Sunday, September 18, 2011

.:: RaGaM ::.

Bismillahirohmanirrohim...

Alhamdulillah, bersyukur kerana saya telah menghabiskan pbs di tempat sendiri. sekiranya ada kelapangan, Insyaallah akan saya kongsikan pengalaman praktikum tersebut.

______________________________________


Biasa kita dengar/rasa (ke macam mane?),


  1. Ish... Kenapa la dia ni macam ni?
  2. Ya Allah, sabar je la...
  3. Hem.. Susahla berkawan dengan orang macam ni...
  4. Aduhai, menyampah pulak rasa...
  5. Ala... Aku tak bole g r dengan dia ni..
  6. (ikut rasa sendiri)...

______________________________________

Cuba kita renung kepada 1 perkara ini,

"saya tidak boleh mengubah seseorang itu mengikut cara dan kehendak saya, tetapi saya boleh mengubah hati dan diri saya untuk menerima diri dan sikap dia itu"


Kenapa?
Kerana kita tengok, kadang - kadang sahabat seusaha atau sahabat seperjuangan kita sendiri mempunyai sikap - sikap yang 'kureng'. Senang cerita 'tak bole gu'... (Kita pun ada jugak orang tak suka, kan3). Tapi siapa la kita ini untuk mengubah dia. Kita bagi jalan, yang memberi dan mampu mengubah hanya Allah...

Kita lihat...
Lagi pula Allah telah jadikan makhluk - makhluk Dia dengan pelbagai bentuk, jenis dan sikap. Kerana dunia kita ini akan nampak cantik dengan kepelbagaian ini. 

Lihat bagaimana Allah jadikan makhluknya POKOK.

Nama sahaja pokok tetapi mempunyai pelbagai jenis. 

  1. ada yang tidak berbunga.
  2. ada yang tidak berbuah.
  3. ada juga yang langsung tidak berdaun.
  4. ada yang rendang.
  5. ada yang tinggi.
  6. ada pula yang tidak berdahan.
  7. ada yang mempunyai daun banyak warna.
  8. ada yang melata.
  9. ada yang menjalar.
  10. macam - macam ada...

cuba bayangkan pula jika bumi Allah ini Allah hanya jadikan dengan pokok yang sempurna, mempunyai dahan, daun, bunga, buah,...? Macam mana keadaan bumi ye? 

Rumput kita ganti dengan pokok tersebut...
(^___^)y :- Aduhai, tak ada bola - bola da la kot...




Oleh itu, ketahuilah kita ini saling melengkapi untuk menyempurnakan antara satu sama lain.. Mudah - mudahan kita ambil iktibar dengan menerima dia sebagaiman dia menerima kita. Dia senang, kita senang. Ye kan? Kesempurnaan itu subjektif. Ada memandang pendiam sebagai sempurna, ada pula memandang yang ramah itu sempurna. (^__~).



(^-^)y       :- "kita menjadi sempurna dengan menerima mereka yang kurang sempurna"

SeLiNgAn :- Sedang mencari 10 pembaca setia blog RuMaH TuA untuk diberi hadiah kecil tanda ingatan & penghargaan (",) Ada idea?



Ditulis di,

20 comments:

kak norsha said...

benarlah...tiada manusia yg sempurna.....setiap dari kita, diciptakan dengan bermacam perbezaan....itulah tanda kebesaranNya........

RuMaH TuA said...

kak norsha:-

Benar.
Kita berdua pun ada beza..
(^-^) kan?
Itu tanda kebesaranNYA.
Hee~~~~

Ismi Ijmi said...

Bila kita ada perasaan macam tu,
cepat2 abaikan dan lawan,
aku pun bukan baik sangat.
aku tahu siapa aku.

then insyaALlah mudah la nak ikram.

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

Assalamualaikum...

POKOK..teringat kat contoh pokok yg sy berikan ketika dlm kelas hari khamis lepas. Sy gunakan pokok utk memberikan gambaran mengenai kognitif kanak-kanak prasekolah(tadika)berdasarkan persekitaran. Antara diolog antara stdent adalah demikian :

Sy : baiklah, kita ambil contoh pokok di luar sana. Apakah yang akan pelajar2 prasekolah jawab seandainya kita sbg guru prasekolah bertanyakan "apakah yg trdpt pd sebatang pkok?"

Pljr 1 : daun, dahan, akar

Pljr 2 : batang pokok, erm...

Pljr 3 : bunga, buah2an

Begitulah antara jwpn yg diberikan oleh stdnt. Dan sy ingtkan sekali lg kpd mereka bahawa apa yg dibincangkan ketika itu adalah berkaitan "TIDAK BOLEH MENGATAKAN SALAH TERHDP JWPN KANAK2"..

Mungkin kehendak kita untuk "apa yg ada pd sebatang pokok" adalah jwpn2 yg diberikn oleh pelajar2 sy, namun bg kanak2 prasekolah jwpn mrk adalh berbeza. Contohnya kanak2 prasekolah akan menjawab terdapatnya sarang burung, serangga, tupai, sarang labah2 dsb. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan kpd kanak2 prasekolah jwpn mrk adalah salah.

*tuan blog, ade kaitan ngn tajuk ker nie..cam lari jer..he3

s a r said...

assalamualaikum :)

kita kena bersyukur dengan semua yang diberi kan. kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai. :)

asy_syakirin said...

salam'alaik..

kesempurnaan itu milik Allah...huhu

saya lagi hina dan tidak sempurna :(

sob3~

semoga Allah ampun kelemahan diri yang disedari atau tidak disedari..hmm..~

Fathin Fazila Razali said...

zyla setuju dengan ayat, saya tak mampu nak ubah org dengan cara saya tapi mampu ubah hati saya utk terima cara org itu.. kerana inilah wujudnya erti bertolak ansur dlm bersaudara, tak apa jika tiada yang blh mengikut cara kita, tapi kalau kita masih mampu untuk ikut cara mereka teruskan shaja.. Insya Allah satu hari nanti mereka pun akan blh ikut cara kita..

zyla ada buat entri tentang akak..

ini dia- http://sakuraputeri.blogspot.com/2011/09/mereka-sama-tapi-tak-serupa.html

fuad ansari said...

kena betulkan hati nampaknya bila menghadapi situasi2 begini... lihat kebaikan dan buat2 tak nampak akan keburukan.. yg penting, jgn carik pasal.. (",)

p/s:pernah hadapi situasi begini ketika keluar jemaah... akhirnya, tiap2 kali khidmat, asyik kena berpasangan dengan dia.. (",)

awatnya, tak ada bola-bola da la kot?? (",)

riva'i said...

no coment.

sudah di sebutkan semua di atas..

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Allah beri kita dua biji mata, satu untuk kita lihat kebaikan orang lain, satu biji lagi untuk kita lihat kelemahan diri kita sendiri.

Selagi kita hanya sibuk melihat dan menilai keburukan orang lain, selagi itulah diri kita tak dapat nak diperbaiki.

Pesan orang lama: Ikram ialah mencari kebaikan dalam keburukan orang lain, manakala ikhlas ialah mencari keburukan dalam kebaikan kita.

RuMaH TuA said...

ismi ijmi:-

Insyaallah...
Sama2 beeramal..
Niat kerana Allah...



M. Sukri Supi:-

Kira ada la tu...
Pokok kan ad crta...
Syukran berkongsi...

RuMaH TuA said...

Sar:-

Waalaikumussalam...
Pakai konsep redha...
Bukan konsep pasrah...
Kan?
(^-^)y


asy_syakirin:-

Salam 2...
Moga Allah cinta dan kasih kepada kita...
Insyaallah, tambah iman & amal,,,,
Allah pelihara dunia akhirat...
smile!
(^-^)y

RuMaH TuA said...

Fathin Fazila Razali:-

Syukran untuk sedikit perkongsian...
Bermakna...
Sama2 kita bertolak ansur...
(^_~)

Syukran2 bt n3 psl akak...
Malu!
<3
Baru berkesempatan baca hari ni...



Fuad Ansari:-

Jangan duk cari pasal...
"asyik berpasangan dengan dia"
Alhamdulillah...
Tinggi ikram...
(^_~)
Tym keluar....
Mmg2 kne byk bersabar...
Klu yg perempuab, lain pulak ceritanya...

bola = en. Fuad

RuMaH TuA said...

riya'i:-

Apa - apa pun, tq tinggalkan jejak....
(^_~)



Ishak Zaini:-

Ikram ialah mencari kebaikan dalam keburukan orang lain, manakala ikhlas ialah mencari keburukan dalam kebaikan kita. (syukran2, insyaallah...)
Kadang2 diri terlupa...

Moga Allah redha en. ishak...

sifu im said...

semua orang nk yg sempurna sedangkan dia tau dia pn x sempurna

Anonymous said...

aku perlu pada bimbinganmu. aku perlu pada pengertianmu. aku harap pada kamu untuk bawa aku kepada Dia.

~M.A.R~

~kueh~ said...

salam alaik iqa>>
manausia..
kdg2 lupa tgk kelemahan pada diri sndri^^,


lain org, lain ragamnye..
terim dia selagi dia tidak memudaratkan kita..
heee:)

^tidak Allah jd kan sesuatu dengan sia2^

*ehem! tahniah NAIB JOHAN pertndingan mewarna merdeKa ..^^,

terbaeeeekkk!!heee

SyaheeDah said...

"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal." -alhujurat,13

tahniah sahabat2...den banggo!hehe

RuMaH TuA said...

sifu im:-

Betul~~~
"Sempurna pada pandangan DIA yg paling penting"



anonymous (MAR):-

Istighfar...
Mudah2an kita berkongsi ilmu serta pandangan di sini...
Jangan kita jadikan ia sebagai medan meluah rasa...
Bukan tempatnya..
Saya sudah tahu siapa anda.
Insyaallah, biarlah anda memberi komen yang membina penulisan saya.

RuMaH TuA said...

~kueh~:-

Salam 2...

Ku Fashe...
Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia2... bet2...

Syukran ya johan!
(^-^)y



Syaheedah:-

Syukran mengingatkan...
(^-^)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...