Bismillahirohmanirrahim...
Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat...
"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w"
Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya.
Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum.
- Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)
- Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah)
- Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, manakala sayap kanan pula penawar)
- Minum duduk & baca basmallah & doa..
Minum susu - اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه
Minum manis - وسقاهم ربهم شرابا طهورا
- Jangan bernafas dalam bekas minuman, & mulakan minum kita itu dengan 3 teguk dahulu... Kemudian baru habiskan.
- Jika ingin pastikan minuman itu "bersih"(tidak ada apa-apa sihir) setelah baca basmallah & doa, sewaktu teguk pertama kita itu, kita rasa lelangit kita dengan menggunakan hujung lidah. Sekiranya "ada apa - apa" lelangit kita tidak akan berasa geli.
Insyaallah, setakat itu perkongsian mengenai minum secara sunnah. Sama - sama beramal. Boleh tambah sekiranya ada sebarang perkongsian lain.
P/S:- "Minum menjadi ibadah, Mari kita memperbaharui iman kita"
Ditulis di,
Comments
Oh, kita boleh elak sihir dalam minuman dengan cara itu ye.
Kena amalkan juga itu, manalah tahu ada yang berniat tidak baik pada kita.
thanks atas pengkongsian..
boleh tak ana nak copy N paste???
enteri yang berguna...
syabas..
alhamdulillah~~
same2 kita saling mengingati:)
Salam 2...
Insyaallah, sama - sama kita amalkan...
Iman:-
Boleh... Tapi xboleh right klik kan? T saya emel...
mhafiz_ydin:-
Mudah2an...
Amin~~~
Kueh:-
Insyaallah...
Niat kerana Allah.
akan sye amlkan...
byk yg sye bru tahu...
trima kasih atas info2 yg brguna ni...
Wa'alaikumussalam...
Bawa sunnah dalam kehidupan, kita bawa kejayaan menujuNYA...
Anonymous:-
Sma - sama...
Hidup saling ingat memperingati...
Insyaallah...
salam ziarah..
prkongsian yg cukup mengingatkan ana..syukran lizikrik...
izinkan ye,nak share sikit...
antara cara lain utk tahu sama ada minuman tu 'ada apa-apa' :
spt yg enti kongsikan, letak jari kelingking di bawah...tambah sikit lagi,baca بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السمآء وهو السميع العليم...
kalau ada rasa sengal2 kat jari kelingking tadi,dengan izin Allah maknanya minuman tadi 'ada apa2'..
~sama2 ingat mengingat,cintai DIA,cintai kekasihNYA ~
~Syukran untuk perkongsian yang bermakna ini...
~Mudah - mudahan kita dapat bawa seluruh sunnah Baginda dalam keseluruhan kehidupan kita...
"syukran lagi"
Follow kami.
kerana apa? sebab rakyat Malaysia kini kebanyakannya dah mengalami obesiti..
Jika orang tanya cara nak diet, atau cara kuruskan badan. Jawapannya mudah, saya selalu syorkan cara makan Rasulullah S.A.W. Kerana, Bagindalah sebaik-baik contoh dan segala prbuatannya ialah wahyu daripada Allah.
Buktinya memang terbukti melalui sains. Guru sains saya pernah beritahu, bahawa makan dngan tangan banyak manfaatnya. Kerana jari-jemari kita mempunyai enzyme yang boleh membantu penghadaman dalan perut kita..
Wallahua'lam
Insyaallah...
Muhammad Iqbal:-
Syukran untuk perkongian."Setiap sunnah yang Baginda Rasulullah ajarkan pasti ada kejayaan di dalamnya"
ukhti a'tiqa, ct tak berapa faham. ((~_~))
yang ayat,
sekiranya "ada apa2", lelangit kita tak akan berasa geli.
maksudnya kalau ada sihir, lelangit kita tidak akan rasa geli?
maaf ya ukhti. ((~_~)) ♥
~ana muslimah baru belajar.~ ♥
p/s : jazakALLAH khoir ya ukhti. ♥
wa'alaikumussalam..
Maksudnya, sekiranya ada sihir maka lelangit yang kita sentuh menggunakan hujung lidah tadi tidak akan berasa geli... Jika tiada sihir, lelangit yang kita sentuh menggunakan hujung lidah pada kebiasaannya akan berasa geli...
~minta maaf, cara penyampaian tidak bagus sehingga M.M krg faham~
Syukran.
Allahumma bariklana fihi wazidna minhu...
minum manis- wasakohum robbuhum sharoban tohura...
Insyaallah.
'Ainun Qalbi:-
Tinggalkan emel, insyaallah saya akan emelkan...
Syukran a'la ziarah...
Alhamdulillah, sudah baca...
Syukran.
best entri ni... terima kasih~~ =)
wa'alaikumussalam...
Syukran.. semoga beroleh manfaat bersama...