Assalamu'alaikum...
Syukran kasiran buat semua pembaca yang mengirim doa & kata2 semangat berkenaan dengan n3 yang lepas. Sedikit perkongsian mengenai masalah hati - hati kita pada hari ini. Insyaallah....
Antara sifat mazmummah utama yang melenyapkan kebahagiaan di hati ialah :
- Sifat ini paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Setuju? Banyakkan dakwah kerana dakwah memupuk rendah hati & sabar.
2 . Pendendam
- Bahaya! Ianya tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah sakit jantung. Opss bukan bermaksud orang sakit jantung itu pendendam ye...
3. Hasad dengki
- Susahnya. Amalan orang sebegini hangus rentung sebab hasad dengkinya itu. Oleh itu, semak amalan kita.
4. Bakhil
- Astaghfirullah... Orang macam ni pula sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain & kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia. Manusia berhajat kepada Allah tetapi Allah tidak berhajat kepada manusia(kita la).
- Semua nak. Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Ubat penyakit ini sedekah.
6. Tidak sabar
- Rimas. Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Ingatlah sabar itu syurga.
7. Ego
- Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Banyakkan ikram muhsin & muslimin.
8. Riak
- Aduhai. Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Sama2 sentiasa ikhlaskan niat.
- Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Kejar akhirat Allah beri dunia & kemuliaan. Lailahaillah muhamdurrasulullah. Bawa sunnah dalam kehidupan.
Syukran Muhammad.
P/S:- "Yakin bahawa Allah adalah segalanya, amal seluruh sunnah dengan menyempurnakan solat selain mengamalkan ilmu agar tidak lupa kepada Allah dengan memuliakan sesama islam agar dapat hakikat ikhlas untuk sampaikan agama Allah"
Ditulis di,
Comments
Insyaallah...
Usaha atas iman...
smoga sya tdk mmpnyai
sfat-sfat mazmumah trsbut...
Amin~~
Ziarah lagi...
Perkongsian entry yang menarik minat saya.
Kita sebagai manusia biasa kadang-kadang tidak dapat lari daripada sifaf-sifat tersebut. Hanya dengan perbanyakkan mengingati Dia dengan berzikir dan sentiasa mengingati bahawa hidup ini hanya sementara...
Bukannya dengan memegang prinsip, hidup hanya sekali, enjoy & always happy. Hidup cuma sekalilah yang perlu kita jaga denagn sebaik mungkin.
Hati sebenarnya sukar dijangka, dan bukan mudah hendak menjaganya lebih-lebih lagi jika hidup di zaman serba terbuka dan mencabar ini.
Wallahualam. Betulkan jika saya tersilap ye.
Syukran utk perkongsian...
Betul, kita manusia banyak kesilapan. Maka sentiasalah perbaharui iman kita agar terpelihara & mendapat keselamatan didunia & akhirat.
Nsyaallah.