan saat jauh dari kebiasaan" 


Ditulis di, 

4 comments:

PeRdU cINta said...

moga kedewasaan sebenar dapat dikecapi seiring dengan pengalaman hidup yang kian mencabar..

RuMaH TuA said...

Perdu Cinta:-

Insyaallah.
Dewasa dalam erti sebenar.
Selamat tika ingin berada hampir denganNYA.

Moga Allah kasih.

Abd Razak said...

Wa'alaikumusalam...

Alhamdulillah segalanya yang Allah kurniakan semuanya atas kasih sayang~Nya.

Mendengar ceritanya banyak memberi pengajaran dan pengalamannya sangat berharga. Kehidupan kita saling perlu di antara satu sama lain dan paling penting adalah kasih sayang yang wujud di hati masing-masing.

Moga Allah kasih dirimu.

Angah Rahim said...

Salam, iqa cute-mute,tute~
A picture for you...

http://2.bp.blogspot.com/-8-GGAIoGO1k/Uqgpfm-AKzI/AAAAAAAAQ9c/24A67fzOQto/s1600/IMG_0001.jpg

Moga Iqa dibawah lindungan Allah selalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...