Friday, May 31, 2013

.:: AdaB KeTiKa HuJaN ::.


Assalamualaikum...

Mudah-mudahan sihat.
Selamat dalam rahmat Allah.

-------------------------------------

Hujan dari Tuhan.

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?”
( Al Waqi’ah [56]: 68-69)




وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
“Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah.”
(An Naba’ [78]: 14)


--------------------------------------

Adab Ketika Hujan.


1) Ketika turunnya hujan, mari kita menadah tangan berdoa pada Allah kerana waktu itu mustajab doa.



2) Setelah itu kita boleh membaca doa ketika hujan.

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg membawa manfaat.."
(Riwayat Bukhari)

Dan

apabila hujan turun dengan lebat, takut-takut akan menyebabkan kemudaratan,
maka Baginda mengajar sebuah doa lain,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنا ولا عَلَيْنا
"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan ke atas kami (yg membinasakan kami)"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




3) Mengambil berkah dari air hujan yang penuh rahmat.
Basahkan sedikit anggota. ( yg bukan aurat ek)
(^_^)





4) Berwudhuk dengan air hujan yang lebat.
Mesti ada antara kita yang tak pernah merasa berwudhuk dengan air hujan. Insyaallah, bolehla try lepas ni. Best tau!
Rasa kehebatan Allah.
^_______^



5) Jangan sekali-kali mencemuh atau mencela hujan.
Hujan yang penuh rahmat.

contoh ayat kita terganggu dengan hujan:-

 "Asyik hujan je. Nak ke mana-mana pun tak boleh"



6) Berdoa setelah hujan tanda kita bersyukur.
Membesarkan DIA yang menjadikan hujan.

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
"Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah"

--------------------------------------

Mandi Hujan.

Kecik-kecik dulu, bila balik rumah nenek ada la peluang merasa mandi hujan.. 
Hee~~~ (^___^)  Pastu demam. Ek!#?!
Da besar ni, macam teringin pulak bila tengok hujan yang sangat cantik.


(^_^)y :- "Jangan mensia-siakan rahmat Allah"


Ditulis di,

Tuesday, May 28, 2013

.:: BoOk FaiR 2013 ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Mudah-mudahan sihat.
Baik dalam pandangan Allah.
(^___^)y

----------------------------------------

KLIBF 2013.

Alhamdulillah, selamat sampai ke pesta buku tahun ni.
Pergi 2nd day dengan my friend, cik Ku.
Masyaallah~~~~ 
Ramai sangat manusia.
Lagi sesak dari tahun-tahun lepas.

Hem~~~
Yelah, bila sesak ni lagi banyak yang nak kena jaga.
Kan! Isk3

-----------------------------------------

Antara barang yang dirasakan sangat menarik yang dibeli.
Adik-adik sangat suka.
(^___^)y
Cumil je!

Ini Bro yang buat perkhidmatan khat
Iqa tempah nama umi & abah.
Nama2 sahabat praktikum.
Ermmm...
Sangat mahir dyorang ni...



Pameran paling menarik. 2nd floor.
Dapat postcard percuma.
Sekejap je jalan...

-----------------------------------------

Buku-buku.

Tahun ni juz beli buku dalam 13 buah sahaja.
Jenis buku asas agama,
buku masakan,
buku kecantikan,
buku kesihatan,
buku psikologi....

Beli buku jenis kesihatan,
panduan ke arah kehidupan lebih sihat.
Ek!?>!

Beli buku masakan & kecantikan.
Senang masak & cantik untuk suami iqa.
Kan?

Buku-buku jenis psikologi...
Belajar memahami orang sekeliling...
Mudah nak ikram...
Ehem!

Beli jenis buku asas-asas agama & b. arab ni,
Persediaan praktikum next semester...
Hee~~~

--------------------------------------

Next year ada rezeki kita p lagi.
Myb, last book fair untuk kita berdua.
kan~~~

--------------------------------------

Janganlah kita mencari selain dari Allah.
Dunia ini sedang berada di penghujungnya.
Cukup-cukuplah kamu dengan makhluk.
Mari menambah usaha,
 Buat bekal menuju Yang Esa...



(^___^)y :- "N3 yang da lama tersimpan di draft. Isk3. Mohon doa buat diri yang hina"


Ditulis di,

Thursday, May 16, 2013

.:: LuKiSaN DaLaM KaD ::.


Assalamualaikum...

Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah.
Insyaallah.

-------------------------------------------

SeLaMaT HaRi GuRu...
Buat semua yang bergelar guru.
Moga usahamu dalam pandangan Allah.
Insyaallah.

------------------------------------------

Kad Hari Guru

Antara lukisan anak murid iqa.
Dalam kad-kad hari guru yg diberi.
Rusydina namanya.
Katanya: "Ini saya lukis gambar ustazah!"
Hee~~~~
Yang tak tahan tu, pandai pulak lukis tudung syria + purdah.
Kan!



Hee~~~
Ini pula kad hari guru dari tahun 2.
Lukis gambar sendiri pulak.
Bukan ustazah dah.
& Aisy namanya.


------------------------------------------

Zaman.

"Huh! Budak-budak zaman sekarang bukan macam budak-budak dulu,
Banyak betul halnya!" kata cikgu2.
(Biasa dengar)

Ehem!
Cikgu dulu tak de mengeluh tentang anak murid tau.
Memberi tak minta dibalas.
Hee~~~

Andai murid hari ini selalu dikatakan bukan seperti murid dahulu,
Maka cikgu hari juga tak jadi seperti cikgu dahulu da la...
Tak mau. Tak mau.


------------------------------------------

Belajar ikhlas.
Semak diri sendiri cik Iqa!
(^___^)y

Aku seorang Guru.
Ecece~~~ Hee~~~
Letak gambar Buku Rekod Mengajar.
Kira itu tanda seorang guru jugak la kan.
Ek! Kunun2. Hee~~~



(^____^)y   :- "Kad dapat sebelum hari guru lagi. Kira valid jugak la... Budak2.."


Ditulis di,

Tuesday, May 14, 2013

.:: KoNgSi CeRiTa :--> ThiS. ThiS & ThIs! ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar? 
Harapnya sihat sejahtera hendaknya.
(^____^)y

Kalau dulu KoNgSi CeRiTa da.
Kali ni nak kongsi lagi~~

-------------------------------

Jika ingin kemuliaan yang tidak akan habis,
maka carilah kemuliaan dengan
kemuliaan yang tak pernah menipis.

-------------------------------

Cerita-ceriti.

-------------------------------

Gerak Hati.


2 minggu lepas punya cerita.
Waktu kuliah...
Tak pernah-pernah pergi ke ****** aras tu.
(*nama tempat ea)
Nak dijadikan cerita.
Allah gerakkan hati ke situ.
(tempat yg * tu la)


Setelah menyelesaikan perintah Allah,
Nak pergi ke tempat lain,
Mata ni....


Terpandangla si cumil.
(bukan kucing ea)
Nampak sayu. :(
Sayu sangat~~~


Iqa pun dapat kasi senyuman je. 
Tapi senyuman dengan gula tau.
(ada ke patot org bersedih, bg senyom je)


---------------------------------

Unsur saspen.

Tiba-tiba si cumil tadi panggil,

"Kak iqa~~~~"
"Hem~~~ Kak iqa~~~~"

"Baru je saya terfikirkan akak"
"Tengok-tengok depan mata"
(sambil-sambil mata si cumil tu berair)


Allah!
Hati pun sentap bila dengar macam tu.
Tarik nafas panjang~~~~
& respon (sambil angkat kening) :

"Kenapa si cumil~~~~?"
"Ada yang tak kena?"
(berbahasa walau tau ada tak kena)

Tangan si cumil mula genggam tangan iqa.
Gaya genggaman yang penuh harapan...
Menggunung!

---------------------------------

Cerita Lebih Kurang.


"Kak iqa~~~~~~"
Macam ni.
Tadi saya ke jabatan jumpa lecturer.
Hem~~~
(Dalam dengar tak dengar luahannya,
mata si cumil tambah lagi air)


Then, ada satu lecturer lain panggil.
Dia tengok saya.
Sedih kak~~~
Dia kata:

"When i see u~~~
Hem...
u have many tones"

This! ( penutup dagu)
This! (armguard)
This!(tudung besar)
This! (stokin (yg ni tak ingat sangat))

"Don't u think...
if non-muslims see u...
They will think Islam is difficult,
Yes! because of this, this, this & this!"
(hidayat betul our lec ni)

"oh, one more thing..
before this, i have bumped into a woman.
She's wearing purdah.
The ikat one.
Selekeh!"

"Erm,,, i think...
it is not suitable for malay woman 
to wear purdah. here.
Malaysia is peaceful country."

"Please... 
Make it simple.
bla... bla... & bla..."
(panjang..... ni pun banyak cut)


--------------------------------

Penutup.

Panjang pulak cerita ni.
Dipendekkan.

Iqa tenangkan rasa sedih dia.
Cakap. Cakap. & Cakap (sambil peluk sikit).
Erm...
Si cumil ni baru pakai purdah.
Itu yang terkejut bila dapat 'ayat hikmah' macam tu.

---------------------------------

Doakan.

Mintak doa untuk semua.
Untuk saya & dia.


--------------------------------





(^___^)y :- "Kemas & selekeh! Dua benda yang subjektif. Pandangan Allah yang utama. Kan."


p/s:- "Ada masa, iqa kongsi lain cerita pulak. Watak utama masih si cumil. Tunggu~~~"


Ditulis di,

Tuesday, May 7, 2013

.:: SaAt GeMbiRa ::.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah
Syukur untuk semua nikmat.
Syukur ya Allah.

---------------------------------------

متى أعطاك أشهدك بره
Apabila Allah memberi kurnia kepadamu
Dia menjadikan kamu menyaksikan kebaikanNya.


ومتى منعك أشهدك قهره
Dan apabila Dia menghalangmu daripada pemberianNya
Dia menjadikan kamu menyaksikan penguasaanNya.


فهو في كل ذلك متعرف إليك
Maka sebenarnya dalam semua keadaan itu
Dia memperkenalkan diriNya kepadamu.


ومقبل بوجود لطفه عليك
Dan memandang kepadamu dgn sebab adanya belas kasihan untukMu.


~Ibnu 'Atha'illah : 90~

--------------------------------------



(^___^):- "Selawat ke atas nabi..."


Ditulis di,

Friday, May 3, 2013

.:: MaKaN KeNaNgaN ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Lama tak bersua di alam maya...
Rindu...

-----------------------------------------

Makan-makan.


Dinner bersama rakan-rakan batch.
Makan steamboat.
Nyum2!


Ku + Syakira.
Semangat makan aiskrim~~
Ehem! Yela...
Setelah sebulan menjalani kehidupan yang sangat sibuk...!


Cik Iqa & Cik Im.
Nampak kecik je iqa bila duduk dgn im(perasan).
Kan2~~~
Hee~~~~



p/s:- "Tunggu perkongsian yang bermanfaat. Hik3~~~"


Ditulis di,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...