Saturday, July 23, 2011

.:: PenJaGa LeTaK KeReTa ::.


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengamalkan agama.

Bukan disuruh hidup miskin, tetapi lihatlah dunia sebagai tiada apa - apa.

Sebagaimana penjaga letak kereta, dia mempunyai kereta tetapi tidak sombong. Keretanya bertukar ganti tetapi tidak pula takbur, diambil orang satu persatu sampai habis tetapi tidak sakit hati.

Mengapa?

Kerana dia tahu dia tidak punya apa - apa melainkan semuanya hanya di amanahkan kepadanya sahaja.

Bukan penjaga letak kereta... (^-^)
Tapi penjaga RuMaH TuA....


Begitulah kita, ubah wawasan kita terhadap dunia, maka kita akan dapat lihat dunia dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak akan bergantung kepada dunia & tidak tamak. Hidup kita menjadi lebih bersahaja.

Hidup ini tidak akan ke mana - mana kecuali menunggu mati. Maka, latihlah supaya kita ini sedar bahawa kita pasti mati dengan tidak membawa apa - apa, kita hanya singgah sebentar di dunia ini.



وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ 

Dan jika kamu melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: "Kiranya kami dikembalikan (ke dunia)"
(Surah Al-An'am: 27)


Beringatlah,
" Jangan takut kerana belum ada,
kerana yang belum ada itu mesti ada,
 kalau pandai mensyukuri apa yang sudah ada"


p/s:- "Jom pakai teori berkat, jangan pakai teori ekonomi..."

SeLinGaN:- Singgah baca n3 blog MENEROKA KHAZANAH RAHSIA.

Ditulis di,

20 comments:

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik ukht =)

pertama kali rasanya sy tinggalkn komen disini =)

'Rumah Tua'-->penuh kasih dan sayang kn ^_-

dunia diciptakan buat kita,namun kita diciptakan untuk akhirat =)
seimbang keduanya,insyaAllah bahagia dirasa ^_^

"Jom pakai teori berkat, jangan pakai teori ekonomi..."->tertarik!! ;)

~kueh~ said...

salam ziarah^^,
entri yang unik..:)
kisah penjaga kereta ni ala2 "kisah 3 mAid" dlm en3 ana dulu..

maid 1: wat keje sbb dia tw tanggungjwb dia.
maid 2: keje sbb takut majikan xnaikkan gaji mrh.(rajin bersebab)
maid 3 : buat keje sbb ganjaran majikan..(pura2..)

em..rasenye penjaga kereta tu mcm maid 1 la kn^^ hee..

^dunia.. oh dunia..^

hidup berkat = slmat dunia akhirat^^,

Norsha said...

tiada suatupun milik kita di dunia ini tapi manusia hari ini kdg2 usahanya seolah2 dunia ini kekal abadi....ya Allah, moga kita diampuni....

fuad ansari said...

tamsilan yg menarik..

dunia untuk hidup(sementara)..
dan bukannya hidup untuk dunia..

kalaulah kita hidup untuk dunia (masa hanya untuk kehidupan dunia), nescaya kita akan menyesal tatkala kita meninggalkan dunia..

penchacaiz said...

benar..

dunia sementara akhirat jualah kekal abadi.

btw, apa tajuk backgraun lagu blog nih? suke..mcm lagu KCB.

MOBYDICK said...

Salam ziarah,bagus entry ni,suka kita
saling ingat mengingati sesama kita,moga kita tak mengsia-siakan amanat Allah pada kita,kita kena ingat yang kaya hanya Allah,harta bertimbun hanya pada nama,habis usia
tinggalah ia...

saleem wahab said...

saya sangat suka dengan anlogi yang dibawa.sungguh menarik dan penuh isi!

saleem wahab said...

lagi satu....jazakillah khairan...kerana sudi letakkan link saya pada blog anda..sangat berbesar hati!tq yah!!!

Anonymous said...

salam akhwat..terasa sebak hati ana mndngar muzik nya d blog ini,blh ana tau apa tajuk muzik ini?

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Tengok foto ni saling tak tumpah macam cikgu Amir Hamzah, orang kuat markaz Jerantut. Ayah ustazah ke ni? saya kenal beliau sejak zaman beliau berjanggut hitam lagi.

abu zarim said...

best2,,,perumpamaan yg menarik,,,
pengukuhan ilmu utk sy,,:)

RuMaH TuA said...

Nazihah@Jiha :-

Salam,

Syukran kerana sudi tinggalkan komen di sini & selamat datang...

Insyaallah, penuh kasih & sayang...
Sama-sama pakai teori berkat... Sedikit tapi mencukupi...

(^-^)



Kueh:-

Salam,

Alhamdulillah... Hee~~~
Tanda kita punya kesatuan hati...
Idea pun lebih kurang sama...
Tujuan hanya satu...
Moga kita tambah ghairah untuk beramal.

Insyaallah.

RuMaH TuA said...

Norsha:-

Allahu Akhbar.
Kita tukar sedikit,
Usaha atas agama seolah - olah esok penghujungnya... Kan? (^-^)
Amin~~~~



Fuad Ansori:-

Syukran atas komen membina.
Allahu Akhbar...
Ingin menjadi orang bertuah di akhirat nanti...
"Niat kerana Allah"

RuMaH TuA said...

Penchacaiz:-

Alhamdulillah....

Instrmntl dari Omar Akram.
Sedap kan?
Tapi bukan KCB...
(^-^)



Mobydick:-

Salam,
Syukran atas ziarahnya...

Insyaallah, tugas bersama dalam ingat mengingati...

Dunia penjara orang mukmin...
Insyaallah, bergembira di akhirat nanti...
(^-^)

RuMaH TuA said...

Saleem Wahab:-

Syukran kerana suka.
Moga dapat kita ambil sedikit pengajaran darinya.

Syukran juga buat salem yang dapat buat satu n3 yang menyentuh serta membina diri saya pada waktu ini...

Apa2 pun, saya suka Meneroka Khazanah Rahsia tu. (^-^)
Moga istiqomah dalam penulisan bermakna.



Anonymous:-

Salam,
Instrmntal dari Omar Akram. (^-^)

RuMaH TuA said...

Iahak Zaini:-

Waalaikumussalam,

Ya, foto tu foto Cikgu Amer Hamzah & memang ayah saya.
Tak tau pulak ustaz kenalan abah.
(^-^)
Kalau dari zaman berjanggut hitam lagi memang lama...
Bcoz sekarang + inai...
(^-^)



Abu Zarim:-

Alhamdulillah,
Moga beroleh manfaat bersama.
Insyaallah...
(^-^)

~ Pelaut Rabbani ~ said...

ya Allah.
sangat-sangat suka dgn soundtack ni,
rasa nk melimpah ja air mata.

salam mujahadah ya,
moga Allah kasih dgn ustazah. Amin.

RuMaH TuA said...

~Pelaut Rabbani~:-

Salam 2,
Moga Allah kasih dengan Pelaut Rabbani juga.
Amin~~~

shairazi sharizan said...

alan;am;27

tiada ada kata kalau-kalau, peringtan telah sampai tika anda didunia lagi..

yildirm fateh

RuMaH TuA said...

shairazi sharizan:-

Allahu Akhbar!
Syukran untuk sedikit perkongsian bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...